Thursday, October 3, 2013
Jangan Lupakan GAZA..
Jangan Lupakan GAZA..
Beginilah nasib Gaza
Manusia hari ini disisi Mesir, Syria
Ya, kita perlu tahu dan ambil tahu
Bersungguh mana yang mampu
Namun hakikatnya kini
Gaza dilupakan
Beginilah nasib Gaza
Kekalutan Negara-Negara itu
Langsung tak membantu
Malah membuatkan manusia alpa
Sebuah kuasa jahat sedang merampas Negara berdaulat
Gaza keseorangan
Beginilah nasib Gaza
Sedikit-demi sedikit wilayahmu dihapuskan
Hilang dari petanya sendiri
Tanpa disedari
Sedang manusia leka melayan sandiwara murahan
Yang dimainkan kuasa syaitan
Gaza kesepian
Beginilah nasib Gaza
Israel terus mengganas
Tanpa perlu bekerja keras
Hanya mengharapkan krisis di Mesir mahupun Syria berterusan
Mengaburi mata dunia
Gaza dianaktirikan
Beginilah nasib Gaza
Bantuan disekat
Sempadan Rafah ditutup rapat
Siapa yang sedar dan siapa pula yang peduli??
Gaza tersekat
Beginilah nasib Gaza
Anak-anak kecil yang mengharap sinar kebahagiaan
Yang mahukan perdamaian
Yang dambakan keamanan
Menuntut hak yang mereka sendiri tak pernah rasai
Kerana telah dirampas
Lama sebelum mereka lahir
Yang hanya diketahui dan dilihat dibalik tembok tinggi
Di sekeliling mereka
Yang sebenarnya adalah sebuah sangkar besar
Tebal dan kukuh
Setebal noda hitam tertanam dihati Zionis
Gaza dipenjarakan
Ayuhlah Saudaraku
Bantulah Saudaramu
Bebaskan GAZA..
alHatt
3 Okt 2013
Wednesday, October 2, 2013
Full of Humility
Put all our pride away,
always find a gentle word to say
you know we shouldn't fool ourselves,
Allah has given so much to you and me.
Put all our pride away,
Always thank Allah when we pray,
You know we shouldn't be fool of ourselves
when we, should be full of humility.
We're all livin' here together on this planet floatin' round the sun
We're all equal to one another, no one's better than anyone
The only thing we have to weigh us all apart
is the faith only Allah can see, deep inside our hearts.
Put all our pride away,
always find a gentle word to say
you know we shouldn't fool ourselves,
Allah has given so much to you and me.
Put all our pride away,
Always thank Allah when we pray,
You know we shouldn't be fool of ourselves
when we, should be full of humility.
Trying hard to simply be humble and never act too proud
It's easy to trip and stumble with your nose up above the clouds
Its always best to be modest and keep our feet on the ground
Cause pride will eat us up inside if we're arrogant and loud.
Put all our pride away,
always find a gentle word to say
you know we shouldn't fool ourselves,
Allah has given so much to you and me.
Put all our pride away,
Always thank Allah when we pray,
You know we shouldn't be fool of ourselves
when we, should be full of humility
Artist: Dawud Wharnsby Ali

Tuesday, October 1, 2013
Doa Pengubat Rindu

Jika kau ingat orang yang kau sayangi
Panjangkanlah doamu
Kerana di sana ada jalan kedamaian
Buat mu dan juga buat dirinya
Jika kau rindu orang yang kau kasihi
Panjangkanlah doamu
Kerana Tuhan Maha Mendengar
Dihujungnya menanti balasan kerinduan abadi
Jika kau risau orang yang kau harapkan
Panjangkanlah doamu
Kerana dia memang memerlukannya!
Walau segala ketentuan itu hanya milik Tuhan
Ketahuilah
Orang yang menyayangi akan disayangi
Yang mengasihi akan dikasihi
Yang mendoakan akan didoakan
Yang baik itulah yang terbaik
Yang buruk tidak akan dapat petunjuk
Doamu pengubat rindu..
alHatt
1 Okt 2013
Monday, September 30, 2013
Bagaimana Kita Jika diuji Begini?
DUNGUN 29 Sept. - Impian seorang tukang rumah untuk menatap kelahiran anak keduanya tidak kesampaian selepas isterinya yang sedang sarat mengandung tujuh bulan dan anak sulung mereka maut dalam nahas yang mengorbankan tiga nyawa di Kilometer 23, Jalan Paka-Al-Muktafi Billah Shah di sini, petang semalam.
Dalam kemalangan kira-kira pukul 6.40 petang itu, mangsa terbunuh ialah Wan Ayuzita Wan Jusoh, 23, dan anaknya, Mohd. Amizie Azmi, 18 bulan, dan seorang penunggang motosikal, Mohd. Nor Samat, 57.
Kedua-dua beranak itu menaiki kereta jenis Proton Iswara dipandu suami kepada Wan Ayuzita, Azmi Mohamad, 41. Turut bersama mereka ialah dua anak saudara Azmi yang berusia 11 dan 14 tahun tetapi ketiga-tiga mereka hanya cedera ringan.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Ahmad Zailani Yaacub memberitahu, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu Azmi terbabas semasa melalui lokasi tersebut lalu melanggar penghadang di sebelah kanan jalan.
Katanya, insiden itu menyebabkan keretanya melantun ke kiri dan melanggar motosikal tersebut dari arah bertentangan.
"Berikutan itu penunggang motosikal berkenaan tercampak sejauh 10 meter dan mengalami kecederaan parah di kepala serta meninggal dunia di tempat kejadian.
"Isteri serta anak Azmi yang berada di tempat duduk di sebelah pemandu pula tersepit dan turut maut di tempat kejadian," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Dungun di sini malam tadi.
Menurut Ahmad Zailani, ketika kejadian, kesemuanya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Lubuk Lesung, Air Putih, Kemaman selepas berkelah di pantai Seberang Pintasan.
Sementara itu, anak kepada Mohd. Nor, Mohammad Keeri, 19, memberitahu, dia dan bapanya baru pulang dari kebun menuju ke rumah mereka di Felda Kerteh 4 dengan menunggang motosikal berasingan.
"Sampai di satu selekoh saya tengok sebuah kereta hilang kawalan menuju ke arah kami dan kami cuba mengelak tetapi kereta itu terus langgar bapa," katanya.
Jelasnya, dia tergamam melihat kejadian dan tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu kerana ayahnya yang cedera parah di bahagian kepala meninggal dunia sejurus selepas kejadian.
© Utusan Melayu (M) Bhd
alHatt: Allah, Allah, Allah..Daripada engkau kami datang, kepada engkau kami akan kembali.
Tiada siapa pun akan tahu bila dan bagaimana kesudahan hidup kita di dunia ni.
Tak dapat dibayangkan bagaimana perasaan si Suami yang kehilangan insan tersayang dalam sekelip mata.
Allah berfirman; "Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaku..". Bersangka baiklah kepada Allah, mudah-mudahan kita mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
Sunday, September 29, 2013
Maka Tersebutlah Kisah..Mencari Jodoh (Bahagian 2)
Sambungan cerita..
Maka tersebutlah kisah selepas pertemuan tersebut, kedua-dua mereka telah membuat rumusan berikut:
Kita bagi namalah ya, senang nak cerita..
Katakan Lelaki ialah MH, Wanita ialah ER.
MH menganggap perkenalan itu merupakan satu anugerah dari Tuhan untuk dirinya. Dia tidak harus melepaskan sesuatu yang amat berharga iaitu hidayah.
Bagi MH, untuk memiliki ER sebagai isteri menuntut perubahan besar dalam hidupnya kerana ER telah menunjukkan ciri-ciri Muslimah yang diidamkan dari segenap aspek; percakapan, pemakaian, penampilan dan menunjukkan prinsip yang jelas iaitu "patuh syariah".
Bagi ER pula, MH adalah seorang lelaki biasa-biasa sahaja yang telah lulus ujian pertama dan layak untuk menjalani ujian seterusnya!!
Selepas pertemuan itu, MH langsung tidak menghubungi ER hinggalah hari ke-tiga selepas pertemuan pertama. Saja nak "test" katanya. Sejak itu mereka mula serasi.
Namun mereka jarang berjumpa atas faktor tempat kerja yang berjauhan. Tentunya ada hikmah tersendiri.
Selepas beberapa minggu menggali sebanyak mungkin rahsia diri masing-masing, mereka mula berbicara tentang matlamat perhubungan mereka.
ER mengajukan soalan maut lebih kurang begini;
"Saya nak tanya awak, jangan marah ya.. Apa tujuan awak berkawan dengan saya?
Bukan apa, kalau setakat nak jadi kawan biasa, rasanya kita tak perlu buang masa macam ni.
Saya nak kita ada matlamat jelas, bukan suka-suka atau nak isi masa lapang masing-masing.
Saya nak cari bakal suami, bukan boyfriend!"
Pianggggg!!!!
Masa tu MH rasa macam kena penampar sulung. Bisa...
Macam biasa, macho tetap kena control. haha..
MH memberi jawapan yang agak meyakinkan.
"Ya, saya sedang cari bakal isteri. Dan awak adalah satu-satunya calon terbaik buat saya.
Awak adalah hidayah dari Allah untuk saya. Saya banyak berubah sekarang ni.
Awak adalah sahabat saya.
Nabi kata seorang sahabat ialah orang yang buat kita ingat dan dekat dengan Tuhan bilamana kita bersama-sama mereka. Dan itu yang saya rasa sekarang ni".
Dipendekkan cerita, 4 bulan selepas perkenalan mereka telah mengikat tali pertunangan.
6 bulan kemudian mereka bernikah. Tidak sampai setahun berkenalan.
Alhamdulillah..
Sepanjang tempoh itu sebenarnya mereka jarang bertemu. Komunikasi banyak melalui telefon.
Kalau ada peluang berjumpa pun selalunya pertemuan diatur di rumah ER.
Kalau dapat keluar bersama memang sesuatu yang ditunggu-tunggu. Tapi tak pernah keluar berdua.
Biasanya keluar bertiga, kadang-kadang berempat atau lebih.
Antara yang pernah jadi mangsa kena ikut dating ialah kawan baik ER, adik dia, sepupu sepapat dan tak terkecuali bibik dia sekali! Memang haru...
Namun itulah hakikatnya betapa menjaga batas-batas syariat lebih diutamakan berbanding memenuhi tuntutan nafsu sendiri. Mudah-mudahan diberkati Allah.
Bagi mereka, bukan keseronokan ketika bercinta yang diburu. Apa juga yang mereka lakukan sebelum berkahwin akan beri kesan selepas perkahwinan, tak kiralah buat baik atau buruk.
Baik kelakuannya maka baiklah kesannya selepas berkahwin nanti. Begitulah sebaliknya.
Juga kepada zuriat yang bakal diamanahkan Tuhan.
Mereka percaya dengan ungkapan "bercinta selepas berkahwin".
Alhamdulillah, 25 May 2013 genap 10 tahun pernikahan. Dan dalam tempoh itu mereka telah diamanahkan Allah dengan tiga orang cahaya mata.
Itulah serba sikit perjalanan seorang lelaki dalam mencari jodoh yang telah tertulis dalam Luh Mahfuz.
Kuncinya ada dalam diri sendiri. Untuk memiliki suami atau isteri yang baik, berusahalah kearah kebaikan diri sendiri dahulu. Urusan seterusnya adalah milik Allah.
Bagaimana nak tahu kita telah memilik calon yang terbaik?
Juga ada dalam diri sendiri. Jika dalam sesuatu perhubungan itu menyebabkan kita semakin dekat dengan Tuhan, maka mohonlah sungguh-sungguh agar pasangan yang kita dambakan itu akhirnya menjadi milik kita.
Dan jika ianya menyebabkan kita terus lalai dan menuju ke lembah kemaksiatan, maka cepat-cepatlah buat pembetulan. Jika tidak, tunggulah akibatnya nanti dikemudian hari.
Akhir kata buat si Muslimah yang tertanya-tanya siapa dan bilakah jodohnya akan tiba;
Islam menggangkat darjat wanita di tempat tertinggi. Maka janganlah kau rendahkan tarafmu hanya kerana dambakan cinta seorang lelaki. Jagalah maruah dan akhlak. Kerana kehidupan selepas perkahwinan tidaklah seindah yang diimpikan. Jika dirimu jauh dengan Tuhan...
Jumpa lagi..

Thursday, September 26, 2013
Maka Tersebutlah Kisah..Mencari Jodoh.
Maka tersebutlah kisah disebuah negeri yang diberi nama "Banyak"..
Arakian, seorang Muslimah tertanya-tanya didalam hati apakah bahagian yang telah tertulis untuknya didalam kitab rahsia Allah?
Bilakah jodohnya akan tiba dan siapakah yang bertuah bakal menjadi pasangan hidupnya?
Menarik sungguh untuk dibincangkan.
Bertepatan juga dengan seruan didalam kalam Tuhan, Surah Ar-Ra'd;
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri".
Maksudnya kita kenalah "cari" berbanding hanya menunggu bulan tu jatuh ke riba!
Rabbani pun ada beri nasihat dalam lagu mereka; "Cari, cari, carilah..pasangan hidupmu betul, betul oh kawan.."
Cuma yang mencabarnya, macam mana nak jumpa yang betul-betul, betul?
Haha..kadangkala benda serius pun boleh jadi kelakar..
Islam telah menggariskan banyak panduan dalam mencari pasangan hidup.
Bagi kaum Adam umpamanya, Rasulullah SAW bersabda;
"Seorang wanita dikahwini kerana empat perkara; hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, kerana dia akan membimbing tanganmu". Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Bagi kaum Hawa, prinsipnya telah ditulis dalam Surah An-Nur ayat 26;
"Perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik..".
Nah! Terang, jelas dan nyata.
Jadilah Muslimah sejati, InsyaAllah balasannya Mukmin sejati juga!
Persoalan seterusnya; Bila jodoh akan tiba?
Sekadar ingin berkongsi kisah benar yang mungkin boleh dijadikan panduan.
Pengalaman hidup seorang lelaki yang mencari bakal isterinya.
Pada zaman dahulu (taklah lama sangat; 11 tahun lepas je), telah dipertemukan seorang jejaka dengan seorang wanita untuk diberi peluang mengenal hati budi masing-masing.
Maka berbungalah hati si jejaka dengan tawaran seorang kawan yang ingin menemukan jodoh salah seorang adik ipar untuknya.
Pertemuan pun diatur, namun si jejaka terkejut beruk bila menerima mesej dari pasangan yang nak dipertemukan esok hari.
Kalau nak berkenalan, SILA PATUHI SYARAT-SYARAT BERIKUT:
1- Tidak merokok
2- Berpakaian kemas dan formal (seluar jeans tidak dibenarkan sama sekali)
3- Berkelakuan baik/ imej yang baik
4- Jumpa di rumah saya!!
Ada berani??
Si jejaka pun mula tak keruan. Hatinya berkata-kata; "Tuan Puteri mana pula yang aku nak jumpa ni? Belum pun bersua muka tapi dah letak syarat macam-macam! Aku belum terdesak lagi laa!..
Ok, tak mengapa. Nak yang terbaik memang susah. Kalau ada jodoh, Alhamdulillah. Kalau tak jadi pun Alhamdulillah. Dapat kawan baru".
Syarat pertama hingga ketiga tidak menjadi masalah. Cuma yang terakhir tu silap hari bulan boleh kena halau dengan tuan rumah!
Tiba hari yang dijanjikan.
Maka melangkahlah masuk dengan yakin si jejaka (selepas puas berdoa) kedalam rumah keluarga wanita itu. Habis semua diperkenalkan; dari si Ibu, Bapa hingga lah adik beradik termasuk bibik dia sekali! Akhir sekali baru bertentangan mata buat kali pertama antara si jejaka dan pasangannya.
Allahuakbar. Benar, sabar itu kadangkala menyeksakan. Tapi berbaloi.
Cinta pandang pertama, buat orang yang gatal macam si jejaka tu. Terasa macam nak sujud syukur kat situ juga!
Maka bermulah sesi suaikenal antara mereka yang berakhir dengan satu kesimpulan bagi kedua-dua lelaki dan wanita tersebut.
Bersambung..

Tuesday, September 24, 2013
Yang Sukar Untuk Difahami..
Wajah anak-anak Palestin.
Pastinya kita mengenal erti sabar dan syukur tidak seperti mereka.
Itupun kalau kita tahu..
"Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya; dan jika mereka ditimpa suatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa.".. Ar-Ruum, ayat 36.
Kita berbangga dengan pencapaian diri
Kita berhak untuk merasainya
Tapi ingatlah, segala puji itu milik Allah
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani akan hamba-hambanya
DIA berhak untuk melapangkan atau menyempitkan rezeki sesiapa saja
Untuk melihat siapakah diantara hambanya yang bersabar dan bersyukur
Maka apakah balasan yang lebih baik dari terhindarnya dari azab seksa api neraka?
Bersabar dan bersyukurlah..
Monday, September 23, 2013
Setia Hanya Pada-Mu
Perjalanan Hidup
Aku yang masih di perjalanan hidup iniBegitu lama berlegar di persimpangan dunia
Menempuh jarak dan titian
Rimba dan lautan
Mencari sesuatu yang abadi
Aku yang masih di perhentian hidup ini
Begitu jauh mengembara ke serata dunia
Mengejar siang dan malam
Surut dan pasang
Mencari sesuatu kebebasan
Mencari sesuatu kedamaian
Di mana berakhirnya
Perjalananku ini
Esok dan lusa bukan milikku
Oh Tuhanku
Lindungilah hambamu yang hina ini
Aku setia hanya padamu
Oh Tuhanku
Di mana berakhirnya
Perjalananku ini
Esok dan lusa bukan milikku
Oh Tuhanku
Lindungilah hambamu yang hina ini
Aku setia hanya padamu
Oh Tuhanku
Aku setia hanya padamu
Aku setia hanya padamu
Penyanyi: Ramli Sarip
Sunday, September 22, 2013
Air Zamzam
MEKAH 20 Sept. - Jabatan Kesatuan Zamzam di bawah Kementerian Haji merancang menyalurkan 34 juta liter air Zamzam kepada jemaah haji pada musim ini.
Pengerusi jabatan itu, Suleiman Abu Ghelya berkata, lebih 1,100 staf termasuk pekerja sementara, akan ditugaskan untuk kerja-kerja mengagihkan air tersebut di beberapa daerah di Mekah secara berperingkat-peringkat.
Peringkat pertama, botol air Zamzam dengan kandungan 330 mililiter akan diagih-agihkan kepada jemaah haji yang tiba di Jeddah dan Mekah.
Fasa kedua pula, melibatkan pemberian botol air Zamzam dengan kandungan 20 liter kepada jemaah haji, manakala di bawah fasa ketiga, jemaah akan diberikan air Zamzam dalam botol 330 mililiter sebaik-baik mereka tiba dari Mina selepas selesai menyempurnakan ibadah haji. - AGENSI
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130921/lu_10/34-juta-air-Zamzam-diedar#ixzz2fZXY8bJ6
© Utusan Melayu (M) Bhd
MasyaAllah!!
"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"..

Gambar Umrah Jun 2012
"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"..
Saturday, September 21, 2013
Baitullahilharam
(Gambar Umrah Jun 2012)
Merindui saat itu
Ketika bersama-sama lautan manusia
Berpusu-pusu menuju ke arah cahaya
Yang bersinar meriah
Menerangi sekalian hati
Yang hadir dari serata alam
Yang dekat dan jauh
Berbagai wajah keberkatan
Berhimpun dengan satu tujuan
Bersaf-saf
Menjiwai setiap hembusan nafas
Merasai denyut nadi bergelora
Menikmati kemanisan saat berada hampir dengan-Nya
Baitullahilharam
Selalu menggamit jiwa
Hamba-hamba yang terpaut dengannya
Yang tak pernah jemu-jemu
Mengingat dan bercerita
Dan berharap dapat mengunjunginya
Lagi, lagi dan lagi...
alHatt
21 Sep 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)