Mencuri sedikit masa yang tersisa sebelum melabuh tirai malam yang kian singkat dalam usaha memahami,
"Hakikat"
Deruan angin
Debu berterbangan
Terpalit diwajah
Mengaburi penglihatan
Menghinggapi bebola mataku
Dan kusapu
Dengan jari telunjuk
Semakin pedih
dan tetap kuteruskan
Tanpa ragu
Biar sakit sedikit
Asalkan habuk itu hilang
Agar penglihatanku pulih kembali
Dalam perjalanan
Aku sering keliru
dengan bayang-bayang yang mengujakan
Hingga tergelincir akibat kegelojohan
dan pendeknya akal
Kerana menurut nafsu
Yang aku nafikan keterlanjurannya
Ahh!! Berbelit-belit!
Beginilah;
Hakikat ditinggal sepi tanpa perkhabaran
umpama mengharap kayu api basah dapat dinyalakan!
Hakikat hidup dipenuhi sifat riak dan bangga diri
dalam setiap ibadah yang konon-kononnya menyamai amalan si abit
ibarat memasukkan racun berbisa kedalam hidangan makanan berzat!
Hakikat hati yang perasan dimiliki dan disukai dan itu dan ini
hanya mengesahkan betapa diri ini tidak mengharapkan redha Tuhan!
Hakikat diri yang tidak ikhlas dalam setiap perbuatan sepertinya
telah membunuh segala benih terbaik yang telah disemai!
Hakikat keliru antara kelalaian dan mensyukuri nikmat Tuhan
adalah menifestasi kegagalan dalam mengenal diri sendiri!
Hakikat mendabik dada lantaran ego yang tak terkawal
hanya menunjukkan kebodohan dan kejahilan dalam pergaulan!
Hakikatnya, apa yang aku lakukan adalah petunjuk kualiti hubunganku dengan Tuhan!!
Hakikat ini amat perit
Dan ia merupakan amaran
Agar dosa yang sama tidak berulang
Sewajarnya ia dapat mengukuhkan lagi iman
di dada
Bukan setakat dibibir sahaja
Kekecewaan ini hanya dapat diubati
dengan mengadu padaNya..
Ya Allah
Tetapkanlah hatiku..
alHatt
18 Dec 2013
Wednesday, December 18, 2013
Saturday, December 14, 2013
Yesterday
Yesterday, all my troubles seemed so far away
Now it looks as though they're here to stay
Oh, I believe in yesterday

Suddenly I'm not half the man I used to be
There's a shadow hanging over me
Oh, yesterday came suddenly
There's a shadow hanging over me
Oh, yesterday came suddenly
Why she had to go
I don't know, she wouldn't say
I said something wrong
Now I long for yesterday
I don't know, she wouldn't say
I said something wrong
Now I long for yesterday
Yesterday love was such an easy game to play
Now I need a place to hide away
Oh, I believe in yesterday
Now I need a place to hide away
Oh, I believe in yesterday
Why she had to go?

The Beatles
Thursday, December 5, 2013
"Kembali kepada kebenaran lebih baik dari berada terlalu jauh dalam kebatilan!"

TERJEMAHAN KENYATAAN DR.YUSUF QARADHAWI LETAK JAWATAN DARI "HAIAH KIBAR ULAMAK AL-AZHAR"
Sesungguhnya Al-Azhar semenjak dikuasai oleh Salahuddin Al-Ayubi dan mereka yang selepasnya pada kurun-kurun yang lampau, Al-Azhar telah menjadi pemimpin ummah dalam urusan agama,pengetahuan, pengajian dan perubahan. Dia (Al-Azhar) berkata dengan kalamnya, menyanjungi ulamak-ulamaknya. Maka ia digeruni oleh hati-hati, ia dihormati oleh tua dan muda, berlalu rakyat dengan kalam-kalam ini di belakang pembesar mereka, mengagungkan kalimah Allah dan meninggikan panji Islam.
Al-Azhar dalam sejarahnya telah menerima anak-anak dari dunia Islam untuk dididiknya. Dari Timur dan Barat, Selatan dan Utara. Dari mazhab Ahlu Sunnah yang terkenal: Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali. Lalu mereka keluar menjadi ulamak ummah, menyeru kepada Islam dengan ajaran yang jelas, memberikan kefahaman kepada manusia dan mereka berkata kepada pemerintah dan pembesar: "Takutlah kalian kepada Allah, peliharalah agamaNya."
Al-Azhar berdiri teguh dengan risalahnya, memelihara janjinya, menasihati kerana Allah, RasulNya, kitabNya dan seluruh umat Islam pada zaman Mamalik, Turki dan raja-raja selepasnya. Al-Azhar juga memimpin kebangkitan menentang Perancis, menentang Inggeris maka Al-Azhar tetap kekal memimpin rakyat. Tatkala kita diuji dengan terdapat orang yang zalim dan maksiat maka tidak dapat tidak bagi ulamak yang bebas perlu menyatakan pendirian ketika itu, tiada rujukan melainkan Al-Quran dan Sunnah.
Oleh demikian, saya Yusuf Abdullah Al-Qaradhawi menyatakan peletakan jawatan saya dari "Haiah Kibar Ulamak" kepada rakyat Mesir, kerana mereka merupakan "pemilik Al-Azhar", bukannya Syeikh Al-Azhar. Saya mengira jawatan Syeikh Al-Azhar dan beberapa jawatan yang hampir dengannya telah 'dirampas' dengan kekuatan senjata dengan perkiraan kudeta tentera seperti yang dilakukan kepada jawatan Presiden Mesir, sama sahaja.
Sewajarnya dikembalikan hak memilih Presiden itu kepada rakyatnya maka begitu juga ulamak-ulamak yang berhak memilih ketua (Syeikh) mereka, iaitu "Haiah Kibar Ulamak" dengan pemilihan yang bebas dan tidak dicampuri oleh mana-mana pihak agar mewakili semua golongan ulamak, bukannya mewakili dirinya sendiri.
Sukacita saya katakan kepada rakyat Mesir: Saya sesungguhnya Alhamdulillah, pada usia 88 tahun yang saya sudah tidak berhajat kepada apa-apa jawatan. Allah telah memuliakan saya dengan keredhaan dan penerimaan rakyat-rakyat serta pemerintah-pemerintah umat Islam. Saya tidak mahukan kecuali umat ini kembali ke kedudukannya yang tinggi dan menjadi kewajipan kepada Al-Azhar untuk menjadi "tiang seri" kepada umat ini.
Saya meletakkan tangan saya di tangan Syeikh Al-Azhar di tangga Pejabat Syeikh Al-Azhar (dalam satu lawatan beliau melawat Syeikh Al-Azhar selepas Revolusi 25 Januari 2011) bahawa saya ingin menjadi sandaran bagi beliau bersama-sama rakan yang ikhlas. Beliau melupakan atau buat-buat lupa apa yang dilakukannya sebelum itu, ketika beliau (Dr.Ahmad Toyyib) menjadi Rektor Al-Azhar, beliau telah mentohmah anak-anak muridnya untuk kepentingan kerajaan Mubarak, beliau juga merupakan anggota sebuah parti kerajaan, berada dalam Biro Politik (Parti NDP), kami katakan: "Semoga Allah ampunkan apa yang telah berlalu, kita buka lembaran hidup baru." Akan tetapi, malangnya kita mendapati pendiriannya cenderung ke arah rampasan kuasa yang meranapkan Revolusi 25 Januari yang telah mengembalikan kebebasan, kemuliaan, demokrasi, musyawarah dan sistem baru yang memberikan kepada rakyat kuasa sepenuhnya, ini semua dimusnahkan oleh kudeta.
Sewaktu di Mesir, saya diundang oleh sebahagian saudara-saudara (dalam Ikhwan Muslimin) untuk menyampaikan ucapan di atas pentas dataran Raba'ah tetapi saya ingin berucap kepada rakyat melalui 'pentas berkecuali' melalui kaca televisyen. Saya berucap menyeru agar berhadapan dengan mereka yang melampau, mengubati kesilapan dan bukannya melalui rampasan kuasa.
Kemudian, kita dan rakyat Mesir begitu terkejut dengan penyertaan Syeikh Al-Azhar pada malam rampasan kuasa, diberikan kepadanya peluang berucap yang beliau nyatakan menggunakan kaedah "akhaffu dhororoin" atau "mengambil mudharat yang lebih ringan" iaitu menyokong rampasan kuasa. Apakah mudharat yang lebih besar dan lebih berat melainkan membatalkan hak demokrasi serta mengembalikan negara kepada pemerintahan tentera?!
Syeikh Al-Azhar telah mengumumkan sejurus selepas beliau dilantik ke jawatan itu dalam satu temubual dengan katanya, "Al-Azhar akan merujuk semula selepas campurtangan di zaman Jamal Abdul Nasser. Maka sejak itu Al-Azhar telah kehilangan kuasa kebebasan akibat campurtangan politik dalam urusannya." Maka ditunggu-tunggu berdasarkan pandangan beliau ini akan kekal Al-Azhar sebagai pembantu rakyat, tetapi beliau tidak lakukannya.
Saya ternanti-nanti juga sewaktu saya berada di Mesir sebelum saya mengumumkan pandangan saya secara peribadi, jikalau Syeikh Al-Azhar akan menjemput untuk diadakan mesyuarat Haiah Kibar Ulamak Al-Azhar bagi mengambil pandangan terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam negara, tetapi tiada jemputan dibuat. Maka tiada jalan lain melainkan bagi saya mengeluarkan fatwa berasingan untuk menyatakan pandangan saya agar dibantu kebenaran yang menjadi akidah saya. Demikian juga dibuat oleh Dr.Hasan Syafie dan pemikir Islam Dr.Muhammad 'Imarah kerana mereka berdua juga seperti saya merupakan anggota Haiah Kibar Ulamak.
Seharusnya, bagi Syeikh Al-Azhar setelah berlaku banyak pandangan di kalangan ulamak untuk beliau himpunkan anggota Haiah untuk dikeluarkan pandangan yang satu atau pandangan majoriti dan diumumkan kepada rakyat Mesir pandangan yang disepakati ini, yang akan membenarkan kebenaran dan membatalkan kebatilan walaupun dibenci oleh golongan yang berdosa.
Malangnya tiada perjumpaan atau mesyuarat diadakan selepas tragedi demi tragedi dalam sejarah: Pembunuhan di hadapan Bangunan Pengawal Republik, di Tugu Peringatan, pembunuhan di Mansurah, Iskandariah, wilayah-wilayah lain, operasi meleraikan Raba'ah dan Nahdhah yang meragut ribuan nyawa hingga penangkapan ribuan yang lain. Pencerobohan polis, tentera yang dibantu oleh militia samseng ke atas masjid Qaid Ibrahim, Masjid Fath dan selainnya, pencerobohan di universiti-universiti di seluruh Mesir dan utamanya ialah Universiti Al-Azhar, digubal undang-undang rimba menentang penuntut Al-Azhar dengan hukuman penjara 17 tahun setiap seorang, ke atas 14 orang wanita Iskandariah dipenjara 11 tahun seorang yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Mesir, dipecat 710 orang pelajar Al-Azhar dari universiti, penangkapan para ulamak, penutupan stesen-stesen tv agama Islam, menghalang jalan-jalanraya dengan kereta perisai dan kebal, siri serangan ke atas rakyat dengan gas pemedih mata dan peluru hidup.
Sesungguhnya kita masih menantikan Syeikh Al-Azhar kembali kepada kebenaran, dia mengumumkan dirinya bebas dan tiada kaitan lagi dengan pemerintah zalim hari ini yang telah mengubah beberapa hari dan dalam masa beberapa minggu apa yang tidak pernah dilakukan oleh rejim-rejim sebelum ini pada era Abdul Naser, Sadat dan Mubarak 60 tahun, membunuh ribuan dan memenjarakan rakyat berkali-kali ganda. Maka Syeikh Al-Azhar perlu mengadakan pertemuan "Haiah". Kami telah nasihati beliau agar beliau kembali kepada kebenaran-Kembali kepada kebenaran lebih baik dari berada terlalu jauh dalam kebatilan. Kami telah menjawab hujah beliau dengan ilmiah dan kami sebarkan kepada awam, akan tetapi lelaki ini lebih suka duduk bersama-sama "jeneral-jeneral" pejabat beliau dari duduk bersama-sama saudaranya dari kalangan ulamak. Dan demikianlah Allah telah ciptakan manusia ini dengan kecenderungannya.
Saya menyeru kepada mereka yang berjiwa merdeka yang ikhlas dari kalangan ulamak dan anak-anak Al-Azhar: Agar mengumumkan penentangan mereka apa yang berlaku di Mesir hari ini dengan berani, agar mereka meletakkan jawatan dari "Haiah" ini yang telah 'mati' (iaitu gagal berfungsi dengan baik), tinggalkannya kepada Syeikh Al-Azhar dan pengikut-pengikutnya.
Maka saya menjangkakan sejurus peletakan jawatan saya ini akan semakin kuat serangan upahan kepada saya melalui media-media.Saya tidak takut kepada manusia dan hanya takut kepada Allah.
Sesungguhnya saya menantikan detik-detik kejatuhan penzalim-penzalim ini sedikit masa lagi. Dan mereka ini telah jatuh dari pandangan (rahmat) Allah, kemudian jatuh dari pandangan mata rakyat, kemudian akan jatuh lagi dari mata Arab dan orang Islam. Semakin hari bertambah kerosakan dan penyelewengan dalam negara, negara yang baik berubah kepada buruk, menjadikan negara buruk berubah ke arah lebih buruk.
Sesungguhnya 'sunnatullah' tidak akan berubah bertukar ganti iaitu akan dibantu kebenaran atas kebatilan, keadilan atas kezaliman, akan menang rakyat ke atas toghut.
Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum..kami memohon kepadaMu agar Kau rahmati syuhada' kami di Mesir, di Syria, Iraq, Palestin, Somalia dan seluruh bumi Islam. Ya Allah, Kau sembuhkanlah mereka yang cedera dan sakit. Ya Allah, bebaskan tahanan-tahanan di dalam penjara, angkatkatlah bala dari mereka yang ditimpa bala, satukan kalimah orang-orang beriman, timpakan kepada orang-orang zalim itu azab yang pedih, turunkan kepada mereka kemurkaanMu yang tidak mampu ditolak oleh mereka. Bantulah ummat kami dengan bantuanMu.
Al-Faqir Ilaihi Ta'ala
Yusuf Al-Qaradhawi
29 Muharram 1435/ 2 Disember 2013
Kesimpulannya:
1) Syeikh Qaradhawi berjuang mahukan suara Al-Azhar kembali seperti zaman kegemilangannya satu masa dahulu. Hebat dari sudut jihad penentangan menentang kezaliman.
2) Kekecewaan beliau kerana Haiah Kibar Ulamak yang menjadi badan tertinggi Al-Azhar gagal berfungsi dengan baik.
3) Jawatan Syeikh Al-Azhar sepatutnya dipilih oleh anggota Haiah ini seperti jawatan Mufti yang melantik Dr.Syauqi 'Alam sebagai Mufti baru sepertimana juga rakyat yang berkuasa penuh memilih Presiden mereka. Sepatutnya Dr.Ahmed Toyyib sewajarnya menyerahkan mandat semula kepada Haiah untuk dibuat pelantikan semula kerana beliau ke jawatan itu dengan lantikan oleh Mubarak pada tahun 2010 tetapi ia tidak pernah dilakukan.See More
............................................Sesungguhnya Al-Azhar semenjak dikuasai oleh Salahuddin Al-Ayubi dan mereka yang selepasnya pada kurun-kurun yang lampau, Al-Azhar telah menjadi pemimpin ummah dalam urusan agama,pengetahuan, pengajian dan perubahan. Dia (Al-Azhar) berkata dengan kalamnya, menyanjungi ulamak-ulamaknya. Maka ia digeruni oleh hati-hati, ia dihormati oleh tua dan muda, berlalu rakyat dengan kalam-kalam ini di belakang pembesar mereka, mengagungkan kalimah Allah dan meninggikan panji Islam.

alHatt:
Saya pernah beberapa kali menulis tentang Mesir di Galeri Nurani, salah satu darinya bertajuk "Mesir..Kau Takkan Faham Apa Yang Aku Tak Faham!"
Apa yang berlaku kepada institusi tersohor bagi umat Islam di zaman ini cukup sekadar menambahkan lagi "ketidakfahaman saya" selama ini.
Suka saya memetik kata-kata Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dalam kenyataannya di atas;
"Kembali kepada kebenaran lebih baik dari berada terlalu jauh dalam kebatilan!!"
Jika kata-kata ini pun tidak dapat difahami/ tidak mahu difahami, apa lagi nak dikata?
Masih belum terlewat bagi Al-Azhar.
Tiada yang mustahil bagi Mesir!
Mustahil bukan bermakna tiada penyelesaian.
Tetapi kita belum lagi berjumpa jalan penyelesaiannya!!
Moga memperoleh Taufik dan Hidayah dari Allah..
Musibah itu dimata manusia
Banjir semakin buruk

alHatt:
Allah menerangkan didalam Al-Quran tentang hujan menerusi ayat-ayatnya, antara lain:
Tidakkah kamu melihat bahwa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bagian-bagian) nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah (juga) menurunkan (butiran-butiran) ais dari langit, (yaitu) dari (gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-gunung, maka ditimpakan-Nya (butiran-butiran) ais itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan dipalingkan-Nya dari siapa yang dikehendaki-Nya. Kilauan kilat awan itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan
Musim hujan kembali. Disesetengah tempat, air hujan telah melimpah hingga tak tertampung lagi.
Musibah banjir.
Sejujurnya saya tidak pernah merasai musibah banjir besar. Sepanjang hidup, seingat saya pernah dua kali rumah dinaiki air, itu pun paras buku lali. Malu nak cerita.
Itupun sudah cukup membuatkan saya dan keluarga merasa "terbeban" dan mengeluh panjang.
Inikan pula tenggelam segala-gala! Hebat sungguh ujian yang melanda mangsa banjir ni sebenarnya.
Jika kita amati ayat-ayat Allah di atas, sesungguhnya hujan itu membawa rahmat dan nikmat, tak kiralah berapa banyakpun jumlahnya.
Saya cuba memahami hakikat apa yang dirasai oleh mangsa banjir walaupun saya tahu saya tak mungkin dapat menjiwainya kerana tidak berada ditempat mereka. Dengan kata lain; "cakap memang senang! Cuba kena pada diri sendiri, bagaimana?"
Untuk itu saya tidak mahu menulis panjang. Cukup sekadar mengambil pengajaran dari Al-Quran.
Sesungguhnya Allah itu Maha Pentadbir. Dialah yang mengatur perjalanan isi langit dan bumi.
Tiada satu pun yang terlepas dari pandanganNya.
Hujan itu nikmat, hujan itu rahmat. "...maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hamba-Nya yang dikehendaki-Nya tiba-tiba mereka menjadi gembira." (Ar-Ruum: 48)
Sesunggunya Allah itu pengampun dosa-dosa besar!
Mudah-mudahan dengan hujan yang melimpah ruah ini bukan sekadar meluaskan rezeki, malah menjadi asbab pengampunan dosa-dosa hambaNya..
Musibah itu hanya dimata manusia.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Luas sisi pengampunanNya.
Kepada mangsa banjir;
InsyaAllah segalanya akan dipermudahkan.
Bersabarlah..
KUALA LUMPUR 4 Dis. - Situasi banjir bertambah buruk apabila seramai 33,765 orang mangsa dari empat buah negeri iaitu Pahang, Johor, Terengganu dan Kelantan dipindahkan sehingga malam ini berbanding hanya 16,837 orang di tiga negeri semalam.
Di PAHANG, beberapa laluan utama memasuki bandar Kuantan terputus hubungan akibat air pasang besar kira-kira pukul 10 malam tadi.
Seorang pemuda di Jerantut pula menjadi korban kedua setelah mati lemas apabila terjatuh semasa sedang menjaring ikan di sebatang sungai di Kampung Sepial, Kuala Tembeling, awal pagi ini.
Bilangan mangsa banjir di negeri ini meningkat daripada 9,030 orang kepada 19,750 orang hari ini yang membabitkan lima daerah.
Di JOHOR, mangsa banjir meningkat ke 8,402 orang melibatkan 2,281 buah keluarga sehingga malam ini dengan Mersing mencatat kedudukan teratas 5,711 mangsa.
Di TERENGGANU, banjir yang masuk hari ketiga menyebabkan seramai 5,115 orang mangsa daripada 1,322 keluarga dipindahkan ke 64 pusat pemindahan di tiga daerah.
Di KELANTAN, sebanyak 100 buah keluarga di Kuala Krai dipindahkan ekoran hujan lebat yang berlarutan sejak tiga hari lalu.
Di PAHANG, beberapa laluan utama memasuki bandar Kuantan terputus hubungan akibat air pasang besar kira-kira pukul 10 malam tadi.
Seorang pemuda di Jerantut pula menjadi korban kedua setelah mati lemas apabila terjatuh semasa sedang menjaring ikan di sebatang sungai di Kampung Sepial, Kuala Tembeling, awal pagi ini.
Bilangan mangsa banjir di negeri ini meningkat daripada 9,030 orang kepada 19,750 orang hari ini yang membabitkan lima daerah.
Di JOHOR, mangsa banjir meningkat ke 8,402 orang melibatkan 2,281 buah keluarga sehingga malam ini dengan Mersing mencatat kedudukan teratas 5,711 mangsa.
Di TERENGGANU, banjir yang masuk hari ketiga menyebabkan seramai 5,115 orang mangsa daripada 1,322 keluarga dipindahkan ke 64 pusat pemindahan di tiga daerah.
Di KELANTAN, sebanyak 100 buah keluarga di Kuala Krai dipindahkan ekoran hujan lebat yang berlarutan sejak tiga hari lalu.
alHatt:
Allah menerangkan didalam Al-Quran tentang hujan menerusi ayat-ayatnya, antara lain:
Tidakkah kamu melihat bahwa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bagian-bagian) nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah (juga) menurunkan (butiran-butiran) ais dari langit, (yaitu) dari (gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-gunung, maka ditimpakan-Nya (butiran-butiran) ais itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan dipalingkan-Nya dari siapa yang dikehendaki-Nya. Kilauan kilat awan itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan
|
Musim hujan kembali. Disesetengah tempat, air hujan telah melimpah hingga tak tertampung lagi.
Musibah banjir.
Sejujurnya saya tidak pernah merasai musibah banjir besar. Sepanjang hidup, seingat saya pernah dua kali rumah dinaiki air, itu pun paras buku lali. Malu nak cerita.
Itupun sudah cukup membuatkan saya dan keluarga merasa "terbeban" dan mengeluh panjang.
Inikan pula tenggelam segala-gala! Hebat sungguh ujian yang melanda mangsa banjir ni sebenarnya.
Jika kita amati ayat-ayat Allah di atas, sesungguhnya hujan itu membawa rahmat dan nikmat, tak kiralah berapa banyakpun jumlahnya.
Saya cuba memahami hakikat apa yang dirasai oleh mangsa banjir walaupun saya tahu saya tak mungkin dapat menjiwainya kerana tidak berada ditempat mereka. Dengan kata lain; "cakap memang senang! Cuba kena pada diri sendiri, bagaimana?"
Untuk itu saya tidak mahu menulis panjang. Cukup sekadar mengambil pengajaran dari Al-Quran.
Sesungguhnya Allah itu Maha Pentadbir. Dialah yang mengatur perjalanan isi langit dan bumi.
Tiada satu pun yang terlepas dari pandanganNya.
Hujan itu nikmat, hujan itu rahmat. "...maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hamba-Nya yang dikehendaki-Nya tiba-tiba mereka menjadi gembira." (Ar-Ruum: 48)
Sesunggunya Allah itu pengampun dosa-dosa besar!
Mudah-mudahan dengan hujan yang melimpah ruah ini bukan sekadar meluaskan rezeki, malah menjadi asbab pengampunan dosa-dosa hambaNya..
Musibah itu hanya dimata manusia.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Luas sisi pengampunanNya.
Kepada mangsa banjir;
InsyaAllah segalanya akan dipermudahkan.
Bersabarlah..
Saturday, November 30, 2013
Permainan Akhir Zaman
Sumber: Utusan Online
11,000 kanak-kanak maut perang di Syria

Sebahagian besar mangsa serangan gas saraf di Ghouta di pinggir Damsyik pada Ogos lalu merupakan golongan kanak-kanak. - Agensi
BEIRUT 24 Nov. - Lebih 11,000 kanak-kanak terkorban dalam perang saudara di negara ini yang berlanjutan hampir tiga tahun, menurut kumpulan pemikir Penyelidikan Oxford yang beribu pejabat di London, baru-baru ini.
Majoriti kanak-kanak tersebut terbunuh dalam serangan bom atau peluru di kawasan perumahan mereka selain beratus-ratus serangan hendap.
Menurut laporan tersebut, bedilan serta serangan udara yang berlaku turut mengorbankan bayi.
Data terkumpul mendapati, seramai 11,420 mangsa yang terkorban berumur 17 tahun ke bawah, manakala 389 kanak-kanak dibunuh oleh penyerang hendap.
Daripada laporan itu, seramai 764 kanak-kanak turut dihukum bunuh, manakala lebih 100 yang lain termasuk bayi, diseksa.
Laporan itu juga mendapati, lebih ramai kanak-kanak lelaki dalam lingkungan 13 hingga 17 tahun maut, berbanding kanak-kanak perempuan.
Dalam laporan tersebut, wilayah Aleppo mencatat bilangan kematian paling tinggi melibatkan kanak-kanak iaitu sebanyak 2,223 orang.
Penulis bersama laporan itu, Hana Salama berkata, cara kanak-kanak di Syria meninggal dunia amat menakutkan.
"Mereka mati akibat dibom di rumah, semasa beratur menunggu giliran untuk mengambil roti dan semasa berada di sekolah.
"Selain itu, ada di antara kanak-kanak maut akibat diserang penembak tepat, dihukum mati, diseksa dan dipaksa menghidu gas beracun," katanya. - AGENSI
Firman Allah SWT (Surah Al-Muthoffifin, ayat 10~12): Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan. Iaitu mereka yang mendustakan hari pembalasan. Dan tiada yang mendustakannya melainkan tiap-tiap orang yang melampaui batas (kebenaran), lagi amat derhaka!
11,000 kanak-kanak maut perang di Syria
Sebahagian besar mangsa serangan gas saraf di Ghouta di pinggir Damsyik pada Ogos lalu merupakan golongan kanak-kanak. - Agensi
Majoriti kanak-kanak tersebut terbunuh dalam serangan bom atau peluru di kawasan perumahan mereka selain beratus-ratus serangan hendap.
Menurut laporan tersebut, bedilan serta serangan udara yang berlaku turut mengorbankan bayi.
Data terkumpul mendapati, seramai 11,420 mangsa yang terkorban berumur 17 tahun ke bawah, manakala 389 kanak-kanak dibunuh oleh penyerang hendap.
Daripada laporan itu, seramai 764 kanak-kanak turut dihukum bunuh, manakala lebih 100 yang lain termasuk bayi, diseksa.
Laporan itu juga mendapati, lebih ramai kanak-kanak lelaki dalam lingkungan 13 hingga 17 tahun maut, berbanding kanak-kanak perempuan.
Dalam laporan tersebut, wilayah Aleppo mencatat bilangan kematian paling tinggi melibatkan kanak-kanak iaitu sebanyak 2,223 orang.
Penulis bersama laporan itu, Hana Salama berkata, cara kanak-kanak di Syria meninggal dunia amat menakutkan.
"Mereka mati akibat dibom di rumah, semasa beratur menunggu giliran untuk mengambil roti dan semasa berada di sekolah.
"Selain itu, ada di antara kanak-kanak maut akibat diserang penembak tepat, dihukum mati, diseksa dan dipaksa menghidu gas beracun," katanya. - AGENSI
alHatt:
Apalah dosa kanak-kanak tersebut hingga dibunuh sebegitu rupa.
Sebenarnya kematian ada di mana-mana, boleh berlaku ke atas sesiapa sahaja.
Ada yang ditimpa penyakit kronik lalu mati pada usia kecil.
Ramai juga yang mati ketika lahir.
Banyak juga kes-kes kemalangan yang melibatkan kanak-kanak.
Itu ajal yang mana tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menangguh.
Seperti yang berlaku di Syria, pihak yang bertelagah mempunyai pilihan samada memilih jalan perdamaian atau berperang dalam menegakkan perjuangan masing-masing.
Jalan perdamaian bermakna membawa kemenangan bagi kedua-dua pihak.
Jalan peperangan hanya mendatangkan musibah yang akhirnya membawa kemusnahan diri mereka sendiri.
Yang menyedihkan, insan yang tidak berdosa seringkali dijadikan sasaran bagi melemahkan moral dan semangat juang pihak yang menentang.
Siapa yang tak tersentuh hati bila melihat anak-anak kecil dibunuh ketika mereka sebenarnya sedang berlindung dan ingin keluar dari zon peperangan??
Adakah mereka mengangkat senjata atau menghunus pedang di medan pertempuran?
Tidak!!
Mereka langsung tiada kena mengena dengan kegilaan puak-puak syaitan ini!
Tetapi inilah mainan umat manusia akhir zaman.
Yang mendustakan ketibaan Hari Akhirat iaitu Hari Pembalasan.
Semoga kita dapat mengambil pengajaran darinya..
Friday, November 29, 2013
Pemburu Ar-Rafiqul A'la
Assalamualaikum,
Baru-baru ini, saya mengenali seseorang yang mengingatkan saya
kepada satu kisah yang berlaku ke atas diri saya kira-kira 11 tahun
yang lalu.
Ada persamaan tetapi tidak serupa.
Ketika itu saya "memburu cinta" seseorang yang akhirnya hari ini
menjadi insan teristimewa dalam hidup saya.
Saya pernah dedikasikan buatnya sebuah lagu bertajuk "Falsafah Cinta".
Hari ini, saya dengar semula lagu itu dan ingin berkongsi rasa yang
sama, buat dirinya yang kebetulan 11 tahun lebih muda, yang juga sedang
memburu cinta.
Cuma bezanya, dia memburu cinta Ar-Rafiqul A'la...
Selangkah kita mendekati-Nya, seribu langkah Dia mendekati kita.
InsyaAllah..
Falsafah Cinta - Art Fazil (klik untuk dengar lagu)
Cinta perlu berhati-hati
Cinta perlu menjaga diri
Cinta rindukan kepastian
Cinta bencikan kesangsian
Cinta perlukan kawan
Cinta itu janji setia
Cinta untuk selama-lama
Cinta suatu pengorbanan
Cinta suatu kepasrahan
Cinta perlukan teman
Insan oh insan
Hidup kerana cinta
Insan oh insan
Segala tercipta kerana cinta
Cinta punya harga diri
Cinta bersemangat murni
Cinta perlukan keikhlasan
Cinta suatu perjuangan
Cinta perlu berkasih sayang

Wednesday, November 27, 2013
Regim Firaun
Laporan berita:
Hubungan Mesir-Turki semakin tegang
KAHERAH 24 Nov. - Mesir mengusir Duta Turki ke negara ini semalam, manakala Ankara mengurangkan hubungan diplomatik dengan Kaherah, sekali gus memburukkan lagi hubungan kedua-dua negara selepas penggulingan bekas Presiden, Mohammed Mursi pada Julai lalu.
Hubungan tegang antara kedua-dua negara itu bertambah buruk selepas Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengkritik rampasan kuasa yang menggulingkan Mursi dan situasi tidak stabil di Mesir pada Khamis lalu.
"Saya tidak akan menghormati mana-mana pihak yang mentadbir menerusi rampasan kuasa," katanya.
Mesir mengusir Huseyin Avni Botsali sambil menyifatkan beliau sebagai 'individu yang tidak diingini', selain mengehadkan hubungan dengan Turki dan membuat keputusan untuk tidak menghantar duta ke Ankara.
Kementerian Luar Mesir menuduh Turki 'menyokong mana-mana pihak yang cuba mewujudkan ketidakstabilan di negara ini' yang jelas merujuk kepada pergerakan Ikhwanul Muslimin.
Kementerian itu juga menyatakan bahawa Ankara 'cuba mempengaruhi komuniti antarabangsa untuk menentang kepentingan penduduk Mesir'.
Sebagai balasan, Turki mengisytiharkan Duta Mesir ke Ankara, Abderahman Salah El-Din sebagai 'individu yang tidak diingini' dan memanggilnya untuk memberi penjelasan berhubung pengusiran Huseyin.
Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu mengkritik tindakan Mesir yang membocorkan keputusan pengusiran Huseiyin kepada media sebelum perbicangan dua hala diadakan sebagai 'sikap buruk yang tidak bersesuaian dalam konteks hubungan diplomatik'. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131125/lu_03/Hubungan-Mesir-Turki-semakin-tegang#ixzz2llKIp6PU
© Utusan Melayu (M) Bhd
................................................
alHatt:
Anda tentu dapat mengagak siapa pemilik jasad kaku dibawah ini..

| Ya, itulah Firaun. Allah merakamkan dalam Al-Quran; "Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami." Surah Yunus, ayat 92. Duta Turki telah diusir keluar dari Mesir hanya kerana tindakan Turki yang tidak memihak kepada Regim Firaun (dengan izin!). Melalui Surah Yunus, ayat 92 di atas, Allah SWT dengan jelas telah menerangkan tujuan jasad Firaun kekal hingga ke hari ini. Namun berapa kerat dari kita yang mengambil pelajaran darinya? Sesungguhnya Allah SWT tidak pernah menzalimi manusia. Manusialah yang menzalimi diri sendiri. Kini Rakyat Mesir telah dizalimi. Apa yang boleh saya katakan; Tindakan Regim Firaun keatas Turki itu merupakan tanda mereka berada dalam ketakutan dan keseorangan. Tekanan dari dalam dan luar telah meruntuhkan moral mereka.
InSyaAllah, itu juga tanda kebangkitan
Ikhwanul Muslimin!! Panjangkan doamu.. |
Wednesday, November 20, 2013
"Wake Up Call"
Sumber berita: Utusan Online.
Kunjungan OIC ke Rakhine dibantah
Sebahagian daripada sami Buddha, memegang sepanduk membantah kunjungan delegasi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke Myanmar bagi melihat sendiri nasib etnik Rohingya Islam akibat rusuhan agama di Yangon, semalam. - AP
YANGON 13 Nov. - Berpuluh-puluh sami Buddha mengadakan tunjuk perasan di luar lapangan terbang bagi membantah kehadiran delegasi daripada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang tiba di sini, hari ini bagi memantau keadaan berhubung rusuhan agama.
Setiausaha Agung OIC, Ekmeleddin Ihsanoglu dan beberapa pegawai lain yang mewakili pertubuhan 57 negara Islam itu, akan bertemu dengan pegawai tertinggi kerajaan Myanmar di Naypyitaw untuk membincangkan isu keganasan etnik yang melanda negara ini.
Lebih 240 orang terbunuh dan 240,000 lagi menjadi pelarian dalam rusuhan agama pada tahun lalu, dengan kebanyakan mangsa terbunuh merupakan etnik Rohingya Islam yang diburu oleh penduduk Buddha dan tidak dihalang oleh pihak keselamatan Myanmar.
Delegasi OIC terbabit yang diwakili pegawai dari Indonesia, Malaysia, Turki, Arab Saudi, Mesir, Djibouti dan Bangladesh, dijangka menerima bantahan besar-besaran pada Jumaat ini apabila berkunjung ke negeri Rakhine bagi melihat sendiri keadaan mangsa dan kem pelarian.
Pegawai Indonesia, Ark Hananto berkata, kerajaan Myanmar memberi jaminan akan mengenakan kawalan yang ketat terhadap kumpulan khas OIC sepanjang kunjungan di negara ini.
Ark berkata, selain mengutuk dan menyuarakan kebimbangan tentang nasib umat Islam di Myanmar, OIC juga akan bertemu secara langsung dengan mangsa konflik terbabit.
Jelasnya, pegawai delegasi akan mengadakan perbincangan dengan masyarakat dan pemimpin-pemimpin agama di kawasan itu.
"Tujuan OIC ke sini adalah untuk mencari jalan membina komunikasi antara kedua-dua pihak terlibat," katanya. - AP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131114/lu_06/Kunjungan-OIC-ke-Rakhine-dibantah#ixzz2l4Mhsar7
© Utusan Melayu (M) Bhd
Setiausaha Agung OIC menangis ketika kunjungi etnik Rohingya
Sebahagian etnik Rohingya berteduh di sebuah kem di Sittwe, Rakhine, Myanmar selepas rusuhan agama tercetus pada 15 Mei lalu. - AGENSI
YANGON 17 Nov. - Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Ekmeleddin Ihsanoglu mengakui dia menangis ketika melawat kem etnik Islam Rohingya di Sittwe, hari ini.
"Saya menangis apabila melihat keadaan kem yang daif, selain kebajikan penghuninya tidak diuruskan dengan baik," katanya.
Ekmeleddin dan delegasi OIC kini dalam lawatan empat hari ke Myanmar sejak Jumaat lalu atas jemputan Presiden, Thein Sein.
Delegasi itu kemudiannya mengadakan pertemuan dengan Thein Sein, di sini semalam.
Sementara itu, OIC menggesa Myanmar mengurangkan sekatan ke atas hak kebebasan asas selepas menilai hak asasi etnik Islam Rohingya dan penduduk Islam lain di negara ini akibat konflik agama yang berlaku sejak kebelakangan ini.
"OIC menggesa kerajaan untuk meneruskan reformasi undang-undang, termasuk memansuhkan undang-undang sekatan kebebasan asas," menurut Thein Sein yang dipetik oleh akhbar The New Light of Myanmar hari ini.
Konflik keganasan etnik dan agama di negeri Rakhine di barat Myanmar pada tahun lalu, menyaksikan sekurang-kurangnya 167 orang maut, terutamanya etnik Rohingya Islam.
Etnik minoriti itu berdepan dengan diskriminasi apabila kerajaan Myanmar tidak mengiktiraf kerakyatan mereka dan mendakwa golongan itu berasal dari Bangladesh.
OIC dalam pada itu berjanji untuk menghulurkan bantuan kepada Myanmar, namun menggesa agar negara ini menghentikan diskriminasi ke atas etnik minoriti dan agama yang tertakluk di bawah peruntukan hak asasi manusia. - AGENSI
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131118/lu_08/Setiausaha-Agung-OIC-menangis-ketika-kunjungi-etnik-Rohingya#ixzz2l4NgIa4d
© Utusan Melayu (M) Bhd
.........................................................
alHatt:
Tetamu Galeri Nurani yang budiman;
Terima kasih atas perhatian dan masa anda membaca laporan berita di atas. Mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat membuka mata kita ke atas apa yang telah dan sedang berlaku khususnya di Rakhine (negeri dalam jajahan Myanmar).
Galeri Nurani pernah sekali memaparkan pautan artikel tulisan Tun Dr. Mahathir dalam posting bertajuk "P.E.A.C.E." dengan mengajak kita sama-sama bermuhasabah serta memikirkan apa yang mampu kita lakukan untuk membantu etnik Rohingya.
Memetik kata-kata Tun dalam blognya yang bertajuk "THE ROHINGYAS" seperti berikut, (terjemahan bahasa melayu oleh pengendali blog Galeri Nurani);
8. The Muslims worldwide are weak. Naturally they have not raised meaningful objection against the atrocities. It is as if Muslims care only for themselves and not their brothers, yet Islam enjoined upon them the brotherhood of all Muslims.
8. Orang Islam seluruh dunia adalah lemah. Biasanya mereka tidak melakukan bantahan/penentangan yang sewajarnya keatas kezaliman yang berlaku. Mereka hanya pentingkan diri sendiri dan bukan kepada saudara mereka walaupun agama Islam menekankan bahawa Islam itu bersaudara.
9. Since the Muslims care not for each other or for Islam, anybody can beat any Muslim to death in full view of the other Muslims. I feel sorry for the Rohingyas. It is their turn today. We Muslim in Malaysia think this will not happen to us. So why should we care about what happens to the Rohingyas. It is their problem, not ours.
9. Memandangkan orang Islam tidak mengambil berat tentang orang lain atau Islam, sesiapa sahaja boleh membunuh orang Islam yang lain sebab itu bukan diri mereka. Saya kasihan kepada orang Rohingya. Kini tiba giliran mereka. Orang Islam di Malaysia fikir ia tidak akan berlaku keatas diri mereka. Jadi kenapa kita mesti ambil peduli atas apa yang berlaku kepada etnik Rohingya?
Itu masalah mereka, bukan kita.
Pendapat saya pada kenyataan diatas adalah seperti berikut:
Pertama, Tun menulis sebagai teguran/sindiran kepada Kerajaan Malaysia (memang "style" Tun macam tu) agar masuk campur atas isu Rohingya. Barangkali itu antara sebab mengapa akhirnya OIC menghantar delegasi termasuk dari Malaysia ke Myanmar untuk memantau keadaan etnik Rohingya.
Kedua, tulisan itu juga ditujukan buat umat Islam di Malaysia agar mengambil berat dan mengambil tauladan agar perkara seumpama tidak berlaku di Malaysia.
Sejujurnya kita di Malaysia hidup dalam keadaan aman dan harmoni (masih terkawal) sehingga kebanyakan dari kita tidak peduli apalagi bermuhasabah tentang apa yang berlaku di tempat lain termasuklah di Myanmar, Palestin, Syria, Mesir dan banyak lagi.
Termasuklah juga "pembersihan etnik Islam" yang berlaku dibanyak Negara di mana orang Islam adalah golongan minoriti.
Apa yang kita sibukkan adalah berpolitik; tuduh-menuduh, fitnah-memfitnah dan bermusuhan antara sesama Islam. Juga berlebihan dalam berhibur dan melibur, melawak, gosip artis dan bermacam-macam sibuk yang dicipta sendiri.
Kita tidak ambil peduli kesan yang bakal dihadapi dimasa hadapan atas kelalaian diri kita sendiri.
Apa yang berlaku di Negara-Negara bergolak seluruh dunia sekarang ni tidak mustahil akan berlaku di Malaysia.
Dengan cara hidup dan tabiat kita ketika ini, mampukah kita menangkis segala ancaman yang akan merosakkan Islam dan Negara?
Ketika ini banyak isu yang menggugat kepentingan Islam dan umat Islam di Malaysia yang dibangkitkan musuh Islam. Dan kita masih lagi mampu bertelagah, yang berseronok terus leka melayan nafsu sendiri, yang lena tidur terus berdengkur.
Kita tidak sanggup untuk bersatu sebagaimana kita sanggup berpecah-belah hatta kafir-mengkafir.
Ayuh, bangkit segara! Jangan tidur sambil dibuai mimpi palsu yang bakal menjerut leher serta tengkok kita. Sedarlah, kita sedang berada dalam kecemasan iman dan amal tahap kronik!!
Jika kita berbangga bergelar umat Islam, maka bersedialah berkorban untuk melenyapkan sifat pentingkan diri sendiri. Fikirlah kemaslahatan ummah.
Biarlah kiranya segala nikmat yang kita nikmati kini merupakan pemberian yang diredhai Allah. Bukannya Istidraj.
Jika kita rasa gembira dan selesa dengan kehidupan kita kini, orang lain juga berhak merasai perasaan yang sama.
Jika kita rasa seronok melakukan amal ibadat, bersolat, berjemaah di masjid, membaca Al-Quran dan berpuasa, orang lain juga berhak merasai perasaan yang sama!
Maka menjadi tanggungjawab kita membantu mereka dengan cara dakwah dan berkasih-sayang serta mendoakan agar mereka juga akhirnya merasai nikmat yang sama!
Bukan menggalakkan permusuhan!!
Inilah yang dilakukan oleh para Nabi dan Rasul.
Mereka mengajak kepada kebaikan, mencegah kemungkaran.
Mereka tidak pentingkan diri sendiri.
Mereka menyahut seruan Ilahi.
Jadi mampukah kita menyahut seruan yang sama??
Ayuh, bangkit segera!!
alHatt
20 Nov 2013.
Monday, November 18, 2013
Taman Syurga- Kuliah Maghrib~16 Nov 2013
Nota Kuliah Maghrib~16 Nov 2013.
Masjid Tmn. Sri Pulai Perdana, JB.
Tafsir Al-Quran: Surah Ali Imran, Ayat 15.
1- Sebagaimana kita suka orang lain membaca buku, rencana, blog atau apa saja hasil dari penulisan kita, maka lebih lagi Allah menyukai akan hambaNya membaca dan memahami isi kandungan Al-Quran.
2- Maksud ayat 15, Surah Ali Imran:
Katakanlah: "Inginkah aku kabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?" Untuk orang-orang yang bertakwa (kepada Allah), pada sisi Tuhan mereka ada syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya. Dan (mereka dikurnia) isteri-isteri yang disucikan serta keridaan Allah: Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.
3- Takwa bermaksud mengerjakan segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala laranganNya.
4- Pada zaman Arab Jahiliyah, mereka tidak beriman kepada Allah SWT kerana mereka berpendapat bahawa merekalah yang lebih baik dari orang Islam (yang kebanyakannya terdiri dari golongan hamba dan fakir miskin). Dengan itu mereka menyangka Allah lebih menyayangi mereka berdasarkan status kedudukan mereka pada waktu itu.
5- Masyarakat Arab Jahiliyah percaya bahawa Allah yang menciptakan mereka dan alam semesta.
Namun cara mereka beriman ialah dengan mensyirikkan Allah.
6- Jika kita lihat dalam senario masa kini, ramai umat Islam sendiri merasakan bahawa Allah SWT menyayangi mereka dengan segala kurniaan dan kekayaan berbanding dengan apa yang dilalui oleh golongan miskin atau mereka yang ditimpa kesusahan.
Hakikatnya Allah hendak menguji mereka dengan ujian kesenangan hingga tiba ke satu tempoh tertentu agar mereka terus leka dan lalai.
7- Umat Islam kini dilanda krisis identiti bilamana mengaku sebagai umat islam tetapi sukar untuk mentaati perintah Allah. Contoh mudah ialah seruan mengerjakan Solat.
Tidak ramai yang mengerjakan solat secara berjemaah di Masjid walhal ganjarannya sangat lumayan iaitu memperoleh 27 kali ganda pahala berbanding solat bersendirian.
Analogi mudah: Anda mengerjakan solat isyak dirumah seorang diri sebanyak 27 kali (bersamaan 108 rakaat). Mampukah anda mengerjakannya? Berapa tempoh masa yang diperlukan untuk melengkapkan solat sebanyak 27 kali itu?
Maha Pengasihnya Allah itu diberikan kemudahan tetapi sedikit sahaja yang merebutnya.
8- Kenapa Allah tak menghancurkan kezaliman dan penindasan yang berlaku diseluruh dunia?
Ini kerana Allah ada perancangan tersendiri dengan membiarkan golongan zalim itu dalam kesesatan. Dengan maksud Allah mengizinkan sesuatu itu berlaku bukan dengan keredhaan Allah.
Inilah yang dinamakan Istidraj.
Wallahu a'lam.

Taman Syurga- Kuliah Subuh (16 Nov 2013)
Nota Kuliah Subuh~ 16 Nov 2013.
Masjid Tmn. Sri Pulai Perdana, JB.
Topik Kuliah Subuh masih berkisar tentang sambutan tahun baru 1435H.
1- Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjadikan Maal Hijrah dan bulan-bulan Islam sentiasa diceritakan dan diingatkan terutama kepada ahli keluarga. Mudah-mudahan kefahaman terhadap bulan-bulan Islam itu lebih menonjol berbanding bulan-bulan masehi.
2- Maal Hijrah bermaksud menghayati peristiwa hijrah Baginda Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah.
Zaman Jahiliyah bukan bermaksud orang Arab ketika itu jahil dalam setiap urusan kehidupan.
Mereka sebenarnya maju dalam segala hal. Jahil disini bermaksud kekufuran mereka terhadap Allah SWT.
3- Penetapan tahun Islam diputuskan pada zaman pemerintahan Khalifah Sayyidina Umar Al-Khattab.
Ini bagi memudahkan umat Islam mengetahui dan menjejak tahun berlakunya peristiwa penting dalam sejarah Islam.
Memandangkan Hijrah Rasulullah SAW itu satu titik tolak kebangkitan Islam, maka ianya telah dijadikan permulaan bagi tahun dalam kalender Islam.
4- Allah mengutus Rasulullah SAW, untuk mengajak manusia kembali kepada fitrah iaitu untuk menyembah Allah. Arab Quraish percaya akan kewujudan Allah tetapi mereka masih tetap menyembah berhala.
Selama 13 tahun Rasulullah SAW bersama pengikutnya dihalang untuk berdakwah dan hidup dalam keadaan terseksa. Kemuncaknya komplot untuk membunuh Rasulullah SAW yang akhirnya diperintahkan Allah untuk berhijrah ke Madinah.
5- Mengambil iktibar penghijrahan Rasulullah SAW, kita pada hari ini melalui cabaran kehidupan yang berbeza. Umat kini perlu meningkatkan kefahaman tentang Islam melalui sumbernya iaitu Al-Quran dan Hadis.
6- Tanggungjawab umat Islam terhadap Al-Quran ada 5:
Pertama: Beriman bahawa Al-Quran adalah wahyu yang benar.
Kedua: Baca Al-Quran dan jadikan ia budaya dalam diri sendiri dan keluarga.
Ketiga: Berusaha untuk fahamkan maksud dan tafsirannya.
Keempat: Beramal dengannya.
Kelima: Menyampaikan/sebarkan isi kandungan Al-Quran.
7- Tumbuhnya amalan ajaran-ajaran sesat adalah disebabkan pengamalan agama yang tidak bersumberkan Al-Quran dan Hadis. Adalah menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk menyelidik dan mengkaji sesuatu perkara baru yang ditimbulkan kumpulan-kumpulan tertentu agar tidak terjebak dalam kumpulan ajaran sesat termasuklah Syiah.
8- Amal Makruf Nahi Mungkar- hendaklah dimulakan dari dalam rumah iaitu dalam lingkungan keluarga sendiri. Contohnya ajakan untuk bersolat, menutup aurat yang betul dan juga pembentukan akhlak mulia.
9- Jasa dan pengorbanan Rasulullah SAW dan para Sahabat tidak boleh dipersiakan.
Kita menikmati nikmat beragama Islam atas pengorbanan mereka. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kita untuk sampai dan sebarkan Islam.
Mulakan Hijrah kita dengan menyampaikan dan menyebarkan seruan Allah.
Wallahu a'lam.
alHatt.
Subscribe to:
Posts (Atom)