Thursday, October 17, 2013

Jauh Itu Dekat

 
Jauh Itu Dekat
 
Lihat di atas sana!
Kita berkongsi bulan yang sama
Amati betul-betul
Sama bukan?
Ada bintang berkilauan
Ada awan berarak berserakan

Lihat di atas sana!
Jauh itu dekat sebenarnya..

alHatt
17 Okt 2013

Friday, October 11, 2013

Checklist Jumaat















Pemandangan selepas Jumaat di Masjid Nabawi- Umrah Jun 2012.


Assalamualaikum.
 
Selamat merebut keberkatan & barakah sebanyak mungkin hari ini; Jumaat.
 
Jumaat; penghulu segala hari, bukanlah hari biasa-biasa.
Bagi orang kebanyakan, rutin hari Jumaat tak banyak beza dengan hari-hari sebelumnya (kecuali Sabtu & Ahad- Hari cuti!).
Tapi ramai juga yang dapat memanfaatkan rutin yang sedia ada sibuk ni untuk mendapat "extra point" dari Allah. Alhamdulillah.
 
Istimewanya hari ini Allah khususkan satu surah didalam Al-Quran; Al-Jumu'ah, sebagai peringatan dan galakan buat manusia.
 
Maksud ayat ke-9 yang biasa kita dengar:

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu) yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Sebenarnya banyak lagi amalan yang digalakkan seperti di ajar Rasulullah SAW untuk kita buat pada hari Jumaat. Antaranya;

✔ Memperbanyakkan selawat ke atas Junjungan Mulia Rasulullah S.A.W.
Sabda Rasulullah S.A.W: “Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat ke atas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” - Hadith Riwayat Abu Dawud.


✔ Membaca Surah Al-Kahfi.
Sabda Rasulullah S.A.W: “Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat akan diberikan cahaya baginya di antara dua Jumaat.” - Hadith Riwayat An-Nasa’ie, Al-Baihaqi dan Al-Hakim.

✔ Mandi sunat hari jumaat bagi mereka yang akan menunaikan solat jumaat.
Sabda Rasulullah S.A.W: “Disunnahkan mandi pada hari Jumaat.” - Hadith Riwayat Bukhari.

✔ Memperbanyakkan berdoa sepanjang hari jumaat.
Sabda Rasulullah S.A.W: “Pada hari (Jumaat) itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba (mu'min) apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” - Hadith Riwayat At-Tirmidzi.

✔ Memperbanyakkan membaca Al-Quran.

✔ Memperbanyakkan sedekah.
Sabda Rasulullah S.A.W: “Sedekah pada hari Jumaat dibandingkan dengan sedekah pada enam hari lainnya laksana sedekah pada bulan Ramadhan dibanding bulan-bulan lainnya.” Hadith daripada Ka'ab R.A menjelaskan: “Dan sedekah pada hari itu lebih mulia dibandingkan dengan hari-hari selainnya.” - Mauquf Sahih.


Sejujurnya, taklah susah sangat.
Kalau betulpun Jumaat adalah hari paling sibuk bekerja dalam seminggu (sebab banyak kerja tak siap!), kita masih mampu buat apa yang patut dibuat seperti checklist di atas.

Tanya diri, soal iman. Anda mampu mengubahnya..

Semoga kita memperoleh keberkatan dan keampunan dari Allah.

Wassalam,

alHatt.

Tuesday, October 8, 2013

Mesir..Kau Takkan Faham Apa Yang Aku Tak Faham!

Berita utama Utusan Malaysia 8 Okt 2013: Pertumpahan darah di Mesir


Sebahagian pengikut Ikhwanul Muslimin, membantu mengangkat rakan mereka yang cedera akibat pertempuran dengan anggota pasukan keselamatan di Kaherah, Mesir, kelmarin. - AFP
-------------------------------------------------------------------

Mesir..Kau Takkan Faham Apa Yang Aku Tak Faham!

Mesir
Sangat murah harga darahmu
Hanya dengan keluar berhimpun
Kau mampu syahid
Syahid?
Mudah-mudahan kau dikalungkan dengannya..

Mesir
Adakah yang keluar berhimpun dan dibunuh itu mengejar syahid sama seperti para Sahabat  memburu syahid dahulu?
Adakah mereka tahu mereka akan mati di medan itu?
Adakah mereka benar-benar merindui untuk bertemu Penciptanya?
Atau adakah mereka hanya menjadi mangsa keadaan??
Mudah-mudahan darjatmu diangkat disisi Tuhan..

Mesir
Sudah beribu-ribu terkorban
Berapa ramai lagi yang akan dikorbankan?
Tahukah kau, berjuta sedang sengsara meniti hidup kerana terkorbannya beribu-ribu orang itu?
Sedarkah kau, akhirnya mereka juga akan terkorban
tanpa sempat keluar berhimpun dan terbunuh seperti beribu-ribu orang itu?
Apa yang kau mahu?

Mesir
Kau tempat lahirnya Liga Arab
Liga apa itu?
Bolasepak?
Snuker se-Arab?
Atau Liga Jahanam-menjahanam?
Tahukah engkau apa tujuanmu?

The League's main goal is to "draw closer the relations between member States and co-ordinate collaboration between them, to safeguard their independence and sovereignty, and to consider in a general way the affairs and interests of the Arab countries".

Sangat murni!!
Jadi kenapa darahmu ditumpahkan begini??
Di mana pendukung-pendukung Liga itu?
Bersembunyi dibalik telunjuk Amerika?
Penubuhan bukan kerana Tuhan tetapi ketamakan??

Mesir
Jika kuasa yang kau tamakkan,
Ketahuilah, kau telah mewarisi tabiat buruk datuk nenekmu,
FIRAUN!!
Lupakah kau bagaimana Allah menamatkan riwayat si Firaun?
Dia telah ditenggelamkan laut yang menyelamatkan Nabi Musa A.S.
Adakah kau menunggu Laut Merah itu kembali terbelah dan menelanmu??
Tidak mungkin!
Sekali-kali tidak!

Mesir
Murahnya hati Arab Saudi, UAE dan Kuwait terhadapmu!
Al-Sisi dijulang
Berbilion Dollar didermakan kepada regim Tentera
Atas dasar apa?
Liga Arab atau Liga Jahanam-menjahanam?
Takutkan kebangkitan Islam?
Bukankah Arab Saudi penjaga dua Tanah Suci??
Atau takutkan kepentingan Israel dan Amerika terjejas??
Apa kepentingan mereka terhadapmu??

Mesir
Pedulikah kau terhadap Gaza?
Siapa mereka dihatimu?
Bukan dari kalangan saudaramu sendiri?
Kenapa perlu diletup terowong dan ditutup pintu Rafah??
Kau rela didakwa sebagai pembunuh senyap??
Sedarkah kau Gaza akan lenyap??

Mesir
Jangan harapkan lagi simpati dunia
Kau telah memperolehinya lebih dari apa yang kau perlukan!
Usah pertaruhkan darah rakyat marhaen itu lagi!
Bangkitkan Ikatan Persaudaraan Islam
Dari dalam
Bukankah itu lebih baik?
Hilang sudahkah segala wasiat As-Syahid Hassan Al-Banna?

Mesir
Jangan kau cabar Allah Maha Pentadbir
Hanya satu jeritan akan lenyaplah seluruh isi bumi
dan kau akan dibangkitkan kembali
Itu janji Tuhan
Jangan kau tanya dan menunggu-nunggu kedatangan hari itu
Ketahuilah, jeritan suara itu hanya sekali dan tak akan berulang lagi!!!

alHatt
8 Okt 2013
 

Monday, October 7, 2013

Berita Kepada Kawan

Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
Sayang, engkau tak duduk di sampingku kawan
Banyak cerita yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering berbatuan

Tubuh ku terguncang di hempas batu jalanan
Hati tergetar menampak kering rerumputan
Perjalan ini pun seperti jadi saksi
Gembala kecil menangis sedih

Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika ia ku tanya "Mengapa?"
Bapak ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut ku khabarkan semuanya
Kepada karang, kepada ombak, kepada matahari
Tetapi semua diam, tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit

Barangkali di sana ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana

Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang


Artis: Ebiet G. Ade

Rahmat KasihMu

SAUJANA - Rahmat KasihMu
Tiada apa tiadapun dapat aku dambakan
Melainkan rahmat kasih-Mu Yang Maha Esa
Hanya kau saja yang mengetahui isi hatiku
Aku insan lemah tiada daya melainkan-Mu jua

Akulah hamba yang sering lupa akan kasih-Mu Ya IllahiAku mengembara merantau jauh
Mencari setitis rahmat-Mu Illahi
Hanya pada-Mu kuserahkan jiwa dan nurani

Ampunkan aku wahai tuhanku Yang Maha Pengasih
Terimalah taubatku menjadikan aku hamba-Mu yang soleh
Ya.. Illahi.... 

Saturday, October 5, 2013

Pohon Ketenangan





















Pohon Ketenangan

Bertenanglah
Kawal emosimu
Tundukkan nafsumu
Dan berwuduklah
Dirikanlah solat
Nikmatilah hadiah teristimewa dari Tuhanmu dengan khusyuk

Bertakbirlah
Pujilah Tuhanmu selayaknya
Sebanyak-banyak mungkin
Kau akan rasai ketenangan

Dan berselawatlah
Kepada Kekasihmu junjungan tercinta
Yang berkorban segala yang dimilikinya
Demi umatnya
Demi kita!

Zahirkanlah hajatmu
Ceritakanlah segalanya
Panjatkan doa seikhlas hati
Pohonlah istiqamah
untuk setiap amalan solehmu
Pohonlah keredhaan
Pada setiap langkah perjalananmu
Pohonlah keampunan
Atas setiap detik yang kau lalui sepanjang hidupmu

Pohonlah agar kau tak terkeliru
Dalam menuju jalan yang satu
Pohonlah perlindungan atas kejahatan dirimu sendiri
Pohonlah agar kau dikurniakan nikmat ketenangan
Bertenanglah..

alHatt
5 Okt 2013

Friday, October 4, 2013

Radiasi 1400..

Assalamualaikum,

Selamat menikmati Jumaat yang penuh barakah.

Ada yang bertanya kenapa tiba-tiba Blog Galeri Nurani "bernyawa semula" selepas sekian lama menyepi terutama sejak Julai 2010.

Ada beberapa sebab musabab yang menyebabkan Galeri Nurani tersembab.
Yang utama sekali kerana komitmen yang tersangatlah banyak antara Ogos 2010 hingga Ogos 2012. Dua tahun yang sangat memenatkan dan penuh ranjau sepanjang hidup di muka bumi.
Keinginan untuk menulis hampir-hampir tiada hinggalah saya "memulakan hidup baru" selepas tarikh itu.

Hanya pada Jun 2013 saya mula keluarkan posting terbaru, cuba memotivasikan diri sendiri.
Tapi masih juga tak termotivasi!

Hinggalah tanggal 11 Sep 2013, kebetulan bersamaan tarikh ulangtahun runtuhnya keegoan Amerika menyembah bumi, saya kembali bersemangat untuk menulis.
Ideapun (entah apa-apa) tiba mencurah-curah. Dah tak tertahan-tahan lagi.
Dan kini Galeri Nurani kembali.
InsyaAllah akan cuba diteruskan selagi mana dapat membawa manfaat kepada kepentingan ummah.

Kenapa 11 Sep 2013?

Kebetulan (hidayah datang lagi), saya dan isteri menghantar seorang saudara (bau-bau bacang) yang baru kami kenali 3 hari sebelum itu, ke perhentian Melaka Central.
Dia menumpang rumah kami atas satu tugasan dakwah.
Sebelum pulang, saya dan isteri sempat ronda-ronda dalam Melaka Central dan masuk ke satu kedai buku/music Muslim. Mencari-cari sesuatu dan secara tak semena-mena saya "terserempak" dengan CD Al-Farbiband.
Saya pernah sekali melihat persembahan band ni di TV beberapa tahun lalu dan agak impressed dengan kebolehan mereka.

Saya berkata kepada isteri; saya nak beli CD ni.
Selepas dua tiga kali ulang dengar, saya semakin "menjiwai" music dan mesej yang band ni bawa.
Cukup bermakna.

Tajuk album pun unik; "RADIASI 1400".
Saya dah terkena kesannya..













Radiasi 1400..

Seruan itu telah lama memanggilmu
Lebih seribu empat ratus tahun yang lalu
Di bumi yang tandus dari suara qudus
Melalui lidah sayyidul mursalin

Suara itu masih terdengar lagi di waktu ini
Melalui lidah generasi perjuangan kini
Apakah kamu tidak dengar ?

Untuk menyiram bumi yang tandus
Untuk mengekang nafsu yang rakus
Untuk melembut hati yang keras
Untuk membersih penzalim dan pemeras
Untuk membasmi pemandi darah
Untuk menahan arak yang tumpah
Untuk memberhentikan pejudian memusnah


Agar tuhan dibesarkan agar tuhan disembah
Agar bumi tuhan putih bersih dari noda dan darah
Ayuh sambutlah seruan ini jangan tunggu-tunggu lagi
Jangan biarkan masa berlalu berlalu percuma


Seruan itu memanggilmu
Seruan itu seruan jihad..


Artis: Al-Farabiband

Dah tahu apa sebabnya?

Jumpa lagi..

Thursday, October 3, 2013

Jangan Lupakan GAZA..




















Jangan Lupakan GAZA..

Beginilah nasib Gaza
Manusia hari ini disisi Mesir, Syria
Ya, kita perlu tahu dan ambil tahu
Bersungguh mana yang mampu
Namun hakikatnya kini
Gaza dilupakan

Beginilah nasib Gaza
Kekalutan Negara-Negara itu
Langsung tak membantu
Malah membuatkan manusia alpa
Sebuah kuasa jahat sedang merampas Negara berdaulat
Gaza keseorangan

Beginilah nasib Gaza
Sedikit-demi sedikit wilayahmu dihapuskan
Hilang dari petanya sendiri
Tanpa disedari
Sedang manusia leka melayan sandiwara murahan
Yang dimainkan kuasa syaitan
Gaza kesepian

Beginilah nasib Gaza
Israel terus mengganas
Tanpa perlu bekerja keras
Hanya mengharapkan krisis di Mesir mahupun Syria berterusan
Mengaburi mata dunia
Gaza dianaktirikan

Beginilah nasib Gaza
Bantuan disekat
Sempadan Rafah ditutup rapat
Siapa yang sedar dan siapa pula yang peduli??
Gaza tersekat

Beginilah nasib Gaza
Anak-anak kecil yang mengharap sinar kebahagiaan
Yang mahukan perdamaian
Yang dambakan keamanan
Menuntut hak yang mereka sendiri tak pernah rasai
Kerana telah dirampas
Lama sebelum mereka lahir
Yang hanya diketahui dan dilihat dibalik tembok tinggi
Di sekeliling mereka
Yang sebenarnya adalah sebuah sangkar besar
Tebal dan kukuh
Setebal noda hitam tertanam dihati Zionis
Gaza dipenjarakan

Ayuhlah Saudaraku
Bantulah Saudaramu
Bebaskan GAZA..

alHatt
3 Okt 2013

Wednesday, October 2, 2013

Full of Humility

Put all our pride away,
always find a gentle word to say
you know we shouldn't fool ourselves,
Allah has given so much to you and me.

Put all our pride away,
Always thank Allah when we pray,
You know we shouldn't be fool of ourselves
when we, should be full of humility.
 
We're all livin' here together on this planet floatin' round the sun
We're all equal to one another, no one's better than anyone
The only thing we have to weigh us all apart
is the faith only Allah can see, deep inside our hearts.
 
Put all our pride away,
always find a gentle word to say
you know we shouldn't fool ourselves,
Allah has given so much to you and me.
Put all our pride away,
Always thank Allah when we pray,
You know we shouldn't be fool of ourselves
when we, should be full of humility.
 
Trying hard to simply be humble and never act too proud
It's easy to trip and stumble with your nose up above the clouds
Its always best to be modest and keep our feet on the ground
Cause pride will eat us up inside if we're arrogant and loud.
 
Put all our pride away,
always find a gentle word to say
you know we shouldn't fool ourselves,
Allah has given so much to you and me.
Put all our pride away,
Always thank Allah when we pray,
You know we shouldn't be fool of ourselves
when we, should be full of humility

Artist: Dawud Wharnsby Ali 

 

Tuesday, October 1, 2013

Doa Pengubat Rindu














Jika kau ingat orang yang kau sayangi
Panjangkanlah doamu
Kerana di sana ada jalan kedamaian
Buat mu dan juga buat dirinya

Jika kau rindu orang yang kau kasihi
Panjangkanlah doamu
Kerana Tuhan Maha Mendengar
Dihujungnya menanti balasan kerinduan abadi

Jika kau risau orang yang kau harapkan
Panjangkanlah doamu
Kerana dia memang memerlukannya!
Walau segala ketentuan itu hanya milik Tuhan

Ketahuilah
Orang yang menyayangi akan disayangi
Yang mengasihi akan dikasihi
Yang mendoakan akan didoakan
Yang baik itulah yang terbaik
Yang buruk tidak akan dapat petunjuk

Doamu pengubat rindu..

alHatt
1 Okt 2013