Showing posts with label Kisah Dunia. Show all posts
Showing posts with label Kisah Dunia. Show all posts

Thursday, December 5, 2013

"Kembali kepada kebenaran lebih baik dari berada terlalu jauh dalam kebatilan!"

 
TERJEMAHAN KENYATAAN DR.YUSUF QARADHAWI LETAK JAWATAN DARI "HAIAH KIBAR ULAMAK AL-AZHAR"

Sesungguhnya Al-Azhar semenjak dikuasai oleh Salahuddin Al-Ayubi dan mereka yang selepasnya pada kurun-kurun yang lampau, Al-Azhar telah menjadi pemimpin ummah dalam urusan agama,pengetahuan, pengajian dan perubahan. Dia (Al-Azhar) berkata dengan kalamnya, menyanjungi ulamak-ulamaknya. Maka ia digeruni oleh hati-hati, ia dihormati oleh tua dan muda, berlalu rakyat dengan kalam-kalam ini di belakang pembesar mereka, mengagungkan kalimah Allah dan meninggikan panji Islam.

Al-Azhar dalam sejarahnya telah menerima anak-anak dari dunia Islam untuk dididiknya. Dari Timur dan Barat, Selatan dan Utara. Dari mazhab Ahlu Sunnah yang terkenal: Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali. Lalu mereka keluar menjadi ulamak ummah, menyeru kepada Islam dengan ajaran yang jelas, memberikan kefahaman kepada manusia dan mereka berkata kepada pemerintah dan pembesar: "Takutlah kalian kepada Allah, peliharalah agamaNya."

Al-Azhar berdiri teguh dengan risalahnya, memelihara janjinya, menasihati kerana Allah, RasulNya, kitabNya dan seluruh umat Islam pada zaman Mamalik, Turki dan raja-raja selepasnya. Al-Azhar juga memimpin kebangkitan menentang Perancis, menentang Inggeris maka Al-Azhar tetap kekal memimpin rakyat. Tatkala kita diuji dengan terdapat orang yang zalim dan maksiat maka tidak dapat tidak bagi ulamak yang bebas perlu menyatakan pendirian ketika itu, tiada rujukan melainkan Al-Quran dan Sunnah.

Oleh demikian, saya Yusuf Abdullah Al-Qaradhawi menyatakan peletakan jawatan saya dari "Haiah Kibar Ulamak" kepada rakyat Mesir, kerana mereka merupakan "pemilik Al-Azhar", bukannya Syeikh Al-Azhar. Saya mengira jawatan Syeikh Al-Azhar dan beberapa jawatan yang hampir dengannya telah 'dirampas' dengan kekuatan senjata dengan perkiraan kudeta tentera seperti yang dilakukan kepada jawatan Presiden Mesir, sama sahaja.
Sewajarnya dikembalikan hak memilih Presiden itu kepada rakyatnya maka begitu juga ulamak-ulamak yang berhak memilih ketua (Syeikh) mereka, iaitu "Haiah Kibar Ulamak" dengan pemilihan yang bebas dan tidak dicampuri oleh mana-mana pihak agar mewakili semua golongan ulamak, bukannya mewakili dirinya sendiri.

Sukacita saya katakan kepada rakyat Mesir: Saya sesungguhnya Alhamdulillah, pada usia 88 tahun yang saya sudah tidak berhajat kepada apa-apa jawatan. Allah telah memuliakan saya dengan keredhaan dan penerimaan rakyat-rakyat serta pemerintah-pemerintah umat Islam. Saya tidak mahukan kecuali umat ini kembali ke kedudukannya yang tinggi dan menjadi kewajipan kepada Al-Azhar untuk menjadi "tiang seri" kepada umat ini.

Saya meletakkan tangan saya di tangan Syeikh Al-Azhar di tangga Pejabat Syeikh Al-Azhar (dalam satu lawatan beliau melawat Syeikh Al-Azhar selepas Revolusi 25 Januari 2011) bahawa saya ingin menjadi sandaran bagi beliau bersama-sama rakan yang ikhlas. Beliau melupakan atau buat-buat lupa apa yang dilakukannya sebelum itu, ketika beliau (Dr.Ahmad Toyyib) menjadi Rektor Al-Azhar, beliau telah mentohmah anak-anak muridnya untuk kepentingan kerajaan Mubarak, beliau juga merupakan anggota sebuah parti kerajaan, berada dalam Biro Politik (Parti NDP), kami katakan: "Semoga Allah ampunkan apa yang telah berlalu, kita buka lembaran hidup baru." Akan tetapi, malangnya kita mendapati pendiriannya cenderung ke arah rampasan kuasa yang meranapkan Revolusi 25 Januari yang telah mengembalikan kebebasan, kemuliaan, demokrasi, musyawarah dan sistem baru yang memberikan kepada rakyat kuasa sepenuhnya, ini semua dimusnahkan oleh kudeta.

Sewaktu di Mesir, saya diundang oleh sebahagian saudara-saudara (dalam Ikhwan Muslimin) untuk menyampaikan ucapan di atas pentas dataran Raba'ah tetapi saya ingin berucap kepada rakyat melalui 'pentas berkecuali' melalui kaca televisyen. Saya berucap menyeru agar berhadapan dengan mereka yang melampau, mengubati kesilapan dan bukannya melalui rampasan kuasa.

Kemudian, kita dan rakyat Mesir begitu terkejut dengan penyertaan Syeikh Al-Azhar pada malam rampasan kuasa, diberikan kepadanya peluang berucap yang beliau nyatakan menggunakan kaedah "akhaffu dhororoin" atau "mengambil mudharat yang lebih ringan" iaitu menyokong rampasan kuasa. Apakah mudharat yang lebih besar dan lebih berat melainkan membatalkan hak demokrasi serta mengembalikan negara kepada pemerintahan tentera?!

Syeikh Al-Azhar telah mengumumkan sejurus selepas beliau dilantik ke jawatan itu dalam satu temubual dengan katanya, "Al-Azhar akan merujuk semula selepas campurtangan di zaman Jamal Abdul Nasser. Maka sejak itu Al-Azhar telah kehilangan kuasa kebebasan akibat campurtangan politik dalam urusannya." Maka ditunggu-tunggu berdasarkan pandangan beliau ini akan kekal Al-Azhar sebagai pembantu rakyat, tetapi beliau tidak lakukannya.

Saya ternanti-nanti juga sewaktu saya berada di Mesir sebelum saya mengumumkan pandangan saya secara peribadi, jikalau Syeikh Al-Azhar akan menjemput untuk diadakan mesyuarat Haiah Kibar Ulamak Al-Azhar bagi mengambil pandangan terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam negara, tetapi tiada jemputan dibuat. Maka tiada jalan lain melainkan bagi saya mengeluarkan fatwa berasingan untuk menyatakan pandangan saya agar dibantu kebenaran yang menjadi akidah saya. Demikian juga dibuat oleh Dr.Hasan Syafie dan pemikir Islam Dr.Muhammad 'Imarah kerana mereka berdua juga seperti saya merupakan anggota Haiah Kibar Ulamak.

Seharusnya, bagi Syeikh Al-Azhar setelah berlaku banyak pandangan di kalangan ulamak untuk beliau himpunkan anggota Haiah untuk dikeluarkan pandangan yang satu atau pandangan majoriti dan diumumkan kepada rakyat Mesir pandangan yang disepakati ini, yang akan membenarkan kebenaran dan membatalkan kebatilan walaupun dibenci oleh golongan yang berdosa.
Malangnya tiada perjumpaan atau mesyuarat diadakan selepas tragedi demi tragedi dalam sejarah: Pembunuhan di hadapan Bangunan Pengawal Republik, di Tugu Peringatan, pembunuhan di Mansurah, Iskandariah, wilayah-wilayah lain, operasi meleraikan Raba'ah dan Nahdhah yang meragut ribuan nyawa hingga penangkapan ribuan yang lain. Pencerobohan polis, tentera yang dibantu oleh militia samseng ke atas masjid Qaid Ibrahim, Masjid Fath dan selainnya, pencerobohan di universiti-universiti di seluruh Mesir dan utamanya ialah Universiti Al-Azhar, digubal undang-undang rimba menentang penuntut Al-Azhar dengan hukuman penjara 17 tahun setiap seorang, ke atas 14 orang wanita Iskandariah dipenjara 11 tahun seorang yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Mesir, dipecat 710 orang pelajar Al-Azhar dari universiti, penangkapan para ulamak, penutupan stesen-stesen tv agama Islam, menghalang jalan-jalanraya dengan kereta perisai dan kebal, siri serangan ke atas rakyat dengan gas pemedih mata dan peluru hidup.

Sesungguhnya kita masih menantikan Syeikh Al-Azhar kembali kepada kebenaran, dia mengumumkan dirinya bebas dan tiada kaitan lagi dengan pemerintah zalim hari ini yang telah mengubah beberapa hari dan dalam masa beberapa minggu apa yang tidak pernah dilakukan oleh rejim-rejim sebelum ini pada era Abdul Naser, Sadat dan Mubarak 60 tahun, membunuh ribuan dan memenjarakan rakyat berkali-kali ganda. Maka Syeikh Al-Azhar perlu mengadakan pertemuan "Haiah". Kami telah nasihati beliau agar beliau kembali kepada kebenaran-Kembali kepada kebenaran lebih baik dari berada terlalu jauh dalam kebatilan. Kami telah menjawab hujah beliau dengan ilmiah dan kami sebarkan kepada awam, akan tetapi lelaki ini lebih suka duduk bersama-sama "jeneral-jeneral" pejabat beliau dari duduk bersama-sama saudaranya dari kalangan ulamak. Dan demikianlah Allah telah ciptakan manusia ini dengan kecenderungannya.

Saya menyeru kepada mereka yang berjiwa merdeka yang ikhlas dari kalangan ulamak dan anak-anak Al-Azhar: Agar mengumumkan penentangan mereka apa yang berlaku di Mesir hari ini dengan berani, agar mereka meletakkan jawatan dari "Haiah" ini yang telah 'mati' (iaitu gagal berfungsi dengan baik), tinggalkannya kepada Syeikh Al-Azhar dan pengikut-pengikutnya.

Maka saya menjangkakan sejurus peletakan jawatan saya ini akan semakin kuat serangan upahan kepada saya melalui media-media.Saya tidak takut kepada manusia dan hanya takut kepada Allah.
Sesungguhnya saya menantikan detik-detik kejatuhan penzalim-penzalim ini sedikit masa lagi. Dan mereka ini telah jatuh dari pandangan (rahmat) Allah, kemudian jatuh dari pandangan mata rakyat, kemudian akan jatuh lagi dari mata Arab dan orang Islam. Semakin hari bertambah kerosakan dan penyelewengan dalam negara, negara yang baik berubah kepada buruk, menjadikan negara buruk berubah ke arah lebih buruk.

Sesungguhnya 'sunnatullah' tidak akan berubah bertukar ganti iaitu akan dibantu kebenaran atas kebatilan, keadilan atas kezaliman, akan menang rakyat ke atas toghut.
Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum..kami memohon kepadaMu agar Kau rahmati syuhada' kami di Mesir, di Syria, Iraq, Palestin, Somalia dan seluruh bumi Islam. Ya Allah, Kau sembuhkanlah mereka yang cedera dan sakit. Ya Allah, bebaskan tahanan-tahanan di dalam penjara, angkatkatlah bala dari mereka yang ditimpa bala, satukan kalimah orang-orang beriman, timpakan kepada orang-orang zalim itu azab yang pedih, turunkan kepada mereka kemurkaanMu yang tidak mampu ditolak oleh mereka. Bantulah ummat kami dengan bantuanMu.

Al-Faqir Ilaihi Ta'ala
Yusuf Al-Qaradhawi
29 Muharram 1435/ 2 Disember 2013

Kesimpulannya:

1) Syeikh Qaradhawi berjuang mahukan suara Al-Azhar kembali seperti zaman kegemilangannya satu masa dahulu. Hebat dari sudut jihad penentangan menentang kezaliman.

2) Kekecewaan beliau kerana Haiah Kibar Ulamak yang menjadi badan tertinggi Al-Azhar gagal berfungsi dengan baik.

3) Jawatan Syeikh Al-Azhar sepatutnya dipilih oleh anggota Haiah ini seperti jawatan Mufti yang melantik Dr.Syauqi 'Alam sebagai Mufti baru sepertimana juga rakyat yang berkuasa penuh memilih Presiden mereka. Sepatutnya Dr.Ahmed Toyyib sewajarnya menyerahkan mandat semula kepada Haiah untuk dibuat pelantikan semula kerana beliau ke jawatan itu dengan lantikan oleh Mubarak pada tahun 2010 tetapi ia tidak pernah dilakukan.
See More
............................................

alHatt:
Saya pernah beberapa kali menulis tentang Mesir di Galeri Nurani, salah satu darinya bertajuk "Mesir..Kau Takkan Faham Apa Yang Aku Tak Faham!"

Apa yang berlaku kepada institusi tersohor bagi umat Islam di zaman ini cukup sekadar menambahkan lagi "ketidakfahaman saya" selama ini.

Suka saya memetik kata-kata Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dalam kenyataannya di atas;
"Kembali kepada kebenaran lebih baik dari berada terlalu jauh dalam kebatilan!!"

Jika kata-kata ini pun tidak dapat difahami/ tidak mahu difahami, apa lagi nak dikata?
Masih belum terlewat bagi Al-Azhar.
Tiada yang mustahil bagi Mesir!

Mustahil bukan bermakna tiada penyelesaian.
Tetapi kita belum lagi berjumpa jalan penyelesaiannya!!

Moga memperoleh Taufik dan Hidayah dari Allah..

Saturday, November 30, 2013

Permainan Akhir Zaman

Sumber: Utusan Online

11,000 kanak-kanak maut perang di Syria


Sebahagian besar mangsa serangan gas saraf di Ghouta di pinggir Damsyik pada Ogos lalu merupakan golongan kanak-kanak. - Agensi

BEIRUT 24 Nov. - Lebih 11,000 kanak-kanak terkorban dalam perang saudara di negara ini yang berlanjutan hampir tiga tahun, menurut kumpulan pemikir Penyelidikan Oxford yang beribu pejabat di London, baru-baru ini.
Majoriti kanak-kanak tersebut terbunuh dalam serangan bom atau peluru di kawasan perumahan mereka selain beratus-ratus serangan hendap.
Menurut laporan tersebut, bedilan serta serangan udara yang berlaku turut mengorbankan bayi.
Data terkumpul mendapati, seramai 11,420 mangsa yang terkorban berumur 17 tahun ke bawah, manakala 389 kanak-kanak dibunuh oleh penyerang hendap.
Daripada laporan itu, seramai 764 kanak-kanak turut dihukum bunuh, manakala lebih 100 yang lain termasuk bayi, diseksa.
Laporan itu juga mendapati, lebih ramai kanak-kanak lelaki dalam lingkungan 13 hingga 17 tahun maut, berbanding kanak-kanak perempuan.
Dalam laporan tersebut, wilayah Aleppo mencatat bilangan kematian paling tinggi melibatkan kanak-kanak iaitu sebanyak 2,223 orang.
Penulis bersama laporan itu, Hana Salama berkata, cara kanak-kanak di Syria meninggal dunia amat menakutkan.
"Mereka mati akibat dibom di rumah, semasa beratur menunggu giliran untuk mengambil roti dan semasa berada di sekolah.
"Selain itu, ada di antara kanak-kanak maut akibat diserang penembak tepat, dihukum mati, diseksa dan dipaksa menghidu gas beracun," katanya.
- AGENSI

alHatt:
Apalah dosa kanak-kanak tersebut hingga dibunuh sebegitu rupa. 
Sebenarnya kematian ada di mana-mana, boleh berlaku ke atas sesiapa sahaja.
Ada yang ditimpa penyakit kronik lalu mati pada usia kecil.
Ramai juga yang mati ketika lahir. 
Banyak juga kes-kes kemalangan yang melibatkan kanak-kanak. 
Itu ajal yang mana tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menangguh.

Seperti yang berlaku di Syria, pihak yang bertelagah mempunyai pilihan samada memilih jalan perdamaian atau berperang dalam menegakkan perjuangan masing-masing.

Jalan perdamaian bermakna membawa kemenangan bagi kedua-dua pihak.
Jalan peperangan hanya mendatangkan musibah yang akhirnya membawa kemusnahan diri mereka sendiri.

Yang menyedihkan, insan yang tidak berdosa seringkali dijadikan sasaran bagi melemahkan moral dan semangat juang pihak yang menentang. 

Siapa yang tak tersentuh hati bila melihat anak-anak kecil dibunuh ketika mereka sebenarnya sedang berlindung dan ingin keluar dari zon peperangan??
Adakah mereka mengangkat senjata atau menghunus pedang di medan pertempuran?
Tidak!!
Mereka langsung tiada kena mengena dengan kegilaan puak-puak syaitan ini!

Tetapi inilah mainan umat manusia akhir zaman.
Yang mendustakan ketibaan Hari Akhirat iaitu Hari Pembalasan.

Firman Allah SWT (Surah Al-Muthoffifin, ayat 10~12): Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan. Iaitu mereka yang mendustakan hari pembalasan. Dan tiada yang mendustakannya melainkan tiap-tiap orang yang melampaui batas (kebenaran), lagi amat derhaka!

Semoga kita dapat mengambil pengajaran darinya..

Wednesday, November 27, 2013

Regim Firaun

Laporan berita:
Hubungan Mesir-Turki semakin tegang

KAHERAH 24 Nov. - Mesir mengusir Duta Turki ke negara ini semalam, manakala Ankara mengurangkan hubungan diplomatik dengan Kaherah, sekali gus memburukkan lagi hubungan kedua-dua negara selepas penggulingan bekas Presiden, Mohammed Mursi pada Julai lalu.
Hubungan tegang antara kedua-dua negara itu bertambah buruk selepas Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengkritik rampasan kuasa yang menggulingkan Mursi dan situasi tidak stabil di Mesir pada Khamis lalu.
"Saya tidak akan menghormati mana-mana pihak yang mentadbir menerusi rampasan kuasa," katanya.
Mesir mengusir Huseyin Avni Botsali sambil menyifatkan beliau sebagai 'individu yang tidak diingini', selain mengehadkan hubungan dengan Turki dan membuat keputusan untuk tidak menghantar duta ke Ankara.
Kementerian Luar Mesir menuduh Turki 'menyokong mana-mana pihak yang cuba mewujudkan ketidakstabilan di negara ini' yang jelas merujuk kepada pergerakan Ikhwanul Muslimin.
Kementerian itu juga menyatakan bahawa Ankara 'cuba mempengaruhi komuniti antarabangsa untuk menentang kepentingan penduduk Mesir'.
Sebagai balasan, Turki mengisytiharkan Duta Mesir ke Ankara, Abderahman Salah El-Din sebagai 'individu yang tidak diingini' dan memanggilnya untuk memberi penjelasan berhubung pengusiran Huseyin.
Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu mengkritik tindakan Mesir yang membocorkan keputusan pengusiran Huseiyin kepada media sebelum perbicangan dua hala diadakan sebagai 'sikap buruk yang tidak bersesuaian dalam konteks hubungan diplomatik'. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131125/lu_03/Hubungan-Mesir-Turki-semakin-tegang#ixzz2llKIp6PU
© Utusan Melayu (M) Bhd
................................................

alHatt:
Anda tentu dapat mengagak siapa pemilik jasad kaku dibawah ini..
 


Ya, itulah Firaun.

Allah merakamkan dalam Al-Quran;
"Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu
supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi
orang-orang yang datang sesudahmu dan
sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah
dari tanda-tanda kekuasaan Kami."
Surah Yunus, ayat 92.

Duta Turki telah diusir keluar dari Mesir hanya kerana tindakan
Turki yang tidak memihak kepada Regim Firaun
(dengan izin!).

Melalui Surah Yunus, ayat 92 di atas, Allah SWT dengan jelas
telah menerangkan tujuan jasad Firaun kekal hingga ke hari ini.
Namun berapa kerat dari kita yang mengambil pelajaran darinya?

Sesungguhnya Allah SWT tidak pernah menzalimi manusia.
Manusialah yang menzalimi diri sendiri.
Kini Rakyat Mesir telah dizalimi.

Apa yang boleh saya katakan;
Tindakan Regim Firaun keatas Turki itu
merupakan tanda mereka berada dalam
ketakutan dan keseorangan.
Tekanan dari dalam dan luar telah
meruntuhkan moral mereka. 

InSyaAllah, itu juga tanda kebangkitan
Ikhwanul Muslimin!!

Panjangkan doamu..

Wednesday, November 20, 2013

"Wake Up Call"

Sumber berita: Utusan Online. 
 


Kunjungan OIC ke Rakhine dibantah


Sebahagian daripada sami Buddha, memegang sepanduk membantah kunjungan delegasi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke Myanmar bagi melihat sendiri nasib etnik Rohingya Islam akibat rusuhan agama di Yangon, semalam. - AP


YANGON 13 Nov. - Berpuluh-puluh sami Buddha mengadakan tunjuk perasan di luar lapangan terbang bagi membantah kehadiran delegasi daripada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang tiba di sini, hari ini bagi memantau keadaan berhubung rusuhan agama.
Setiausaha Agung OIC, Ekmeleddin Ihsanoglu dan beberapa pegawai lain yang mewakili pertubuhan 57 negara Islam itu, akan bertemu dengan pegawai tertinggi kerajaan Myanmar di Naypyitaw untuk membincangkan isu keganasan etnik yang melanda negara ini.
Lebih 240 orang terbunuh dan 240,000 lagi menjadi pelarian dalam rusuhan agama pada tahun lalu, dengan kebanyakan mangsa terbunuh merupakan etnik Rohingya Islam yang diburu oleh penduduk Buddha dan tidak dihalang oleh pihak keselamatan Myanmar.
Delegasi OIC terbabit yang diwakili pegawai dari Indonesia, Malaysia, Turki, Arab Saudi, Mesir, Djibouti dan Bangladesh, dijangka menerima bantahan besar-besaran pada Jumaat ini apabila berkunjung ke negeri Rakhine bagi melihat sendiri keadaan mangsa dan kem pelarian.
Pegawai Indonesia, Ark Hananto berkata, kerajaan Myanmar memberi jaminan akan mengenakan kawalan yang ketat terhadap kumpulan khas OIC sepanjang kunjungan di negara ini.
Ark berkata, selain mengutuk dan menyuarakan kebimbangan tentang nasib umat Islam di Myanmar, OIC juga akan bertemu secara langsung dengan mangsa konflik terbabit.
Jelasnya, pegawai delegasi akan mengadakan perbincangan dengan masyarakat dan pemimpin-pemimpin agama di kawasan itu.
"Tujuan OIC ke sini adalah untuk mencari jalan membina komunikasi antara kedua-dua pihak terlibat," katanya. - AP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131114/lu_06/Kunjungan-OIC-ke-Rakhine-dibantah#ixzz2l4Mhsar7
© Utusan Melayu (M) Bhd

Setiausaha Agung OIC menangis ketika kunjungi etnik Rohingya


Sebahagian etnik Rohingya berteduh di sebuah kem di Sittwe, Rakhine, Myanmar selepas rusuhan agama tercetus pada 15 Mei lalu. - AGENSI

YANGON 17 Nov. - Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Ekmeleddin Ihsanoglu mengakui dia menangis ketika melawat kem etnik Islam Rohingya di Sittwe, hari ini.
"Saya menangis apabila melihat keadaan kem yang daif, selain kebajikan penghuninya tidak diuruskan dengan baik," katanya.
Ekmeleddin dan delegasi OIC kini dalam lawatan empat hari ke Myanmar sejak Jumaat lalu atas jemputan Presiden, Thein Sein.
Delegasi itu kemudiannya mengadakan pertemuan dengan Thein Sein, di sini semalam.
Sementara itu, OIC menggesa Myanmar mengurangkan sekatan ke atas hak kebebasan asas selepas menilai hak asasi etnik Islam Rohingya dan penduduk Islam lain di negara ini akibat konflik agama yang berlaku sejak kebelakangan ini.
"OIC menggesa kerajaan untuk meneruskan reformasi undang-undang, termasuk memansuhkan undang-undang sekatan kebebasan asas," menurut Thein Sein yang dipetik oleh akhbar The New Light of Myanmar hari ini.
Konflik keganasan etnik dan agama di negeri Rakhine di barat Myanmar pada tahun lalu, menyaksikan sekurang-kurangnya 167 orang maut, terutamanya etnik Rohingya Islam.
Etnik minoriti itu berdepan dengan diskriminasi apabila kerajaan Myanmar tidak mengiktiraf kerakyatan mereka dan mendakwa golongan itu berasal dari Bangladesh.
OIC dalam pada itu berjanji untuk menghulurkan bantuan kepada Myanmar, namun menggesa agar negara ini menghentikan diskriminasi ke atas etnik minoriti dan agama yang tertakluk di bawah peruntukan hak asasi manusia. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131118/lu_08/Setiausaha-Agung-OIC-menangis-ketika-kunjungi-etnik-Rohingya#ixzz2l4NgIa4d
© Utusan Melayu (M) Bhd
.........................................................
alHatt:
Tetamu Galeri Nurani yang budiman;

Terima kasih atas perhatian dan masa anda membaca laporan berita di atas. Mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat membuka mata kita ke atas apa yang telah dan sedang berlaku khususnya di Rakhine (negeri dalam jajahan Myanmar).

Galeri Nurani pernah sekali memaparkan pautan artikel tulisan Tun Dr. Mahathir dalam posting  bertajuk "P.E.A.C.E." dengan mengajak kita sama-sama bermuhasabah serta memikirkan apa yang mampu kita lakukan untuk membantu etnik Rohingya.

Memetik kata-kata Tun dalam blognya yang bertajuk "THE ROHINGYAS" seperti berikut, (terjemahan bahasa melayu oleh pengendali blog Galeri Nurani);

8. The Muslims worldwide are weak.  Naturally they have not raised meaningful objection against the atrocities. It is as if Muslims care only for themselves and not their brothers, yet Islam enjoined upon them the brotherhood of all Muslims.

8. Orang Islam seluruh dunia adalah lemah. Biasanya mereka tidak melakukan bantahan/penentangan yang sewajarnya keatas kezaliman yang berlaku. Mereka hanya pentingkan diri sendiri dan bukan kepada saudara mereka walaupun agama Islam menekankan bahawa Islam itu bersaudara.  

9. Since the Muslims care not for each other or for Islam, anybody can beat any Muslim to death in full view of the other Muslims.  I feel sorry for the Rohingyas.  It is their turn today.  We Muslim in Malaysia think this will not happen to us.  So why should we care about what happens to the Rohingyas.  It is their problem, not ours.

9. Memandangkan orang Islam tidak mengambil berat tentang orang lain atau Islam, sesiapa sahaja boleh membunuh orang Islam yang lain sebab itu bukan diri mereka. Saya kasihan kepada orang Rohingya. Kini tiba giliran mereka. Orang Islam di Malaysia fikir ia tidak akan berlaku keatas diri mereka. Jadi kenapa kita mesti ambil peduli atas apa yang berlaku kepada etnik Rohingya?
Itu masalah mereka, bukan kita.

Pendapat saya pada kenyataan diatas adalah seperti berikut:

Pertama, Tun menulis sebagai teguran/sindiran kepada Kerajaan Malaysia (memang "style" Tun macam tu) agar masuk campur atas isu Rohingya. Barangkali itu antara sebab mengapa akhirnya OIC menghantar delegasi termasuk dari Malaysia ke Myanmar untuk memantau keadaan etnik Rohingya.

Kedua, tulisan itu juga ditujukan buat umat Islam di Malaysia agar mengambil berat dan mengambil tauladan agar perkara seumpama tidak berlaku di Malaysia.

Sejujurnya kita di Malaysia hidup dalam keadaan aman dan harmoni (masih terkawal) sehingga kebanyakan dari kita tidak peduli apalagi bermuhasabah tentang apa yang berlaku di tempat lain termasuklah di Myanmar, Palestin, Syria, Mesir dan banyak lagi.
Termasuklah juga "pembersihan etnik Islam" yang berlaku dibanyak Negara di mana orang Islam adalah golongan minoriti.

Apa yang kita sibukkan adalah berpolitik; tuduh-menuduh, fitnah-memfitnah dan bermusuhan antara sesama Islam. Juga berlebihan dalam berhibur dan melibur, melawak, gosip artis dan bermacam-macam sibuk yang dicipta sendiri.

Kita tidak ambil peduli kesan yang bakal dihadapi dimasa hadapan atas kelalaian diri kita sendiri.
Apa yang berlaku di Negara-Negara bergolak seluruh dunia sekarang ni tidak mustahil akan berlaku di Malaysia.
Dengan cara hidup dan tabiat kita ketika ini, mampukah kita menangkis segala ancaman yang akan merosakkan Islam dan Negara?

Ketika ini banyak isu yang menggugat kepentingan Islam dan umat Islam di Malaysia yang dibangkitkan musuh Islam. Dan kita masih lagi mampu bertelagah, yang berseronok terus leka melayan nafsu sendiri, yang lena tidur terus berdengkur.
Kita tidak sanggup untuk bersatu sebagaimana kita sanggup berpecah-belah hatta kafir-mengkafir.

Ayuh, bangkit segara! Jangan tidur sambil dibuai mimpi palsu yang bakal menjerut leher serta tengkok kita. Sedarlah, kita sedang berada dalam kecemasan iman dan amal tahap kronik!!

Jika kita berbangga bergelar umat Islam, maka bersedialah berkorban untuk melenyapkan sifat pentingkan diri sendiri. Fikirlah kemaslahatan ummah.
Biarlah kiranya segala nikmat yang kita nikmati kini merupakan pemberian yang diredhai Allah. Bukannya Istidraj.

Jika kita rasa gembira dan selesa dengan kehidupan kita kini, orang lain juga berhak merasai perasaan yang sama.
Jika kita rasa seronok melakukan amal ibadat, bersolat, berjemaah di masjid, membaca Al-Quran dan berpuasa, orang lain juga berhak merasai perasaan yang sama!

Maka menjadi tanggungjawab kita membantu mereka dengan cara dakwah dan berkasih-sayang serta mendoakan agar mereka juga akhirnya merasai nikmat yang sama!

Bukan menggalakkan permusuhan!!

Inilah yang dilakukan oleh para Nabi dan Rasul.
Mereka mengajak kepada kebaikan, mencegah kemungkaran.
Mereka tidak pentingkan diri sendiri.
Mereka menyahut seruan Ilahi.

Jadi mampukah kita menyahut seruan yang sama??
Ayuh, bangkit segera!!

alHatt
20 Nov 2013.
 






Monday, November 11, 2013

"Aku Belum Baik Lagi.."

Jam 5 pagi
Waktu bangkitku
Suasana sejuk
Beratnya badan ini

Kedengaran bunyi hujan
Terus menggamit perhatian
Kuselak langsir
Melihat keluar jendela
Hujan renyai
Membasahi bumi yang sunyi sepi

Akupun terus bangun
Melawan sejuk yang mendamaikan
Tak perlu dilayan nafsu tidur ini
Malam tersisa harus dimanfaat
Sebelum fajar menyinsing

Dan itulah rutin harian yang payah kupertahan
Ku mohon istiqamah..

Jam 7 pagi,
"Alamak, hujan tak berhenti lagi.
Banyak pula kerja nak buat pagi ni.."

Ku redah jua
Menghantar anak ke sekolah
Pergi ke pasar dan beli barang keperluan
Sempat aku menoleh tajuk utama deretan akhbar
Dan mataku terpaku
Terkejut membaca tajuk berita

Taufan Haiyan ragut lebih 10,000 nyawa di Filipina

 
Sebuah kapal terdampar di daratan selepas dipukul tiupan angin kencang daripada Taufan Haiyan di Tacloban.


MANILA - Pulau Leyte, wilayah tengah Filipina kini bagaikan padang jarak padang tekukur selepas dibadai Taufan Haiyan yang merupakan ribut paling kuat di dunia pada tahun ini dengan meragut lebih 10,000 nyawa, kata seorang pegawai kerajaan semalam.
Angka tersebut diumumkan ketika pasukan penyelamat bertungkus-lumus dalam usaha untuk menyelamatkan bilangan mangsa Taufan Haiyan yang terus meningkat.
Taufan yang bertiup selaju 315 kilometer sejam (km/j) itu mencetuskan ombak besar seperti tsunami yang melanda pulau-pulau di Filipina sejak Jumaat lalu.
---------------------------------------

Astaghfirullah..
Aku lihat diri ini
Hujan renyai pagi tadi pun aku ungkit-ungkitkan
Bayangkan jika aku bangun tadi
Sekelilingku hancur musnah
Keluargaku semua tiada lagi
Dan aku menjerit seorang diri
Bayangkan, apa yang mampu aku lakukan?

Kelmarin, aku maklumkan kepada seorang Sahabat,
"Ujian Itu Nikmat.."
Pagi ini aku cuba memahami
Hakikat nikmat atas ujian bencana taufan Haiyan

Apa yang pasti
Aku belum sebenarnya diuji
Amalku sedikit cuma
Syukurku entah apa-apa
Hakikat yang harus ku akui,
"Aku Belum Baik Lagi.."

alHatt
11.11.13

Friday, October 25, 2013

Sasaran Paling Panas

Artikel terkini dari Blog Dr. Ismail Ibrahim.

LAST PORT

SASARAN PALING PANAS...
Melihat kepada terkaman dan ancaman yang dihadapi oleh negara kita, maka nampaknya Malaysia telah menjelma menjadi sasaran yang paling panas dari segenap penjuru.
Isu agama menjadi senjata yang paling tajam sekali yang digunakan untuk menikam dan merosakkan sasaran mereka, iaitu bermula dari ancaman akidah, undang-undang dan cara hidup Islam hingga ke  isu-isu tertentu yang turut di campuri urusannya oleh kalangan luar negara, terutamanya tentang penggunaan nama Allah bagi the Herald, yang dibesar-besarkan begitu rupa seolah-olah isu itu merupakan isu hidup dan mati bagi agama lain dari Islam.
Kini di Geneva sedang berlangsung semakan berkala sejagat (Universal Periodic Review - UPR) iaitu satu proses menyemak sejauh manakah kepatuhan semua anggota PBB yang berjumlah 193 negara terhadap ketetapan majlis hak asasi manusia (UNHCR) yang dijalankan setiap empat tahun.
Malaysia diantara negara yang akan menjawab beberapa perkara yang telah dibangkitakan di dalam UPR yang telah diadakan di Geneva pada 11 Februari 2009, yang mengikut sumber berita sebanyak 62 syor telah diutarakan kepada negara kita dan seramai 90 wakil dari negara-negara ahli PBB telah memeberikan pelbagai komen terhadap negara kita.
Kita bukan hanya akan menghadapi berbagai-bagai komen dan keritikan dari negara-negara luar, malah mengikut sumber berita juga, terdapat kira-kira 54 NGO's Malaysia yang dikenali sebagai Comango telah berada di sana, bersedia untuk membuka segala kelemahan dan perlanggaran hak asasi oleh negara kita, menurut perspektif mereka.  
Terdapat 17 perkara yang akan menjadi tuntutan Comango kepada Malaysia yang akan dikemukakan dalam pusingan UPR ini, dan saya tidak mampu untuk mengulas atau membincangkan semua tuntutan itu di sini, kerana pada pandangan saya keseluruhan rakyat Malaysia haruslah mencuba untuk memahami 17 tuntutan ini dengan sebaik-baiknya, dan menilai sendiri apakah perkara-perkara yang dikemukakan ini berasas atau tidak.
Namun yang amat nyata sekali tentang campur tangan Comango dalam tuntutan mereka ialah beberapa perkara mengenai  isu agama dan tradisi, atau budaya dan nilai moral rakyat Malaysia sendiri.
Satu tuntutan yang amat menyentuh kehormatan dan cara hidup rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama ialah "hak untuk privasi, perkahwinan dan kehidupan keluarga" yang saya rasa secara langsung atau tidak langsung menceroboh pegangan agama dan tradisi rakyat Malaysia tentang kelakuan seksual, perkahwinan secara fitrah dan sebagainya, yang diamalkan selama ini oleh semua kaum di dalam masyarakat kita..
Satu tuntutan lain yang jelas ditujukan kepada amalan Islam di negara kita ialah kebebasan beragama yang amat banyak tersirat beberapa amalan yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti isu murtad, perkahwinan Islam dan bukan Islam, dan mungkin juga termasuk banyak enekman yang melindungi orang Islam dan keluarga Islam juga.
Sebab itulah telah saya katakan di atas, Malaysia nampaknya menjadi sasaran yang paling panas dalam serangan terhadap amalan agama dan seksualiti songsang yang dilindungi oleh berbagai-bagai peruntukan undang-undang negara kita bagi menjaga amalan agama dan kehidupan keluarga yang sihat, yang juga dilindungi oleh Perlembagaan negara sendiri.
Nampaknya pihak NGO kita, termasuk segelintir NGO Islam sendiri, sedang bergerak menuju ke satu dunia yang bebas tanpa undang-undang sama sekali untuk memberikan kebebasan terhadap kehidupan bertuhan dan mangamalkan kelakuan seksual bebas tanpa terikat lagi kepada tradisi dan budaya bangsa, dan  ajaran agama, terutamanya agama Islam.
NGO sendiri sebenarnya ketika ditubuhkan, di daftar, mendapatkan ahli, melantik pimpinan, membelanjakan wang, membeli, menjual, mengurus harta benda dan sebagainya, terikat dengan banyak peraturan dan undang-undang tubuh mereka yang tidak mungkin dicerobohi. 
Tetapi bila tiba kepada pembicaraan tentang hak asasi manusia, mereka merasakan bahawa segala peraturan dan undang-undang, hanya merupakan sekatan dan kongkongan sahaja terhadap manusia ini, yang seharusnya diberikan segala kebebasan untuk bertindak dan berkelakuan.
Apakah terdapat sebarang organisasi yang tidak mempunyai perlembagaan? Yang tidak mempunyai undang-undang yang seharusnya dihormati?
Berdasarkan hal ini saya rasa bahawa negara kita sememangnya menjadi sasaran untuk dikucar kacirkan, diseleweng dan dihancurkan, terutamanya apabila tiba kepada isu agama dan budaya kita sendiri, khususnya orang Melayu dan agama Islam yang masih bertahan dengan baik di negara kita sebagai "last port" yang belum dimusnahkan.

Brunei vs Malaysia

Assalamualaikum,

Bersempena hari Jumaat yang mulia ini, Galeri Nurani membawakan khabar menarik dari Brunei..

Brunei laksana hukum Hudud

Sultan Hassanal Bolkiah merasmikan Majlis Ilmu 2013 di Bandar Seri Begawan, semalam. - AFP

BANDAR SERI BEGAWAN 22 Okt. - Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, hari ini mengumumkan penguatkuasaan hukum Hudud di negara ini, termasuk melaksanakan hukuman potong tangan ke atas pencuri dan rejam terhadap kesalahan zina.
Jelasnya, undang-undang yang dikenali sebagai Kod Penal Syariah itu, diwartakan, hari ini selepas beberapa tahun diteliti dan dikaji.
Sebelum ini, Sultan Hassanal dalam ucapannya pada satu majlis tertutup di sini pada 10 Oktober lalu berkata, pelaksanaan undang-undang Islam berlandaskan Syariah itu bakal dikuatkuasakan secara berperingkat-peringkat dalam tempoh enam bulan.
Peraturan lain yang bakal dilaksanakan termasuk hukuman sebat ke atas pesalah yang melakukan pengguguran dan minum arak.
"Dengan rahmat Allah, mudah- mudahan penguatkuasaan undang-undang ini akan memenuhi tanggungjawab kita kepada Allah swt.
"Saya berharap undang-undang ini boleh mengukuhkan pengaruh Islam di Brunei yang majoritinya didiami penduduk Islam," katanya.
Negara yang kaya dengan sumber minyak itu dihuni kira-kira 400,000 penduduk dan 70 peratus daripada mereka merupakan penganut Islam dan selebihnya Kristian, Buddha dan agama lain.
Brunei sebelum ini menguatkuasakan gabungan dua sistem peraturan iaitu mahkamah berdasarkan undang-undang Britain untuk kes sivil dan undang-undang Syariah bagi kes peribadi dan isu keluarga.
Kerajaan Brunei turut melarang penjualan dan pengambilan alkohol serta menyekat aktiviti keagamaan dan perayaan agama lain daripada diadakan secara terbuka. - AGENSI

alHatt:
Alhamdulillah, bertambah lagi Negara Islam yang berusaha menegakkan hukum Allah.
Doa semoga Negara kita yang tercinta ini dapat menjadikan Brunei sebagai model dalam pelaksanaan Hukum Hudud.

Mungkin ada yang mengatakan keadaan di Brunei banyak bezanya dengan di Malaysia terutama dari segi populasi, polarisasi kaum, ekonomi, politik dan macam-macam lagi.
Yang pasti, samada BN atau PR, kedua-duanya tidak menunjukkan komitmen yang sebenar untuk laksanakan Hudud ini. Sila rujuk ketetapan parti masing-masing ya..
Namun pokok pangkalnya umat Islam mestilah bersatu. Bukan berpecah dua atau tiga dan banyak lagi seperti sekarang ni.
Barangkali itulah sebenarnya yang membezakan antara Malaysia dan Brunei. 

Bersatulah wahai  Saudara-saudaraku, tak kiralah apa jua fahaman politikmu.

InsyaAllah, semua kesulitan akan dipermudahkan..

Wassalam.

Tuesday, October 8, 2013

Mesir..Kau Takkan Faham Apa Yang Aku Tak Faham!

Berita utama Utusan Malaysia 8 Okt 2013: Pertumpahan darah di Mesir


Sebahagian pengikut Ikhwanul Muslimin, membantu mengangkat rakan mereka yang cedera akibat pertempuran dengan anggota pasukan keselamatan di Kaherah, Mesir, kelmarin. - AFP
-------------------------------------------------------------------

Mesir..Kau Takkan Faham Apa Yang Aku Tak Faham!

Mesir
Sangat murah harga darahmu
Hanya dengan keluar berhimpun
Kau mampu syahid
Syahid?
Mudah-mudahan kau dikalungkan dengannya..

Mesir
Adakah yang keluar berhimpun dan dibunuh itu mengejar syahid sama seperti para Sahabat  memburu syahid dahulu?
Adakah mereka tahu mereka akan mati di medan itu?
Adakah mereka benar-benar merindui untuk bertemu Penciptanya?
Atau adakah mereka hanya menjadi mangsa keadaan??
Mudah-mudahan darjatmu diangkat disisi Tuhan..

Mesir
Sudah beribu-ribu terkorban
Berapa ramai lagi yang akan dikorbankan?
Tahukah kau, berjuta sedang sengsara meniti hidup kerana terkorbannya beribu-ribu orang itu?
Sedarkah kau, akhirnya mereka juga akan terkorban
tanpa sempat keluar berhimpun dan terbunuh seperti beribu-ribu orang itu?
Apa yang kau mahu?

Mesir
Kau tempat lahirnya Liga Arab
Liga apa itu?
Bolasepak?
Snuker se-Arab?
Atau Liga Jahanam-menjahanam?
Tahukah engkau apa tujuanmu?

The League's main goal is to "draw closer the relations between member States and co-ordinate collaboration between them, to safeguard their independence and sovereignty, and to consider in a general way the affairs and interests of the Arab countries".

Sangat murni!!
Jadi kenapa darahmu ditumpahkan begini??
Di mana pendukung-pendukung Liga itu?
Bersembunyi dibalik telunjuk Amerika?
Penubuhan bukan kerana Tuhan tetapi ketamakan??

Mesir
Jika kuasa yang kau tamakkan,
Ketahuilah, kau telah mewarisi tabiat buruk datuk nenekmu,
FIRAUN!!
Lupakah kau bagaimana Allah menamatkan riwayat si Firaun?
Dia telah ditenggelamkan laut yang menyelamatkan Nabi Musa A.S.
Adakah kau menunggu Laut Merah itu kembali terbelah dan menelanmu??
Tidak mungkin!
Sekali-kali tidak!

Mesir
Murahnya hati Arab Saudi, UAE dan Kuwait terhadapmu!
Al-Sisi dijulang
Berbilion Dollar didermakan kepada regim Tentera
Atas dasar apa?
Liga Arab atau Liga Jahanam-menjahanam?
Takutkan kebangkitan Islam?
Bukankah Arab Saudi penjaga dua Tanah Suci??
Atau takutkan kepentingan Israel dan Amerika terjejas??
Apa kepentingan mereka terhadapmu??

Mesir
Pedulikah kau terhadap Gaza?
Siapa mereka dihatimu?
Bukan dari kalangan saudaramu sendiri?
Kenapa perlu diletup terowong dan ditutup pintu Rafah??
Kau rela didakwa sebagai pembunuh senyap??
Sedarkah kau Gaza akan lenyap??

Mesir
Jangan harapkan lagi simpati dunia
Kau telah memperolehinya lebih dari apa yang kau perlukan!
Usah pertaruhkan darah rakyat marhaen itu lagi!
Bangkitkan Ikatan Persaudaraan Islam
Dari dalam
Bukankah itu lebih baik?
Hilang sudahkah segala wasiat As-Syahid Hassan Al-Banna?

Mesir
Jangan kau cabar Allah Maha Pentadbir
Hanya satu jeritan akan lenyaplah seluruh isi bumi
dan kau akan dibangkitkan kembali
Itu janji Tuhan
Jangan kau tanya dan menunggu-nunggu kedatangan hari itu
Ketahuilah, jeritan suara itu hanya sekali dan tak akan berulang lagi!!!

alHatt
8 Okt 2013
 

Friday, October 4, 2013

Radiasi 1400..

Assalamualaikum,

Selamat menikmati Jumaat yang penuh barakah.

Ada yang bertanya kenapa tiba-tiba Blog Galeri Nurani "bernyawa semula" selepas sekian lama menyepi terutama sejak Julai 2010.

Ada beberapa sebab musabab yang menyebabkan Galeri Nurani tersembab.
Yang utama sekali kerana komitmen yang tersangatlah banyak antara Ogos 2010 hingga Ogos 2012. Dua tahun yang sangat memenatkan dan penuh ranjau sepanjang hidup di muka bumi.
Keinginan untuk menulis hampir-hampir tiada hinggalah saya "memulakan hidup baru" selepas tarikh itu.

Hanya pada Jun 2013 saya mula keluarkan posting terbaru, cuba memotivasikan diri sendiri.
Tapi masih juga tak termotivasi!

Hinggalah tanggal 11 Sep 2013, kebetulan bersamaan tarikh ulangtahun runtuhnya keegoan Amerika menyembah bumi, saya kembali bersemangat untuk menulis.
Ideapun (entah apa-apa) tiba mencurah-curah. Dah tak tertahan-tahan lagi.
Dan kini Galeri Nurani kembali.
InsyaAllah akan cuba diteruskan selagi mana dapat membawa manfaat kepada kepentingan ummah.

Kenapa 11 Sep 2013?

Kebetulan (hidayah datang lagi), saya dan isteri menghantar seorang saudara (bau-bau bacang) yang baru kami kenali 3 hari sebelum itu, ke perhentian Melaka Central.
Dia menumpang rumah kami atas satu tugasan dakwah.
Sebelum pulang, saya dan isteri sempat ronda-ronda dalam Melaka Central dan masuk ke satu kedai buku/music Muslim. Mencari-cari sesuatu dan secara tak semena-mena saya "terserempak" dengan CD Al-Farbiband.
Saya pernah sekali melihat persembahan band ni di TV beberapa tahun lalu dan agak impressed dengan kebolehan mereka.

Saya berkata kepada isteri; saya nak beli CD ni.
Selepas dua tiga kali ulang dengar, saya semakin "menjiwai" music dan mesej yang band ni bawa.
Cukup bermakna.

Tajuk album pun unik; "RADIASI 1400".
Saya dah terkena kesannya..













Radiasi 1400..

Seruan itu telah lama memanggilmu
Lebih seribu empat ratus tahun yang lalu
Di bumi yang tandus dari suara qudus
Melalui lidah sayyidul mursalin

Suara itu masih terdengar lagi di waktu ini
Melalui lidah generasi perjuangan kini
Apakah kamu tidak dengar ?

Untuk menyiram bumi yang tandus
Untuk mengekang nafsu yang rakus
Untuk melembut hati yang keras
Untuk membersih penzalim dan pemeras
Untuk membasmi pemandi darah
Untuk menahan arak yang tumpah
Untuk memberhentikan pejudian memusnah


Agar tuhan dibesarkan agar tuhan disembah
Agar bumi tuhan putih bersih dari noda dan darah
Ayuh sambutlah seruan ini jangan tunggu-tunggu lagi
Jangan biarkan masa berlalu berlalu percuma


Seruan itu memanggilmu
Seruan itu seruan jihad..


Artis: Al-Farabiband

Dah tahu apa sebabnya?

Jumpa lagi..

Monday, September 30, 2013

Bagaimana Kita Jika diuji Begini?


DUNGUN 29 Sept. - Impian seorang tukang rumah untuk menatap kelahiran anak keduanya tidak kesampaian selepas isterinya yang sedang sarat mengandung tujuh bulan dan anak sulung mereka maut dalam nahas yang mengorbankan tiga nyawa di Kilometer 23, Jalan Paka-Al-Muktafi Billah Shah di sini, petang semalam.
Dalam kemalangan kira-kira pukul 6.40 petang itu, mangsa terbunuh ialah Wan Ayuzita Wan Jusoh, 23, dan anaknya, Mohd. Amizie Azmi, 18 bulan, dan seorang penunggang motosikal, Mohd. Nor Samat, 57.
Kedua-dua beranak itu menaiki kereta jenis Proton Iswara dipandu suami kepada Wan Ayuzita, Azmi Mohamad, 41. Turut bersama mereka ialah dua anak saudara Azmi yang berusia 11 dan 14 tahun tetapi ketiga-tiga mereka hanya cedera ringan.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Ahmad Zailani Yaacub memberitahu, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu Azmi terbabas semasa melalui lokasi tersebut lalu melanggar penghadang di sebelah kanan jalan.
Katanya, insiden itu menyebabkan keretanya melantun ke kiri dan melanggar motosikal tersebut dari arah bertentangan.
"Berikutan itu penunggang motosikal berkenaan tercampak sejauh 10 meter dan mengalami kecederaan parah di kepala serta meninggal dunia di tempat kejadian.
"Isteri serta anak Azmi yang berada di tempat duduk di sebelah pemandu pula tersepit dan turut maut di tempat kejadian," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Dungun di sini malam tadi.
Menurut Ahmad Zailani, ketika kejadian, kesemuanya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Lubuk Lesung, Air Putih, Kemaman selepas berkelah di pantai Seberang Pintasan.
Sementara itu, anak kepada Mohd. Nor, Mohammad Keeri, 19, memberitahu, dia dan bapanya baru pulang dari kebun menuju ke rumah mereka di Felda Kerteh 4 dengan menunggang motosikal berasingan.
"Sampai di satu selekoh saya tengok sebuah kereta hilang kawalan menuju ke arah kami dan kami cuba mengelak tetapi kereta itu terus langgar bapa," katanya.
Jelasnya, dia tergamam melihat kejadian dan tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu kerana ayahnya yang cedera parah di bahagian kepala meninggal dunia sejurus selepas kejadian.

© Utusan Melayu (M) Bhd

alHatt: Allah, Allah, Allah..Daripada engkau kami datang, kepada engkau kami akan kembali.
Tiada siapa pun akan tahu bila dan bagaimana kesudahan hidup kita di dunia ni.
Tak dapat dibayangkan bagaimana perasaan si Suami yang kehilangan insan tersayang dalam sekelip mata.
Allah berfirman; "Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaku..". Bersangka baiklah kepada Allah, mudah-mudahan kita mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.  

Sunday, September 29, 2013

Maka Tersebutlah Kisah..Mencari Jodoh (Bahagian 2)

Sambungan cerita..

Maka tersebutlah kisah selepas pertemuan tersebut, kedua-dua mereka telah membuat rumusan berikut:
Kita bagi namalah ya, senang nak cerita..
Katakan Lelaki ialah MH, Wanita ialah ER.

MH menganggap perkenalan itu merupakan satu anugerah dari Tuhan untuk dirinya. Dia tidak harus melepaskan sesuatu yang amat berharga iaitu hidayah.
Bagi MH, untuk memiliki ER sebagai isteri menuntut perubahan besar dalam hidupnya kerana ER telah menunjukkan ciri-ciri Muslimah yang diidamkan dari segenap aspek; percakapan, pemakaian, penampilan dan menunjukkan prinsip yang jelas iaitu "patuh syariah".

Bagi ER pula, MH adalah seorang lelaki biasa-biasa sahaja yang telah lulus ujian pertama dan layak untuk menjalani ujian seterusnya!!

Selepas pertemuan itu, MH langsung tidak menghubungi ER hinggalah hari ke-tiga selepas pertemuan pertama. Saja nak "test" katanya. Sejak itu mereka mula serasi.
Namun mereka jarang berjumpa atas faktor tempat kerja yang berjauhan. Tentunya ada hikmah tersendiri.

Selepas beberapa minggu menggali sebanyak mungkin rahsia diri masing-masing, mereka mula berbicara tentang matlamat perhubungan mereka.

ER mengajukan soalan maut lebih kurang begini;
"Saya nak tanya awak, jangan marah ya.. Apa tujuan awak berkawan dengan saya?
Bukan apa, kalau setakat nak jadi kawan biasa, rasanya kita tak perlu buang masa macam ni.
Saya nak kita ada matlamat jelas, bukan suka-suka atau nak isi masa lapang masing-masing.
Saya nak cari bakal suami, bukan boyfriend!"

Pianggggg!!!!
Masa tu MH rasa macam kena penampar sulung. Bisa...
Macam biasa, macho tetap kena control. haha..

MH memberi jawapan yang agak meyakinkan.
"Ya, saya sedang cari bakal isteri. Dan awak adalah satu-satunya calon terbaik buat saya.
Awak adalah hidayah dari Allah untuk saya. Saya banyak berubah sekarang ni.
Awak adalah sahabat saya.
Nabi kata seorang sahabat ialah orang yang buat kita ingat dan dekat dengan Tuhan bilamana kita bersama-sama mereka. Dan itu yang saya rasa sekarang ni".

Dipendekkan cerita, 4 bulan selepas perkenalan mereka telah mengikat tali pertunangan.
6 bulan kemudian mereka bernikah. Tidak sampai setahun berkenalan.
Alhamdulillah..

Sepanjang tempoh itu sebenarnya mereka jarang bertemu. Komunikasi banyak melalui telefon.
Kalau ada peluang berjumpa pun selalunya pertemuan diatur di rumah ER.
Kalau dapat keluar bersama memang sesuatu yang ditunggu-tunggu. Tapi tak pernah keluar berdua.
Biasanya keluar bertiga, kadang-kadang berempat atau lebih.
Antara yang pernah jadi mangsa kena ikut dating ialah kawan baik ER, adik dia, sepupu sepapat dan tak terkecuali bibik dia sekali! Memang haru...

Namun itulah hakikatnya betapa menjaga batas-batas syariat lebih diutamakan berbanding memenuhi tuntutan nafsu sendiri. Mudah-mudahan diberkati Allah.
Bagi mereka, bukan keseronokan ketika bercinta yang diburu. Apa juga yang mereka lakukan sebelum berkahwin akan beri kesan selepas perkahwinan, tak kiralah buat baik atau buruk.
Baik kelakuannya maka baiklah kesannya selepas berkahwin nanti. Begitulah sebaliknya.
Juga kepada zuriat yang bakal diamanahkan Tuhan.
Mereka percaya dengan ungkapan "bercinta selepas berkahwin".

Alhamdulillah, 25 May 2013 genap 10 tahun pernikahan. Dan dalam tempoh itu mereka telah diamanahkan Allah dengan tiga orang cahaya mata.

Itulah serba sikit perjalanan seorang lelaki dalam mencari jodoh yang telah tertulis dalam Luh Mahfuz.

Kuncinya ada dalam diri sendiri. Untuk memiliki suami atau isteri yang baik, berusahalah kearah kebaikan diri sendiri dahulu. Urusan seterusnya adalah milik Allah.
Bagaimana nak tahu kita telah memilik calon yang terbaik?
Juga ada dalam diri sendiri. Jika dalam sesuatu perhubungan itu menyebabkan kita semakin dekat dengan Tuhan, maka mohonlah sungguh-sungguh agar pasangan yang kita dambakan itu akhirnya menjadi milik kita.

Dan jika ianya menyebabkan kita terus lalai dan menuju ke lembah kemaksiatan, maka cepat-cepatlah buat pembetulan. Jika tidak, tunggulah akibatnya nanti dikemudian hari.

Akhir kata buat si Muslimah yang tertanya-tanya siapa dan bilakah jodohnya akan tiba;
Islam menggangkat darjat wanita di tempat tertinggi. Maka janganlah kau rendahkan tarafmu hanya kerana dambakan cinta seorang lelaki. Jagalah maruah dan akhlak. Kerana kehidupan selepas perkahwinan tidaklah seindah yang diimpikan. Jika dirimu jauh dengan Tuhan...

 Jumpa lagi..

Thursday, September 26, 2013

Maka Tersebutlah Kisah..Mencari Jodoh.

Maka tersebutlah kisah disebuah negeri yang diberi nama "Banyak"..
Arakian, seorang Muslimah tertanya-tanya didalam hati apakah bahagian yang telah tertulis untuknya didalam kitab rahsia Allah?
Bilakah jodohnya akan tiba dan siapakah yang bertuah bakal menjadi pasangan hidupnya?

Menarik sungguh untuk dibincangkan.
Bertepatan juga dengan seruan didalam kalam Tuhan, Surah Ar-Ra'd;
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri".
Maksudnya kita kenalah "cari" berbanding hanya menunggu bulan tu jatuh ke riba!

Rabbani pun ada beri nasihat dalam lagu mereka; "Cari, cari, carilah..pasangan hidupmu betul, betul oh kawan.."
Cuma yang mencabarnya, macam mana nak jumpa yang betul-betul, betul?
Haha..kadangkala benda serius pun boleh jadi kelakar..

Islam telah menggariskan banyak panduan dalam mencari pasangan hidup.
Bagi kaum Adam umpamanya, Rasulullah SAW bersabda;
"Seorang wanita dikahwini kerana empat perkara; hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, kerana dia akan membimbing tanganmu". Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Bagi kaum Hawa, prinsipnya telah ditulis dalam Surah An-Nur ayat 26;
"Perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik..".

Nah! Terang, jelas dan nyata.
Jadilah Muslimah sejati, InsyaAllah balasannya Mukmin sejati juga!

Persoalan seterusnya; Bila jodoh akan tiba?

Sekadar ingin berkongsi kisah benar yang mungkin boleh dijadikan panduan.
Pengalaman hidup seorang lelaki yang mencari bakal isterinya.

Pada zaman dahulu (taklah lama sangat; 11 tahun lepas je), telah dipertemukan seorang jejaka dengan seorang wanita untuk diberi peluang mengenal hati budi masing-masing.

Maka berbungalah hati si jejaka dengan tawaran seorang kawan yang ingin menemukan jodoh salah seorang adik ipar untuknya.

Pertemuan pun diatur, namun si jejaka terkejut beruk bila menerima mesej dari pasangan yang nak dipertemukan esok hari.
Kalau nak berkenalan, SILA PATUHI SYARAT-SYARAT BERIKUT:
1- Tidak merokok
2- Berpakaian kemas dan formal (seluar jeans tidak dibenarkan sama sekali)
3- Berkelakuan baik/ imej yang baik
4- Jumpa di rumah saya!!

Ada berani??

Si jejaka pun mula tak keruan. Hatinya berkata-kata; "Tuan Puteri mana pula yang aku nak jumpa ni? Belum pun bersua muka tapi dah letak syarat macam-macam! Aku belum terdesak lagi laa!..
Ok, tak mengapa. Nak yang terbaik memang susah. Kalau ada jodoh, Alhamdulillah. Kalau tak jadi pun Alhamdulillah. Dapat kawan baru".

Syarat pertama hingga ketiga tidak menjadi masalah. Cuma yang terakhir tu silap hari bulan boleh kena halau dengan tuan rumah!

Tiba hari yang dijanjikan.
Maka melangkahlah masuk dengan yakin si jejaka (selepas puas berdoa) kedalam rumah keluarga wanita itu. Habis semua diperkenalkan; dari si Ibu, Bapa hingga lah adik beradik termasuk bibik dia sekali! Akhir sekali baru bertentangan mata buat kali pertama antara si jejaka dan pasangannya.

Allahuakbar. Benar, sabar itu kadangkala menyeksakan. Tapi berbaloi.
Cinta pandang pertama, buat orang yang gatal macam si jejaka tu. Terasa macam nak sujud syukur kat situ juga!

Maka bermulah sesi suaikenal antara mereka yang berakhir dengan satu kesimpulan bagi kedua-dua lelaki dan wanita tersebut.

Bersambung..

Friday, September 20, 2013

P.E.A.C.E.


Artikel tentang nasib menimpa etnik Rohingya disini.

Apa yang berlaku bolehlah diumpamakan seperti sudah jatuh ditimpa tangga.
Lihat diri kita dan muhasabahlah.
Doa saja kah yang mampu kita kirimkan?








Peace..!!
Bagaimana aku mengenalimu??
Ya, melalui kamu..
Tiga yang pertama
Juga tiga ditengahnya
Aman..Damai..
Kusambut seruanmu,
Peace..!

al-Hatt
20 Sep 2013.



Friday, July 16, 2010

Malik Abdul Aziz


Air mata Tyson gugur di Kaabah (klik)

Susunan SITI AINIZA KAMSARI
Dahulunya beliau digeruni tetapi di hadapan Kaabah ini Tyson adalah yang paling mengharapkan keampunan Allah.

DI saat Afrika Selatan menjadi kiblat ramai penduduk dunia yang ralit menyaksikan aksi-aksi hebat Piala Dunia 2010, lain pula kisahnya yang berlaku kepada seorang bekas atlet terkemuka dunia.
Peninju terkenal dunia yang juga bekas juara heavyweight, Mike Tyson, 44, tidak mempedulikan kemeriahan pesta bola sepak itu. Tumpuan kepada ibadat berkiblatkan Kaabah yang betul-betul berada di hadapan matanya.
Itulah pertama kali Tyson mengerjakan ibadah umrah di Mekah dan Madinah sehingga air matanya tertumpah di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram.
Umum mengetahui beliau memeluk Islam ketika dalam penjara pada tahun 1995 atas kesalahan merogol bekas Ratu Cantik Amerika, Desiree Washington.
Sejak itu beliau tidak lagi mahu dikenali dengan nama sebenarnya Michael Gerard Tyson, tetapi sebagai Malik Abdul Aziz sejurus memeluk Islam.
Ia sekali gus tidak mahu dirinya dikaitkan dengan pelbagai gelaran sebelum ini termasuklah Iron Mike, The Baddest Man on the Planet, The Baby Bull dan Kid Dynamite.

Juara kategori heavyweight sebanyak 44 kali dari 58 perlawanan itu memeluk Islam dengan kerelaan sendiri.
Namun pengislaman Tyson sering dipersoalkan. Bukan sahaja perwatakannya dilihat tidak berbeza sebagaimana sebelum memeluk Islam, ada pula yang berusaha supaya peninju yang terkenal dengan aksi yang cukup menakutkan lawan itu kembali ke agama asal.
Malah perjalanan hidup Tyson sebagai seorang Islam juga jarang-jarang diketahui umum.
Kali terakhir kita mendengar kisahnya ialah apabila tragedi yang menyayat hati berlaku kepada anak perempuannya, Exodus, 4.
Anaknya meninggal dunia akibat leher terbelit tali pada sebuah alat senaman treadmill dalam kemalangan yang tidak diduga pada Mei 2009.
Tidak dapat dibayangkan betapa sedihnya Tyson apabila kehilangan anak perempuannya itu.

Bercakap soal anak, beliau dikatakan mempunyai tujuh orang anak. Namun daripada sumber yang boleh dipercayai, perkahwinan pertamanya dengan artis Robin Givens pada tahun 1988 tidak dikurniakan anak.
Selepas bercerai, Givens melempar pelbagai tuduhan terhadap Tyson sebagai seorang yang ganas, bagaikan hidup dalam neraka sepanjang perkahwinan mereka sehingga menyebabkan beliau pernah keguguran.
Mengenai dakwaan Givens itu, Tyson pernah berkata: “Sesiapa yang mempunyai akal yang waras pasti tahu kalau benar saya hendak menumbuk isteri saya sendiri pasti kepalanya akan tercabut dari badan (akibat kuatnya tumbukan). Semua ini hanya tipu belaka, dia menipu. Sedangkan hujung jari pun saya tidak pernah berkasar dengannya”.

Tyson kemudiannya mengahwini Monica Turner pada 1997 tetapi berakhir dengan perceraian pada tahun 2003.
Sebabnya, Turner tidak tahan dengan perangai Tyson yang dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan ramai wanita sepanjang lima tahun perkahwinan mereka. Mereka dikurniakan dua anak iaitu Rayna dan Amir.
Sehinggalah selepas 10 hari kematian Exodus, Tyson dilaporkan mengahwini isteri ketiganya, Lakiha Spicer, 32, teman wanita lamanya yang sebelum ini mereka telah mempunyai anak perempuan bernama Milan.
Tiga lagi anak Tyson ialah D’Amato dan Mikey yang masing-masing lahir pada tahun 1990. Miguel yang lahir 2002 bersama Exodus yang meninggal dunia pula tidak diketahui siapakah ibu kandung mereka.
Namun kini dikatakan anak-anak itu adalah dalam jagaan Tyson.

Pada awal Mei lalu, Tyson berkata: “Saya kini benar-benar hidup dalam keadaan papa kedana malah muflis. Tetapi saya mempunyai kehidupan yang sangat mengagumkan.
“Saya mempunyai isteri yang hebat, yang begitu mengambil berat mengenai saya. Walaupun hidup tidak semewah dahulu tetapi saya sangat bersyukur walaupun saya sebenarnya tidak berhak untuk mempunyai seorang isteri dan anak-anak. Mereka kini harta saya dan saya bersyukur dengan pemberian tuhan ini.”

Namun sejak memeluk Islam, Tyson pernah mengaku perkara yang paling ditakuti dalam hidupnya kini ialah Allah.
“Saya takut kepada Allah. Saya tahu saya banyak buat perkara yang jahat dan salah yang kesemua itu hanya melayakkan saya masuk dalam neraka sahaja. Namun saya tetap memohon keampunan daripada-Nya setiap hari,” kata Tyson yang menggemparkan peminat sukan tinju apabila menggigit telinga lawannya.
Namun tahukah anda terdapat petikan yang menarik daripada Tyson apabila bercakap soal agama?
“Masing-masing berkata mereka mempercayai tuhan tetapi mereka tidak melakukan apa yang tuhan suruh, tidakkah itu hipokrit namanya,” soalnya.

Atas kesedaran dan keinsafan, buat pertama kalinya Tyson menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah dan Madinah pada awal Julai lalu melalui Pertubuhan Dakwah Kanada (CDA) yang memberi peluang kepada bekas peninju itu berada di sana selama sebulan.
Beliau bukan sahaja berpeluang mengerjakan ibadat umrah malah akan dibawa bertemu para pemimpin dan tokoh agama Arab Saudi selain melawat pelbagai tempat menarik bagi memperkenalkan budaya dan tradisi setempat.
Tidak dinafikan setiba beliau di Madinah, Tyson dengan cepat menjadi perhatian para jemaah dan penduduk kota itu yang menyebabkan kawalan ketat terpaksa dilakukan.
Namun sebagaimana yang dilaporkan oleh kebanyakan media, Tyson mengakui mendapat pelbagai pengalaman rohaniah selama berada di bumi suci Islam itu.
“Saya sungguh gembira kerana masih mempunyai para peminat yang mengasihi saya di Arab Saudi ini. Tetapi saya berharap mereka dapat meninggalkan saya sendirian untuk menikmati saat-saat keimanan yang sungguh indah di tanah suci ini.
“Saya tidak mampu menahan air mata ketika mengetahui saya berada di salah satu taman-taman syurga (raudah) di sini,” ujarnya terharu ketika berada di Masjid Nabawi.
Sebagaimana gambar yang dikirimkannya sendiri melalui Twitter, Tyson kelihatan begitu gembira berada di hadapan Kaabah. Air mukanya jelas membayangkan kegembiraan yang sukar untuk diungkapkan melalui kata-kata.
Antara komen yang menarik ditulis pada gambar tersebut, termasuklah: “Saudara Mike, apabila berada di hadapan Kaabah ini, anda kelihatan begitu gagah perkasa dan sangat hebat yang pernah saya lihat sepanjang usia anda. Anda adalah lelaki yang paling kuat di dunia apabila anda adalah yang paling sujud ke bumi menyembah Allah!”
Tumbukan ‘TKO’ Mike Tyson kini tinggal sejarah namun Malik Abdul Aziz yang berjubah dan berkopiah kelihatan lebih gagah. Semoga imannya juga sehebat si kulit hitam, Bilal bin Rabah!

Arah Kiblat Yang Satu


MUI MEMBETULKAN ARAH KIBLAT INDONESIA (Klik)


16/07/2010 2:42am
JAKARTA 16 Julai – Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa membetulkan arah kiblat solat bagi umat Islam di Indonesia dari arah barat menjadi arah barat laut mulai Rabu lalu.
Ketua Suruhanjaya Fatwa MUI, Anwar Ibrahim berkata, majlis itu tidak memberikan perincian mengenai ukuran darjah perubahannya kerana ia akan bergantung kepada kedudukan wilayah masing-masing di Indonesia.
Dengan pengeluaran fatwa baru ini, MUI meralat fatwanya sendiri yang dikeluarkan 22 Mac tahun ini yang antara lain menetapkan kiblat solat bagi Indonesia ialah arah barat kerana negara ini berada di sebelah timur Mekah.
Kiblat bagi umat Islam yang bersolat di Masjidil Haram Mekah ialah mengadap ke bangunan Kaabah (ainul kaabah) sementara kiblat bagi orang bersolat yang tidak dapat melihat Kaabah ialah ke arah Kaabah (jihat al-Kaabah).
Beberapa laporan media tempatan menyatakan bahawa setelah perkiraan semula dilakukan oleh ahli Falaq, mereka memutuskan bahawa arah yang selama ini diyakini itu salah kerana ia mengadap ke Afrika, ke arah Somalia, Kenya dan Tanzania.
"Indonesia itu letaknya tidak di timur Kaabah tapi agak ke selatan, jadi arah kiblat kita juga tidak barat tapi agak miring iaitu arah barat laut,” kata Ketua MUI Ma”ruf Amin yang dipetik oleh agensi berita Antara.
Namun Ketua MUI itu meminta masyarakat Islam di Indonesia tidak panik dengan perubahan arah kiblat itu.
"Tidak mutlak arahnya, kerana yang dituju bukan Kaabah secara fizikal tetapi jihat (arah) Kaabah, dan itu boleh berbeza-beza di setiap tempat,” kata seorang lagi pemimpin MUI Amidhan.
Para pemimpin MUI menyatakan bahawa pembetulan arah kiblat itu tidak harus dibuat dengan merombak kedudukan bangunan masjid, tetapi cukup dengan menyesuaikan garis saf (barisan) solat dengan kiblat yang sebenarnya.
Sementara itu sejumlah masjid di Indonesia didapati belum membetulkan arah kiblat masing-masing dengan alasan belum mendapat pemberitahuan rasmi daripada MUI. – Bernama

al-Hatt: Berita ini boleh dikategorikan sebagai sesuatu yang pelik tapi benar. Sudah sekian lama saudara kita di Indonesia menghadap arah kiblat yang telah ditetapkan (terutama di Masjid dan surau). Bila sahaja mengetahui berita tergempar ini, tentunya mereka mula merasa was-was dan tertanya-tanya arah mana dan banyak mana nak di laraskan mengikut arah barat laut itu!
Kita umat Islam di Malaysia juga wajib mengambil berat dan belajar dari isu ini. Lebih-lebih lagi arah kiblat solat kita dirumah yang kebanyakannya tiada petunjuk arah yang jelas. Ikut suka tebar sejadah je. Kiri sikit la, ikut penjuru rumah la, tegak menghadap dinding la, hentam saja la!

Friday, May 21, 2010

Abuya Kembali??

Berikut adalah petikan berita ekslusif dari BERITA HARIAN ONLINE.

Pengikut percaya Asaari tak mati

KUALA LUMPUR: Tidak sampai seminggu Asaari Muhammad atau lebih dikenali sebagai Abuya meninggal dunia, pengikutnya kembali mencetuskan kontroversi apabila mengadakan konsert khas bagi menggambarkan kononnya bekas pemimpin kumpulan Al-Arqam yang diharamkan itu cuma ghaib dan akan pulang semula dalam masa terdekat.

Konsert ‘Kalahkan Nafsu Abuya Pulang’ yang diadakan selama dua hari bermula Isnin lalu di Bandar Country Homes, Rawang, diselitkan dengan nyanyian nasyid dan bacaan puisi yang antara lain memuji Asaari sebagai pemimpin hebat, manakala persembahan pantomin menunjukkan Abuya terlantar sakit dengan rohnya berdiri di sampingnya. Anak sulungnya, Fakhrur Razi memangku jawatan Pengerusi Eksekutif Global Ikhwan Sdn Bhd – syarikat yang sebelum ini diterajui Asaari dalam ucapan pembukaan konsert itu, berkata Abuya sebenarnya hanya pergi sementara dan akan kembali dengan jasad yang hidup bagi memimpin umat Islam. “Kita bersyukur kerana kita semua tidak bersedih dengan pemergian Abuya kerana sebenarnya Abuya tidak mati, tetapi hanya ghaib. Kegembiraan yang kita tunjuk ini adalah bukti yang kita yakin perkara itu.

Komen: Saya tak berhasrat nak lukakan hati mana-mana pihak. Yang pergi pasti tak kembali melainkan dibangkitkan diakhirat nanti. Al-Quran juga menyebut bahawa "Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Kiamat".
Apa, selama ni Abuya tu tak bernyawa ke? Nabi Muhammad SAW kekasih Allah itupun dah pergi dan tak mungkin akan kembali.
Pihak berkuasa wajib menangani kes ini dengan tegas dan pantas. Cukuplah hanya ada seorang "Drama King" kat Malaysia ni. Jangan nak tambah lagi. Huru-hara dibuatnya.

Melekat dihati

Ada dua perkara yang menarik perhatian saya semalam. Yang pertama ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Jalan yang biasanya sesak agak lengang sedikit manakala jalan yang biasanya lengang menjadi sesak pula pagi tu. Sejurus saya memasuki simpang lebuhraya Pasir Gudang (dari arah Skudai), kenderaan mula memenuhi ruang melebihi lorong lebuhraya itu sendiri. Saya fikir saya akan tiba lewat memandangkan destinasi yang dituju terketak kira-kira 5 km dari situ. Saya jangkakan dua kemungkinan sahaja yang menyebabkan jalan sesak sebegitu. Samada berlakunya kemalangan atau ada kenderaan mengalami kerosakan.

1 km dihadapan, saya terlihat sebuah lori treler berhenti di laluan bertentangan. Dihadapannya ada seseorang, barangkali pemandu lori terbabit bersama seorang penunggang motosikal. Kira-kira 20m dibelakangnya terbujur kaku mayat seorang penunggang motosikal yang lain dalam keadan meniarap dan masih bertopi keledar. Namun bahagian badannya kelihatan remuk dan serpihan daging ternampak jelas disekitarnya.
Mungkin lori terbabit yang menggilis mangsa.

Bukan selalu dapat melihat sendiri "babak ngeri" sebegini. Meremang juga bulu roma. Ini bukan kali pertama saya melihat dengan mata kepala sendiri. Perasaan saya tetap sama; insaf sekejap. Tersedar yang saya juga terdedah dengan kemungkinan menerima nasib yang sama seperti mangsa tersebut, walaupun saya tidak lagi memandu motosikal! Risiko tetap ada. Jika tak melanggar orang, kita pula yang dilanggar!

Yang kedua, buat pertama kali saya melihat kelainan dalam rancangan Forum Perdana Ehwal Islam yang disiarkan TV1. Biasanya ahli penal terdiri dari kalangan ilmuwan dewasa. Namun kali ini ahli penal jemputan terdiri dari tiga orang kanak-kanak sekolah rendah! Menarik dan bernas sekali forum kali ini. Tajuk yang dibincangkan lain dan tak bukan bersempena sambutan Hari Ibu.
Melihat kepetahan mereka berbicara dengan penuh bersemangat beserta isi kandungan menarik cukup untuk membuatkan semua yang menonton berasa terharu. Ternyata, keikhlasan anak-anak kecil memberi nasihat dengan kaedah sewajarnya amat dekat dihati kita yang dewasa ni! Syabas diucapkan buat pihak penganjur. 

Sekian buat masa ini. Jumpa lagi!

Saturday, April 24, 2010

Suka & Duka

“Aku sering mengeluh bila diuji
Memang selalunya begitu, aku tak tipu
Ujian yang kecil sibuk diperbesarkan
Kemanisan yang diterima dibiar-biarkan
Itulah hakikat diri ini..”

Lama tak bersua. Seperti biasa, kesibukan bekerja seharian menjadi alasan utama.
Cuma kali ni sedikit berbeza bilamana saya dan keluarga amat-amat berbesar hati dan bersyukur menerima kehadiran orang baru dalam keluarga kami.
Lain dan tak bukan, anak bongsu yang juga putera sulung buat saya dan isteri.

Memandangkan lama tak “berbaby” (selepas hampir 4 tahun), kelahiran Muhammad Hadif (nama diberi) memanglah amat dinantikan. Bak kata isteri, sejak hari pertama disahkan mengandung dah rasa tak sabar-sabar lagi! Syukur Alhamdulillah, semuanya selamat.

Dalam pada kami bergembira, selang beberapa hari kemudiannya, kami menerima pula berita sedih akan kematian bayi dalam kandungan saudara sepupu sebelah isteri saya.
Terkedu seketika. Saya tak mampu berkata apa-apa selain menyedari bahawa diri ini amat kerdil.

Diberitakan, bayi sulung pasangan yang telah lama menanti kehadiran cahayamata itu telah mati akibat “kelemasan”. Timbul cerita mengatakan kejadian berlaku akibat kecuaian pihak hospital yang gagal mengesan masalah dari awal selain juga telah membuat keputusan yang salah. Wallahua’lam.

Hanya simpati dan salam takziah yang dapat saya hulurkan. Doa buat pasangan yang diuji Tuhan; Anak itu pasti ke Syurga Ilahi. Dengan izin Allah, kesedihan yang dialami ketika ini akan memberi kegembiraan diakhirat nanti. Bersabarlah.

Sunday, April 4, 2010

H1N1 kembali..

Maksud Firman Allah s.w.t :
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Kiamat."
( Surah Ali Imran ayat 185 )

Hanya simpati yang mampu kita lafazkan apabila membaca berita sedih seperti dibawah ini. Bayangkan bagaimana agaknya untuk berhadapan dengan ujian sebegini jika melanda diri sendiri?
Semoga Allah SWT memberi kekuatan dan melindungi Saudara Murtaza sekeluarga.

Hilang isteri, mertua akibat H1N1 (klik)

Oleh Norizan Abdul Muhid
pengarang@utusan.com.my
--------------------------------------------------------------------------------
JASIN 3 April - Murtaza Samat, 29, terpaksa menerima hakikat kehilangan isteri dan ibu mertuanya dalam tempoh selang beberapa hari sahaja akibat serangan selesema babi atau virus influenza A (H1N1).
Rabu lalu, kakitangan swasta itu kehilangan ibu mertuanya, Maimunah Dimah, 54, disusuli isterinya, Sumarni Mat Nor, 30, semalam.
Murtaza berkata, isterinya sepatutnya melahirkan anak pada 14 April ini namun selepas mengadu sakit badan, demam dan batuk yang agak teruk, dia membawanya ke Hospital Melaka (HM) pada Rabu lalu.
Ekoran itu, katanya, isterinya terpaksa menjalani pembedahan untuk melahirkan anak pada hari berkenaan.
''Selepas itu, dia terus tidak sedarkan diri sehinggalah dia meninggal dunia semalam.
''Sumarni sempat berpesan supaya menjaga ibunya tanpa mengetahui ibunya sudah meninggal dunia pada hari dia melahirkan anaknya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Batu 14 1/2, Jalan Jasin-Merlimau di sini hari ini.
Murtaza berkata, dia terkilan kerana isteri dan ibu mertuanya tidak sempat melihat anak keduanya.
Menurutnya, ibu mertuanya yang tinggal bersamanya menghidap penyakit kencing manis dimasukkan ke HM selepas mengalami batuk dan sukar bernafas pada Isnin lalu.
''Bagaimanapun, keadaannya agak stabil dan dikuarantin di wad khas HM malah dia kelihatan sihat.
''Namun Rabu lalu, dia disahkan meninggal dunia sebelum sempat melihat cucu yang lahir pada hari yang sama dia pergi meninggalkan kami,'' ujarnya.
Murtaza berkata, dia tidak menyangka kehilangan dua insan tersayang dalam hidupnya itu berpunca daripada penyakit tersebut.
Bagaimanapun katanya, dia tetap bersyukur kerana anak kedua yang belum diberikan nama itu disahkan sihat dan tidak menghadapi sebarang masalah kesihatan.
''Kini, apa yang merunsingkan saya ialah anak sulung saya, Noraina Batrisyah yang baru berusia dua tahun.
''Sehingga kini, dia masih tidak mengetahui kematian ibunya dan beranggapan isteri saya itu sedang tidur," katanya.
Jenazah Sumarni selamat dikebumikan di Muar, Johor semalam manakala ibu mertuanya di Sepang, Selangor.

Wednesday, March 24, 2010

Kami Juga Prihatin

Kempen Kami Prihatin yang digerakkan Utusan Malaysia kian mendapat sambutan dan galakan dari pelbagai pihak.
Publisiti meluas ini diharap dengan segera mendapat perhatian semua warga Malaysia dalam usaha mencapai objektif bagi membendung gejala penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi.
Kita sering memperkecilkan dan memandang sinis dalam kebanyakan kempen yang dijalankan sebelum ini.
Namun tak keterlaluan jika dikatakan sebenarnya kitalah punca kempen-kempen sebelum ini menemui kegagalan. Sambutlah dengan hati yang terbuka dan penuh harapan. Semoga Allah berikan petunjuk jalan.
Kami juga prihatin..   

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat secara rasmi sertai kempen Kami Prihatin dapat sambutan


Oleh FAIRUS KASSIM dan ISWAN SHAFIQ MAT ISA
pengarang@utusan.com.my
--------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR 23 Mac - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini secara rasmi menyertai kempen Kami Prihatin yang bertujuan membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap gejala penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi.
Keputusan itu diumumkan oleh menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil selepas mengadakan pertemuan dengan Utusan Malaysia, Astro, Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez, komposer, S. Atan dan penulis lirik, Habsah Hassan di sini.
Shahrizat berkata, kementerian akan menggunakan sepenuhnya kerjasama yang dijalinkan bersama media terutamanya Utusan Malaysia dalam menjayakan kempen Kami Prihatin.
"Pada masa sama, saya turut berharap agar kempen ini dapat mempromosikan Dasar Perlindungan Kanak-Kanak yang terkandung dalam Akta Kanak-Kanak 2001 di setiap premis yang berkaitan seperti sekolah.
"Ini penting kerana dasar itu menyeluruh dalam segenap aspek berkaitan kanak-kanak," katanya.
Lagu Harapan Tanpa Suara gubahan komposer S. Atan dan lirik oleh Habsah akan menjadi lagu khas kempen Kami Prihatin yang digerakkan oleh akhbar Utusan Malaysia ini.
Terdahulu, dalam pertemuan dengan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak di ibu pejabat Utusan di sini, Freddie berkata, Kami Prihatin diadakan tepat pada masanya iaitu ketika negara dilanda masalah peningkatan gejala penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi.
"Pendekatan kempen ini harus tepat pada sasaran iaitu golongan berusia 15-25 tahun dan berharap dapat menemui jalan penyelesaian terbaik.
"Tahniah kepada Utusan Malaysia kerana menganjurkan kempen amal seperti ini dan semua ahli Karyawan akan sentiasa membantu menjayakan kempen ini sehingga mencapai matlamatnya,'' katanya.
Freddie menambah, kerjasama daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan melonjakkan lagi tahap kempen ini ke peringkat yang lebih luas.
Sementara itu, Habsah berkata, dokumentari yang akan turut disiarkan oleh Astro Awani boleh membangkitkan kesedaran masyarakat dengan lebih berkesan.
"Pelbagai program berunsur kewanitaan, keagamaan dan berita perlu diperbanyakkan melalui stesen radio dan televisyen sepanjang kempen ini berlangsung," katanya.
Pengurus Besar Astro Awani, Rozina Aziz pula memberi jaminan yang pihaknya akan bekerjasama dengan Utusan Malaysia antaranya dalam perkongsian berita demi menjayakan kempen ini.
"Kami juga akan merangka beberapa program yang boleh membantu mempromosikan kempen ini melalui Astro Awani dan rangkaian radio Astro,'' katanya.