Showing posts with label Salam Terakhir. Show all posts
Showing posts with label Salam Terakhir. Show all posts
Wednesday, October 23, 2013
M.O.N.A.
Jenazah diusung keperkuburan selepas solat.
Pemandangan biasa di MasjidilHaram.
Gambar Umrah- Jun 2012
.............................................
Kematian itu pasti.
Bukan hanya untuk si mati.
Tapi untuk kita yang masih hidup.
Kita akan pergi jua, akhirnya..
Jarang kita bertanya "Bila, dimana dan bagaimana.. Apakah destinasi terakhir ku?"
Dalam kesedihan dan kesayuan, beruntung benar orang yang berpeluang menziarahi jenazah disemadikan.
Ketika itulah kita dapat merasai apa makna kematian.
Alhamdulillah, Allah mengizinkan saya dan keluarga dan ramai lagi hambaNya untuk menziarahi jenazah sepupu isteri saya yang telah diuji dengan penyakit kronik; kanser usus (Tahap 4).
Mengimbau keadaannya sejak setahun yang lalu, tiada siapapun meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat Intan Ralina Bt. Mohamed Ali (panggilan manja: Mona) kembali pulih seperti sediakala.
Akhirnya dia pergi meninggalkan dunia dan isinya pada Isnin, 21 Oktober 2013; genap 3 bulan selepas pemergian ayahnya ke Rahmatullah.
Usianya mencecah 27 tahun pada 29 Oktober ini.
Semoga Allah merahmati dan memberkati Roh beliau.
Sehingga dihujung nyawanya, dalam keadaan tidak bermaya, Mona masih sempat memohon maaf kepada yang hadir menziarahi beliau ketika sakit; "Maaf kerana menyusahkan semua orang.."
Kini suara itu tidak kedengaran lagi.
Yang tinggal adalah tanda kekuasaanNya.
Firman Allah dalam Surah Al-Ghaafir:
67: Dia lah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari air benih, kemudian dari sebuku darah beku; kemudian Ia mengeluarkan kamu berupa anak kecil; kemudian kamu dipelihara sampai keperingkat dewasa; kemudian kamu sampai menjadi tua.
Dan ada diantara kamu yang dimatikan sebelum itu. Supaya kamu sampai ke masa yang ditentukan; dan supaya kamu memahami kekuasaan Tuhan.
68: Dia lah yang menghidupkan dan mematikan; oleh itu apabila Ia menetapkan sesuatu perkara, maka Ia hanya berfirman: Jadilah engkau! lalu menjadilah ia.
Mungkin sudah terlewat untuk di "pos" di blog ini, tapi inilah rasa hati yang sempat dinukilkan sejurus menziarahi Allahyarhamah sehari sebelum beliau meninggal dunia.
M.O.N.A.
Menghadapi Sakaratulmaut
Bukanlah pilihannya
Tapi ketentuan
Dia kini sedang bertarung
Merelakan dalam keterpaksaan
Tiada siapapun sedar
Suasana sunyi dalam jasad terbujur itu sebenarnya medan pertarungan
Antara dirinya dan Izrail
Tiada pilihan lain
Kematian adalah penamatnya
Hanya masa akan menentukan
Di alam nyata
Mereka semua kesedihan
Sambil mengalunkan ayat-ayat suci
Ada yang cuba memberi kata-kata semangat
Tak kira dia mengerti atau sebaliknya
Juga membantu menyuap makan, memberi ubat
Sedaya upaya diri sendiri dan juga dirinya
Ramai yang berbicara sendiri
Berkata dengan hati
Memohon ampun jika ada berbuat dosa
Yang tersembunyi dan yang nyata
Dengan harapan ia didengari dan diampunkan
Mana tahu ini pertemuan terakhir..
Pertarungan itu
Semakin memuncak
Bila tiba saatnya
Tidak kurang dan tidak lebih
Nyawa akan dicabut dari jasad
Yang sedia terbujur dalam pembaringan
Bisikanlah;
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah..
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah..
Semoga dipermudahkan dan memperoleh rahmat..
alHatt
Jln. Sahabat,
Kg Melayu.
20 Okt 2013
Monday, September 30, 2013
Bagaimana Kita Jika diuji Begini?
DUNGUN 29 Sept. - Impian seorang tukang rumah untuk menatap kelahiran anak keduanya tidak kesampaian selepas isterinya yang sedang sarat mengandung tujuh bulan dan anak sulung mereka maut dalam nahas yang mengorbankan tiga nyawa di Kilometer 23, Jalan Paka-Al-Muktafi Billah Shah di sini, petang semalam.
Dalam kemalangan kira-kira pukul 6.40 petang itu, mangsa terbunuh ialah Wan Ayuzita Wan Jusoh, 23, dan anaknya, Mohd. Amizie Azmi, 18 bulan, dan seorang penunggang motosikal, Mohd. Nor Samat, 57.
Kedua-dua beranak itu menaiki kereta jenis Proton Iswara dipandu suami kepada Wan Ayuzita, Azmi Mohamad, 41. Turut bersama mereka ialah dua anak saudara Azmi yang berusia 11 dan 14 tahun tetapi ketiga-tiga mereka hanya cedera ringan.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Ahmad Zailani Yaacub memberitahu, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu Azmi terbabas semasa melalui lokasi tersebut lalu melanggar penghadang di sebelah kanan jalan.
Katanya, insiden itu menyebabkan keretanya melantun ke kiri dan melanggar motosikal tersebut dari arah bertentangan.
"Berikutan itu penunggang motosikal berkenaan tercampak sejauh 10 meter dan mengalami kecederaan parah di kepala serta meninggal dunia di tempat kejadian.
"Isteri serta anak Azmi yang berada di tempat duduk di sebelah pemandu pula tersepit dan turut maut di tempat kejadian," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Dungun di sini malam tadi.
Menurut Ahmad Zailani, ketika kejadian, kesemuanya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Lubuk Lesung, Air Putih, Kemaman selepas berkelah di pantai Seberang Pintasan.
Sementara itu, anak kepada Mohd. Nor, Mohammad Keeri, 19, memberitahu, dia dan bapanya baru pulang dari kebun menuju ke rumah mereka di Felda Kerteh 4 dengan menunggang motosikal berasingan.
"Sampai di satu selekoh saya tengok sebuah kereta hilang kawalan menuju ke arah kami dan kami cuba mengelak tetapi kereta itu terus langgar bapa," katanya.
Jelasnya, dia tergamam melihat kejadian dan tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu kerana ayahnya yang cedera parah di bahagian kepala meninggal dunia sejurus selepas kejadian.
© Utusan Melayu (M) Bhd
alHatt: Allah, Allah, Allah..Daripada engkau kami datang, kepada engkau kami akan kembali.
Tiada siapa pun akan tahu bila dan bagaimana kesudahan hidup kita di dunia ni.
Tak dapat dibayangkan bagaimana perasaan si Suami yang kehilangan insan tersayang dalam sekelip mata.
Allah berfirman; "Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaku..". Bersangka baiklah kepada Allah, mudah-mudahan kita mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
Friday, July 31, 2009
Pertemuan Terakhir..
Semalam saya kehilangan seorang lagi saudara (suami kepada sepupu saya) yang kembali ke Rahmatullah akibat kemalangan jalanraya.
Allahyarham seorang guru/Pegawai Khas Menengah PPD Kota Tinggi terbunuh ketika dalam perjalanan ke Muar (dari Kota Tinggi) atas urusan kerja.
Kejadian berlaku awal subuh semalam melibatkan pertembungan antara kereta yang dipandu Allahyarham dengan sebuah lori dari arah bertentangan.
Ahad lepas (26 July 2009), saya dan keluarga dipertemukan Allah dengan Allahyarham dan keluarganya disebuah pusat membeli belah di JB.
Kami saling bertanya khabar setelah sekian lama tidak bersua muka dan pertemuan singkat penuh mesra itu benar-benar membuatkan saya gembira.
Siapa sangka pertemuan itu juga yang terakhir dan Allahyarham pergi meninggalkan isteri dan empat cahaya mata mereka buat selamanya.
Perasaan sedih dan pilu tidak dapat disembunyikan tatkala melihat ratapan isteri dan anak-anak Allahyarham melihat jenazah buat kali terkahir.
Saya hanya mampu melahirkan rasa simpati dan mendoakan agar kehidupan baru mereka selepas ini senantiasa diberkati dan dipermudahkan.
Kalaulah saya berada ditempat mereka, tak tahulah bagaimana keadaannya..
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Rahmat B. Puasa.
Al-Fatihah..

Tuesday, June 16, 2009
Al-Fatihah
Saya baru menerima berita kematian seorang saudara sepupu sebelah isteri akibat kemalangan jalanraya.
Saya masih menunggu maklumat lanjut dan InsyaAllah petang nanti lepas kerja akan menziarahi jenazah di kediaman keluarganya.
Tentunya berita kematian beliau pada usia yang masih muda amat mengejutkan dan sukar untuk dipercayai.
Mengenali Allahyarham Syakirin B. Hj Osman adalah sesuatu yang amat saya syukuri.
Allahyarham yang saya kenali adalah seorang yang amat peramah, berperibadi mulia, tidak lokek senyuman dan amat mudah untuk didekati.
Walaupun lebih berusia dari saya, Allahyarham tidak meninggi diri malah menonjolkan sifat hormat dan “menjaga hati” dalam percakapan dan perbuatan.
Kali terakhir kami bertemu pada 8 May lalu, ketika beliau hadir bersama-sama keluarganya ke majlis kenduri doa selamat dan tahlil yang diadakan dikediaman keluarga mertua saya.
Sayangnya, kami tidak dapat berbual panjang seperti selalu, sekadar bersalaman dan bertanya khabar sementara saya sibuk melayan tetamu selain membantu perjalanan majlis.
Sesuatu yang amat saya kesali adalah tidak dapat memenuhi jemputannya menghadiri majlis dirumah barunya tahun lalu.
Manakala Allahyarham pula tidak pernah gagal hadir kesetiap majlis jemputan saya dan keluarga. Sesuatu yang amat saya hargai dan hormati.
Salam takziah khasnya buat isteri Allahyarham dan puteri kesayangannya begitu juga kepada “Mak Ngah” yang dikasihi sekeluarga.
Semoga Allah memberi kekuatan dan kemudahan dalam menghadapi ujian yang amat getir ini.
Doa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama hamba-Nya yang beriman. Amin..

Subscribe to:
Posts (Atom)