Monday, May 31, 2010

Israel terus mengganas- Kapal bantuan jadi mangsa!

Majoriti umat manusia di dunia ini bersimpati dengan nasib yang menimpa Palestin. Itu sudah pasti. Dan hampir kesemuanya hanya mampu duduk dirumah masing-masing dan terus menerima berita kemusnahannya selain menjadi saksi bisu atas kezaliman yang dilakukan tentera pengganas Israel.
Namun ada segelintir daripada kita yang benar-benar bersemangat waja dan berani untuk pergi menyertai misi kemanusiaan ke Gaza bagi menghulurkan bantuan. Mereka rela meninggalkan keluarga serta kemewahan dunia mereka, semata-mata untuk Gaza yang kian sempit dan terhimpit.
Dan kini mereka-mereka ini benar-benar terancam dan diancam Pengganas Israel. Sehingga hari ini, lebih 15 orang sukarelawan telah terkorban akibat mangsa kekejaman Pengganas Isarel.
Niat mereka hanya satu; membawa sedikit bekalan membangunkan semula Gaza akibat kemusnahan atas nama misi kemanusiaan dan bukannnya misi ketenteraan. Juga bukan untuk menyeludup senjata atau bom ataupun sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya serta mudarat kepada warga negara pengganas tersebut. Dan mereka diserang tanpa bukti dan sebab yang konkrit.
Dan kita disini masih lagi begini. Terus bersimpati. Kali ini bukan hanya kepada Gaza, namun juga kepada konvoi misi bantuannya.
Lihatlah betapa kerdilnya kita.
Kita selalu tak sedar betapa kerdilnya diri kita disisi Tuhan yang Maha Esa.
Hakikatnya, kita juga terlalu kerdil sesama mahluk ciptaannya. Hingga tak mampu berbuat apa-apa atas kezaliman yang sudah terang lagi nyata!

Flotila bantuan Palestin: 15 maut kebanyakan rakyat Turki

31/05/2010 3:48pm
BANDAR GAZA 31 Mei – Sekurang-kurangnya 15 terbunuh, kebanyakan mereka rakyat Turki, apabila tentera laut rejim Israel menyerang flotila kapal bantuan kemanusiaan ke Palestin, kata badan kebajikan Turki, IHH yang terlibat dalam penganjuran bantuan tersebut.
Mohammed Kaya, yang mengetuai cawangan IHH di sini, berkata: “Lima belas orang terbunuh dalam serangan tersebut, kebanyakan mereka warganegara Turki.” - AFP
Sumber asal di sini.

Friday, May 21, 2010

Abuya Kembali??

Berikut adalah petikan berita ekslusif dari BERITA HARIAN ONLINE.

Pengikut percaya Asaari tak mati

KUALA LUMPUR: Tidak sampai seminggu Asaari Muhammad atau lebih dikenali sebagai Abuya meninggal dunia, pengikutnya kembali mencetuskan kontroversi apabila mengadakan konsert khas bagi menggambarkan kononnya bekas pemimpin kumpulan Al-Arqam yang diharamkan itu cuma ghaib dan akan pulang semula dalam masa terdekat.

Konsert ‘Kalahkan Nafsu Abuya Pulang’ yang diadakan selama dua hari bermula Isnin lalu di Bandar Country Homes, Rawang, diselitkan dengan nyanyian nasyid dan bacaan puisi yang antara lain memuji Asaari sebagai pemimpin hebat, manakala persembahan pantomin menunjukkan Abuya terlantar sakit dengan rohnya berdiri di sampingnya. Anak sulungnya, Fakhrur Razi memangku jawatan Pengerusi Eksekutif Global Ikhwan Sdn Bhd – syarikat yang sebelum ini diterajui Asaari dalam ucapan pembukaan konsert itu, berkata Abuya sebenarnya hanya pergi sementara dan akan kembali dengan jasad yang hidup bagi memimpin umat Islam. “Kita bersyukur kerana kita semua tidak bersedih dengan pemergian Abuya kerana sebenarnya Abuya tidak mati, tetapi hanya ghaib. Kegembiraan yang kita tunjuk ini adalah bukti yang kita yakin perkara itu.

Komen: Saya tak berhasrat nak lukakan hati mana-mana pihak. Yang pergi pasti tak kembali melainkan dibangkitkan diakhirat nanti. Al-Quran juga menyebut bahawa "Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Kiamat".
Apa, selama ni Abuya tu tak bernyawa ke? Nabi Muhammad SAW kekasih Allah itupun dah pergi dan tak mungkin akan kembali.
Pihak berkuasa wajib menangani kes ini dengan tegas dan pantas. Cukuplah hanya ada seorang "Drama King" kat Malaysia ni. Jangan nak tambah lagi. Huru-hara dibuatnya.

Melekat dihati

Ada dua perkara yang menarik perhatian saya semalam. Yang pertama ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Jalan yang biasanya sesak agak lengang sedikit manakala jalan yang biasanya lengang menjadi sesak pula pagi tu. Sejurus saya memasuki simpang lebuhraya Pasir Gudang (dari arah Skudai), kenderaan mula memenuhi ruang melebihi lorong lebuhraya itu sendiri. Saya fikir saya akan tiba lewat memandangkan destinasi yang dituju terketak kira-kira 5 km dari situ. Saya jangkakan dua kemungkinan sahaja yang menyebabkan jalan sesak sebegitu. Samada berlakunya kemalangan atau ada kenderaan mengalami kerosakan.

1 km dihadapan, saya terlihat sebuah lori treler berhenti di laluan bertentangan. Dihadapannya ada seseorang, barangkali pemandu lori terbabit bersama seorang penunggang motosikal. Kira-kira 20m dibelakangnya terbujur kaku mayat seorang penunggang motosikal yang lain dalam keadan meniarap dan masih bertopi keledar. Namun bahagian badannya kelihatan remuk dan serpihan daging ternampak jelas disekitarnya.
Mungkin lori terbabit yang menggilis mangsa.

Bukan selalu dapat melihat sendiri "babak ngeri" sebegini. Meremang juga bulu roma. Ini bukan kali pertama saya melihat dengan mata kepala sendiri. Perasaan saya tetap sama; insaf sekejap. Tersedar yang saya juga terdedah dengan kemungkinan menerima nasib yang sama seperti mangsa tersebut, walaupun saya tidak lagi memandu motosikal! Risiko tetap ada. Jika tak melanggar orang, kita pula yang dilanggar!

Yang kedua, buat pertama kali saya melihat kelainan dalam rancangan Forum Perdana Ehwal Islam yang disiarkan TV1. Biasanya ahli penal terdiri dari kalangan ilmuwan dewasa. Namun kali ini ahli penal jemputan terdiri dari tiga orang kanak-kanak sekolah rendah! Menarik dan bernas sekali forum kali ini. Tajuk yang dibincangkan lain dan tak bukan bersempena sambutan Hari Ibu.
Melihat kepetahan mereka berbicara dengan penuh bersemangat beserta isi kandungan menarik cukup untuk membuatkan semua yang menonton berasa terharu. Ternyata, keikhlasan anak-anak kecil memberi nasihat dengan kaedah sewajarnya amat dekat dihati kita yang dewasa ni! Syabas diucapkan buat pihak penganjur. 

Sekian buat masa ini. Jumpa lagi!

Sunday, May 9, 2010

Mesej Khas: Selamat Hari Ibu!

Semua orang ada ibu. Ada yang panggil mak, ummi, mama.. Apapun panggilannya, ibulah insan yang paling mulia. Kasih ibu membawa ke Syurga. Memuliakan ibu bukanlah susah jika dibandingkan dengan apa yang ibu kita korbankan untuk kita selama hayatnya. Hari ini merupakan simbolik kepada kasih sayang kita kepada insan mulia bernama Ibu. Yang sepatutnya diraikan saban hari saban waktu (semestinya peringatan buat diri ini!).

Hari ini Ibu pasti gembira. Dikelilingi anak-anak dan orang yang disayangi. Merasa diri dihargai. Ada yang meraikan dengan majlis "makan-makan", memberi hadiah istimewa beserta kad ucapan, membawa ibu berjalan-jalan, ada juga yang makan angin; menyambutnya secara kecil-kecilan dan bagi yang berkemampuan, dibuat secara besar-besaran. Apa yang penting Ibu gembira. Bertuahnya Ibu yang disayangi anak-anaknya.

Dalam pada itu, ada juga ibu yang menyambut hari ini dalam kedukaan. Bilamana insan yang disayangi pergi buat selamanya. Pasti hari ini tiada lagi ucapan "Selamat Hari Ibu" dari suami tercinta. Dan itulah yang berlaku kepada Makcik saya; Cik Ju, yang kehilangan suami sehari sebelum Hari Ibu menjelma (Semoga rohnya mendapat kemuliaan disisi Allah).
Hari ini dan hari-hari seterusnya pasti dirindui. Sokongan anak-anak, sanak saudara dan rakan taulan diharapkan memberi keceriaan kepada Cik Ju. Yang pergi pasti tak kembali. Yang tinggal hanya memori; suka duka hidup bersama. Raikanlah memori indah itu selamanya.

Selamat Hari Ibu!

Wednesday, May 5, 2010

Al-kisah

Al-kisah
Manusia ini dari dulu
Memang begitu
Bercelaru

Tujuannya bukan satu tapi seribu
Bila keliru jadi beribu-ribu
Hasilnya bukan satu
Beribu-ribu juga
Namun satupun tak bermakna
Meskipun boleh diguna
Sengsara

Manusia ini terus alpa
Perasankan diri sempurna
Bila bersatu jadi dua
Bila berdua pecah tiga
Akhirnya hilang begitu saja

Cakapnya bukan main
Cuma buatnya yang main-main
Yang lain percaya bukan main
Sudahnya mati-mati kena main

Manusia ini macam-macam
Kira satu jadi dua
Kurang satu hilang segala
Silap kira pukul rata
Akhir nanti tuntut semula

Inilah kisahnya manusia ini
Tak syak lagi
Gilakan dunianya sendiri

al-Hatt
5 May 2010