Wednesday, January 27, 2010

Mesti Baca..

Sumber asal di sini chedet.co.cc

9/11 AND REACTIONS
1. I am surprised when there are people who consider that I was not sensitive when I questioned the truth about Sept 11, 2001. That incident had nothing to do with the present debate on the use of the word Allah. As to not being sensitive to the feelings of those who lost their loved ones on Sept 11, I believe they should know the truth as to the culprit and not go on hating the Muslims for something they may not be responsible for.

2. This is not a case of Muslims making wild accusations against the Government of the United States of America. This accusation is being made by Americans, white Americans against their own Government. And they have reasons for making this accusation. So many fellow Americans died a horrible death when fire broke out in the upper floors of the two towers. They died in the fire or when they flung themselves down from the towers to escape a fiery death.
3. These Americans who investigated thoroughly the collapsing towers because they were suspicious of their Government's action were not deliberately or politically trying to blacken the US Administration. They were concerned and horrified at the enormity of the act i.e. killing fellow Americans in order to justify their subsequent War on Terror.
4. We may think this is absurd. How can responsible leaders destroy such iconic buildings and kill 3,000 of their own people simply to justify a war. But then we must remember that the accusations of Saddam's possession of Weapons of Mass Destruction capable of being launched against Britain in 45-minutes is also a fabrication. In fact we have now learnt that the intelligence services of America and Britain did not make such reports. Bush and Blair lied. They lied in order to attack Iraq, in order to kill Iraqis and 6,000 American and British soldiers died unnecessarily. The blood of these people are on their hands.
5. When it was proven that they lied, they now claim that they wanted to remove Saddam Hussein because he was a dictator. That is frivolous. Must 300,000 Iraqis be killed because you don't like Saddam's Government?
6. Going to war is a serious thing. You are really deciding to sacrifice the lives of your own people, not just the enemy. The killing of enemy personnel may be acceptable to your people. But killing your own people so as to have an excuse to go to war cannot be acceptable to the people. That is why the group of concerned Americans made their investigation so thoroughly. But then their Government, with the collusion of their media have ensured that they would not be able to tell of their findings to the American people.
7. But there is no reason why the Malaysian public should not know about the findings of these concerned American citizens.
8. I believe many people in Malaysia have seen this report but none have given it the publicity it deserves. Not reporting this means covering up what can be a heinous crime. When you do that you would be encouraging leaders to commit similar crimes again and again.
9. That is why I took the initiative to publicise the report of the American citizens.
10. The Government of the United States should institute a proper open enquiry.

Saturday, January 23, 2010

Kemangkatan DYMM Sultan Johor

Kira-kira jam 5 petang semalam seorang rakan sekerja memberi tahu telah menerima sms dari kawannya yang bertanyakan samada benar Sultan Johor telah mangkat. Kami agak terkejut lantas saya cuba mendapatkan kesahihannya melalui internet. Tiada satu pun sumber yang mengesahkan berita kemangkatan tersebut. Yang ada hanyalah laporan kegeringan baginda Sultan yang mendapat rawatan di Hospital Pakar Puteri JB. Setibanya saya dirumah, adik saya juga menyatakan menerima berita kemangkatan yang menyebabkan kami sekeluarga tertunggu-tunggu kenyataan rasmi berkenaannya di berita TV jam 8 malam. Tiada satupun yang menghebahkanya. Hinggalah kira-kira jam 10 malam saya tergerak hati untuk melayari internet. Dalam banyak-banyak portal berita dan blog yang dilayari, hanya blog Zakhir Mohamad yang berani mengesahkan kemangkatan baginda. Al-Fatihah buat Almarhum Sultan. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya.

Friday, January 22, 2010

Tajuk Berita Utama..

Kadangkala masa yang ada kelihatan berpanjangan. Hingga leka dibazir dengan hal-hal duniawi.
Namun bila kehabisan, dikata masa yang ada hanya sedikit; mana mungkin dapat dibuat itu dan ini.
Walhal tidak tersedar masa itu hanya pinjaman. Bila-bila saja boleh ditamatkan..**peringatan buat diri sendiri..

Tiga minggu pertama 2010 berlalu dengan berbagai cerita. Kebanyakannya layak dijadikan tajuk berita terhangat (hangit!) 2010 dihujung tahun nanti.
1. Isu kalimah Allah agak reda seketika. Bukan nak kata hampir penamatnya, jalan penyelesaian pun kabur lagi. Tambah haru, bila ada segelintir pemimpin islam yang sibuk mempertahankan hak bukan islam daripada mempertahankan kesucian agama sendiri. Dan lebih “mengagumkan” bilamana isu sensitif bagi umat Islam ini tiba-tiba “bertukar tangan” kehangatannya kepada isu bakar gereja! Isu utama seakan dilupakan, isu yang satu lagi tu pula yang hangat dibicarakan! Malah sesama Islam pula bercakaran! Senang kata, orang lain yang buat tahi, kita pula yang kena cuci! Jangan marah..

2. Sedang kita di Malaysia sibuk dengan isu kalimah Allah, Haiti pula diuji dengan bencana gempa 7.0 skala Richter. Dilaporkan ratusan ribu manusia terkorban. Bandar lenyap dengan hanya satu gegaran. Bayangkan betapa hebatnya kuasa Tuhan (Allah Yang Maha Esa). Sekelip mata, tanpa sebarang amaran, tanpa halangan..

3. Pederitaan Palestin yang sepanjang masa dijadikan sasaran pengganas Israel juga kurang mendapat liputan dunia. Sudahlah diserang, dihalang pula dari mendapat bantuan. Lebih mengecewakan apabila Mesir yang sepatutnya membantu Palestin telah bersubahat menyulitkan lagi keadaan. Pintu keluar masuk ditutup, tembok keluli dibina; kononnya bagi menutup ruang terowong bawah tanah menembusi sempadan Mesir, sekaligus menghalang penyeludupan senjata. Mujur ada usaha murni pihak tertentu umpamanya VIVA Palestina yang sanggup menggadai nyawa berkonvoi menjayakan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza tempohari. Terima kasih juga buat TV3 yang menyiarkan siri laporan khas (Tahrir As-Syams) berkenaan penderitaan Palestin di Buletin Utama beberapa minggu ini. Tidak dilupa kepada Tun Dr. Mahathir yang secara konsisten mencari publisiti bagi menempatkan isu Palestin dimata dunia.

4. Gempar seketika berita pembunuhan ngeri empat sekeluarga yang dilakukan salah seorang ahli keluarganya sendiri! Tertuduh juga dilaporkan membawa kepala arwah bapanya yang dipenggal dari tempat kejadian hingga ke Shah Alam tanpa dapat dikesan! Tak dapat dibayangkan. Apakan daya, manusia memang suka membuat kejutan. Al-Fatihah buat yang terkorban dan salam takziah buat keluarga mangsa.

5. Kecuaian membawa padah. Tragedi perahu naga karam dipukul ombak di Pulau Pinang juga pantas mengisi ranking teratas carta berita terhangat di Malaysia. Aktiviti sihat yang sememangnya digalakkan bertukar berita buruk terutama buat keluarga mangsa. Bila berlaku insiden sebegini, seperti biasa banyak komen serta cadangan-cadangan dan tak kurang juga adegan menuding jari. Apapun, dimanakah “suara-suara” pihak yang sebelum ini sibuk dan menggila meminta ditubuhkan suruhanjaya siasatan lah, inkues lah dan macam-macam bentuk siasatan untuk kejadian lain sebelum ini? Kenapa dalam kes ini mereka diam “menikus” sahaja? Mungkin mereka baru tahu yang dunia ini berputar sebenarnya..

6. Seluruh negara bahkan tak keterlaluan kalau dikatakan satu dunia menunggu-nunggu perbicaraan kes liwat bekas TPM Anwar Ibrahim pada 25 Jan 2010 ini. Namun kes ini ditangguhkan sekali lagi atas permohonan tertuduh yang memohon keadilan bagi penyediaan pembelaan untuknya. Saya tak faham selok belok dan prosedur mahkamah bagi kes-kes jenayah seperti ini. Tapi bila ditangguhkan berkali-kali dengan pelbagai alasan + sempat lagi buat roadshow satu negara bagi membela diri sendiri seolah menidakkan keadilan buat si pengadu, Saiful Bukhari yang juga sehingga hari ini masih boleh bersabar menunggu hari perbicaraan kesnya. Saya hanya mampu berdoa agar kes ini dapat diselesaikan segera dan pihak mahkamah dapat menjalankan perbicaraan serta membuat keputusan yang adil buat kedua-dua mereka. Bukan apa, kes peribadi sebegini bila diheret bersama satu negara telah menyebabkan kita hidup dalam ketidaktentuan dan semestinya menjejaskan keharmonian apatahlagi diambil kesempatan oleh pihak-pihak yang berkepentingan! Jangan lupa, Allah yang Maha Adil sentiasa berada dipihak yang benar.. Wassalam.

Thursday, January 7, 2010

Man of the match!


Kita biasa melihat penyokong fanatik bolasepak merusuh bagi meluahkan rasa kecewa atas keputusan perlawanan. Namun gelagat seorang penyokong Indonesia yang masuk ke dalam padang ketika perlawanan bolasepak sedang berlangsung antara Indonesia dan Oman semalam lebih memeranjatkan.
Akibat kecewa dengan persembahan pasukan negaranya yang ketinggalan 2-1, dia dengan selamba masuk ke padang dan merampas serta menggelecek bola ke pintu gol Oman! Lebih menarik apabila penjaga gol Oman secara spontan mengawal pintu golnya daripada dibocori! hehe,,macam-macam hal. Tak syak, dialah pemain terbaik malam itu!   

Tuesday, January 5, 2010

Kontroversi Kalimah "Allah"

Posting asal di http://chedet.co.cc/. Motif sebenar penggunaan kalimah Allah ini diterangkan pada perenggan 7 & 8.

KONTROVERSI KEGUNAAAN KALIMAH "ALLAH"


By Dr. Mahathir Mohamad on January 5, 2010 10:00 AM

1. Ingin saya terangkan secara lebih terperinci pendapat saya berkenaan kegunaan kalimah "Allah" untuk agama yang bukan Islam.
2. Sebenarnya kontroversi ini bermula di waktu saya masih Perdana Menteri. Pendapat Kabinet pada masa itu ialah kegunaannya dalam kitab Injil adalah perkara yang sensitif. Perkara yang sensitif seperti ini tidak boleh diselesaikan dengan hanya merujuk kepada undang-undang.
3. Sebagai perbandingan agak mudah dirujukkan perkataan "kaum pendatang" kepada mahkamah, Tetapi ia adalah sesuatu yang sensitif yang tidak dapat diselesaikan oleh undang-undang.
4. Penyelesaian kontroversi berkenaan kalimah "Allah" juga tidak boleh dicapai dengan membuat rayuan kepada mahkamah rayuan. Undang-undang tidak mengambilkira soal sensitif atau tidaknya sesuatu, soal mencetuskan ketegangan dan permusuhan antara penganut-penganut agama yang berlainan. Undang-undang mengutamakan maksud undang-undang sahaja.
5. Sebenarnya kalimah "Allah" tidak terdapat dalam kitab Taurat atau Talmud Hebrew atau kitab Injil Kristian dalam bahasa Latin, Greek atau bahasa-bahasa Eropah. Nama bagi Tuhan dalam bahasa yahudi ialah "Yahweh", yang diterjemahkan kepada bahasa Inggeris sebagai "Jehovah".
6. Dalam kitab Injil, Jesus (Isa) dan God adalah sama. Tidak ada kalimah Allah dalam kitab Injil dalam bahasa-bahasa yang disebut di atas.
7. Dalam usaha menerangkan agama Kristian di kalangan orang Islam atau masyarakat yang mahir dengan agama Islam, perkataan God diterjemah kepada "Allah" supaya mudah difaham oleh pendengar.
8. Mungkin juga kalimah "Allah" dapat menyamakan agama Kristian dengan agama Islam kerana menyembah Tuhan yang sama. Dengan ini penerimaan agama Kristian oleh orang Islam boleh jadi lebih mudah. Terjemahan ini salah. Sepatutnya perkataan "Tuhan" digunakan untuk God.
9. Tetapi dalam agama Kristian terdapat konsep "Trinity" yang mana terdapat "God the Father, God the Son and the Holy Ghost". Jika dalam bahasa Melayu terdapat dalam kitab Injil atau syarahan berkenaan "Allah sebagai Bapak, Allah sebagai Anak dan Roh yang Suci", maka tentulah ini akan ditentang oleh orang Islam. Dalam Islam Allah tidak ada bapak, tidak ada anak. Ia tidak dilahirkan dan Ia tidak melahirkan sesiapa. Allah hanya satu. Ia tidak boleh disekutu dengan sesiapa.
10. Di Amerika Syarikat, orang Kristian yang sudah tidak teguh iman biasa berkata dan menulis, "God is dead". Apakah perasaan orang Islam apabila ini diganti denagn "Allah is dead"?
11. Di Semenanjung Malaysia kita tidak pernah mendengar orang Kristian menggunakan kalimah "Allah" apabila bercakap berkenaan God dalam bahasa Melayu. Kenapa pula kita sekarang akan mengguna kalimah ini?
12. Saya harap pihak Kerajaan berhati-hati dalam perkara ini supaya negara berbilang agama yang aman ini tidak menjadi tegang dan tidak stabil secara berterusan. Wallahua'lam.

Sunday, January 3, 2010

Galeri Nurani- Setahun Berlalu..


Saya mula mengenali dunia blog sejak pertengahan 2007. Itupun gara-gara ledakan “tsunami politik” dalam negara yang diterajui blogger-blogger politik. Minat untuk mengambil tahu hal ehwal politik tanahair membuatkan saya seronok melayari blog. Namun tak pula terfikir untuk membangunkan blog sendiri.

Hinggalah pada akhir 2008, saya dihubungi seorang teman lama (pernah berjiran semasa menetap di KL suatu masa dulu) yang mengirimkan sms sempena menyambut Awal Muharam 1430H. Kami berbalas sms yang akhirnya membuatkan saya ingin sekali mengetahui perkembangan terbaru beliau. Jalan mudah adalah melalui internet. Mengapa saya kata begitu? Sebenarnya beliau merupakan seorang ilmuwan, juga seorang “selebriti TV” suatu masa dulu; mengendalikan rancangan sendiri selain sering menjadi tetamu dalam rancangan radio dan TV; juga menulis artikel di akhbar-akhbar utama serta majalah hinggalah kehari ini. Boleh kata glamor jugalah orangnya. Hanya internet jalan mudah bagi saya mengetahui perkembangan beliau. Cari punya cari, saya terjumpa blog Tropongskop. Baru saya tahu yang beliau merupakan seorang blogger!

Blog tersebut ternyata membuka minda serta memberi inspirasi kepada saya. Mesej yang disampaikan ringkas dan padat, dengan topik yang pelbagai. Disampaikan dengan santai dan mesra pembaca. Akhirnya saya membuat kesimpulan bahawa menulis blog tidak semestinya perlu membawa hal-hal yang berat, panjang lebar serta terlalu akademik. Apa saja topik atau idea boleh disampaikan dengan cara tersendiri melalui jalan cerita yang ringkas dan padat sekaligus dapat memberi manfaat kepada pembaca. Dengan bahasa mudah, blog merupakan medan berkongsi pandangan. Selepas dari itu, saya rasakan bahawa saya juga perlu menjadi seorang blogger.

Pencerobohan serta kezaliman pengganas Israel keatas Gaza ketika itu telah menguatkan lagi azam saya untuk bergelar blogger. Akhirnya, dengan izin Allah, saya berjaya menerbitkan posting pertama pada 3 Januari 2009 (disini), tiga hari selepas membuat keputusan menyertai Blogger.com.

Alhamdulillah, hari ini genap setahun Galeri Nurani memulakan operasinya. Sejujurnya, saya merasakan bukan mudah sebenarnya untuk mengendalikan blog. Saya yang baru setahun jagung bergelar blogger ini masih lagi dalam proses pembelajaran selain ingin memperbaiki skil penulisan agar dapat memastikan input yang diberikan dapat memberi impak berguna kepada pembaca. Cabaran utama bukanlah topik apa yang ingin diketengahkan tapi bagaimana untuk memulakan ayat pertama!

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengunjung blog Galeri Nurani.
Mohon maaf jika ada tersilap kata dan bahasa. Sesungguhnya yang baik itu datangnya hanya dari Allah dan yang buruk pastinya dari diri saya sendiri.

ALLAH Tuhan Yang Maha Esa

Kalimah Allah dijadikan daya penarik


KOTA KINABALU 2 Jan. - Alasan penganut agama Kristian di negeri ini tidak tahu berbahasa Inggeris bagi membolehkan pihak gereja menggunakan nama Allah, tidak tepat dan tidak boleh diterima.
Pengarah Dakwah Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Abuhuraira Abdurrahman (gambar) berkata, sebaliknya kalimah tersebut sebenarnya digunakan sebagai daya penarik terhadap ajaran agama berkenaan.
"Itu bukan alasan (tidak tahu berbahasa Inggeris). Sebenarnya tidak perlu guna kalimah Allah untuk nyatakan Tuhan kerana sebelum ini pun mereka gunakan perkataan God atau dalam bahasa Melayunya, Tuhan," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis lalu menerusi Hakim Datuk Lau Bee Lan yang membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya atas alasan ia mempunyai hak dalam Perlembagaan.
Ekoran itu, terdapat pihak gereja menggunakan alasan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak tidak tahu berbahasa Inggeris bagi membolehkan perkataan itu digunakan.
Menurut Abu Huraira, penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan berkenaan adalah tidak wajar dan akan memberi kesan negatif kepada umat Islam.
Jelasnya, meskipun mahkamah menetapkan ia hanya untuk digunakan penganut Kristian tetapi edarannya tidak akan terlepas dan dibaca semua pihak seterusnya mengelirukan umat Islam.
"Masalahnya ia sudah digazetkan sebagai berita jadi semua orang boleh baca. Contohnya, seperti majalah Sinar USIA, untuk ahli USIA sahaja tetapi dibaca semua pihak walaupun dia bukan ahli USIA," katanya.
Dalam pada itu, beliau yang pernah beberapa kali melakukan perdebatan agama termasuk dengan paderi dari Vatican City di Itali berkata, kalimah Allah di dalam al-Quran jauh berbeza dengan Tuhan penganut Kristian.
Malah beliau yang mampu menghafal al-Quran dan Injil berkata, dalam kitab Injil asal sendiri tiada penggunaan nama Allah tetapi hanya beberapa perkataan seperti 'I am.'
"Dalam al-Quran, Allah tidak boleh beranak dan diperanakkan tetapi dalam Injil (Tuhan) lahirkan Jesus sebagai anak malah dalam Injil, hari ketujuh Tuhan rehat, tetapi tidak dalam al-Quran," katanya.

Saya memetik berita di atas yang dilaporkan Utusan Online dari sumber asal disini.
Sesungguhnya umat Islam berhak untuk mempertikaikan keputusan mahkamah tersebut. Siapa lagi yang wajib mempertahankan hak serta kesucian agama ini selain umatnya sendiri? Jika perpecahan umat islam itu adalah nadi puncanya, maka wajiblah kita insaf dan bangkit untuk bersatu kembali demi Tuhan Yang Satu! Jangan sibuk merebut kuasa politik dan memusuhi sesama saudara sendiri! Ingatlah, apabila umat Islam bersatu, pasti agama sentiasa terpelihara dan tiadalah tuntutan-tuntutan dan keputusan yang tak masuk akal seperti ini!

Friday, January 1, 2010

Ada Apa Dengan 2010?

Assalamualaikum & Selamat Tahun baru 2010. Seperti yang dijangka, sambutan tahun baru 2010M amat meriah dan penuh warna warni lantas menenggelamkan sambutan Awal Muharam 1431H yang disambut beberapa hari sebelumnya. Saya tak ingin membuat apa-apa kesimpulan berkenaan hal tersebut. Harapan saya hanyalah moga kita yang diberi peluang untuk terus menikmati kehidupan di tahun baru ini dapat menggunakannya dengan sebaik mungkin disamping tidak leka dibuai mimpi indah yang berlanjutan saban hari dan tahun. Bersyukurlah dengan nikmat dunia yang sementara ini. Semoga berjaya!