Wednesday, October 23, 2013
M.O.N.A.
Jenazah diusung keperkuburan selepas solat.
Pemandangan biasa di MasjidilHaram.
Gambar Umrah- Jun 2012
.............................................
Kematian itu pasti.
Bukan hanya untuk si mati.
Tapi untuk kita yang masih hidup.
Kita akan pergi jua, akhirnya..
Jarang kita bertanya "Bila, dimana dan bagaimana.. Apakah destinasi terakhir ku?"
Dalam kesedihan dan kesayuan, beruntung benar orang yang berpeluang menziarahi jenazah disemadikan.
Ketika itulah kita dapat merasai apa makna kematian.
Alhamdulillah, Allah mengizinkan saya dan keluarga dan ramai lagi hambaNya untuk menziarahi jenazah sepupu isteri saya yang telah diuji dengan penyakit kronik; kanser usus (Tahap 4).
Mengimbau keadaannya sejak setahun yang lalu, tiada siapapun meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat Intan Ralina Bt. Mohamed Ali (panggilan manja: Mona) kembali pulih seperti sediakala.
Akhirnya dia pergi meninggalkan dunia dan isinya pada Isnin, 21 Oktober 2013; genap 3 bulan selepas pemergian ayahnya ke Rahmatullah.
Usianya mencecah 27 tahun pada 29 Oktober ini.
Semoga Allah merahmati dan memberkati Roh beliau.
Sehingga dihujung nyawanya, dalam keadaan tidak bermaya, Mona masih sempat memohon maaf kepada yang hadir menziarahi beliau ketika sakit; "Maaf kerana menyusahkan semua orang.."
Kini suara itu tidak kedengaran lagi.
Yang tinggal adalah tanda kekuasaanNya.
Firman Allah dalam Surah Al-Ghaafir:
67: Dia lah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari air benih, kemudian dari sebuku darah beku; kemudian Ia mengeluarkan kamu berupa anak kecil; kemudian kamu dipelihara sampai keperingkat dewasa; kemudian kamu sampai menjadi tua.
Dan ada diantara kamu yang dimatikan sebelum itu. Supaya kamu sampai ke masa yang ditentukan; dan supaya kamu memahami kekuasaan Tuhan.
68: Dia lah yang menghidupkan dan mematikan; oleh itu apabila Ia menetapkan sesuatu perkara, maka Ia hanya berfirman: Jadilah engkau! lalu menjadilah ia.
Mungkin sudah terlewat untuk di "pos" di blog ini, tapi inilah rasa hati yang sempat dinukilkan sejurus menziarahi Allahyarhamah sehari sebelum beliau meninggal dunia.
M.O.N.A.
Menghadapi Sakaratulmaut
Bukanlah pilihannya
Tapi ketentuan
Dia kini sedang bertarung
Merelakan dalam keterpaksaan
Tiada siapapun sedar
Suasana sunyi dalam jasad terbujur itu sebenarnya medan pertarungan
Antara dirinya dan Izrail
Tiada pilihan lain
Kematian adalah penamatnya
Hanya masa akan menentukan
Di alam nyata
Mereka semua kesedihan
Sambil mengalunkan ayat-ayat suci
Ada yang cuba memberi kata-kata semangat
Tak kira dia mengerti atau sebaliknya
Juga membantu menyuap makan, memberi ubat
Sedaya upaya diri sendiri dan juga dirinya
Ramai yang berbicara sendiri
Berkata dengan hati
Memohon ampun jika ada berbuat dosa
Yang tersembunyi dan yang nyata
Dengan harapan ia didengari dan diampunkan
Mana tahu ini pertemuan terakhir..
Pertarungan itu
Semakin memuncak
Bila tiba saatnya
Tidak kurang dan tidak lebih
Nyawa akan dicabut dari jasad
Yang sedia terbujur dalam pembaringan
Bisikanlah;
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah..
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah..
Semoga dipermudahkan dan memperoleh rahmat..
alHatt
Jln. Sahabat,
Kg Melayu.
20 Okt 2013
Saturday, October 19, 2013
Taman Syurga
Taman Syurga di Masjidil Haram.
Walaupun bahasanya tak kufahami, namun auranya amat membara.
Gambar Umrah- Jun 2012.
............................................
Alhamdulillah.
Selesai sudah solat jemaah Maghrib,
Masjid Al-Falah, Serom 3.
Biasanya kaki ini segera melangkah keluar.
Ada saja alasan urusan lain walhal sudah tahu setiap hari ada kuliah.
Sedar akan ceteknya ilmu agama namun "nama" nak mencarinya jauh sekali.
Alasan lagi; dah selalu dengar di radio dan kaca TV..
Teringat hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Apabila kamu melalui (bertemu) dengan taman-taman syurga (di atas muka bumi ini), maka hendaklah kamu berhenti untuk menikmati (hasilnya). Lalu Sahabat pun bertanya: Apakah dia taman-taman Syurga tersebut? Rasulullah berkata: Majlis-majlis ilmu". (riwayat at-Tirmidzi).
Alhamdulillah, taufik dan hidayah yang dipohon barangkali Allah tunaikan dengan niat untuk beriktikaf selepas Maghrib.
Dan ganjarannya amat lumayan: TAMAN SYURGA.
Seperti biasa, hampir semua hadirin terdiri dari warga emas.
Yang menariknya bangun seorang tua menggagahkan diri.
Lewat 70-an agaknya.
Berkopiah, berbaju melayu, berkain pelekat; yang sebelumnya hanya mampu duduk untuk menunaikan solat.
Melangkah perlahan, setapak demi setapak menuju meja penceramah.
MasyaAllah, Ustaz rupanya.
Malam ni giliran beliau menyampaikan Kuliah Maghrib.
Topiknya bukan calang-calang; Akidah.
Berbekalkan sebuah buku nota, dimulakan Majlis Ilmu itu dengan Ummul Kitab.
Mengucap syukur kehadrat Ilahi, Selawat dan Salam keatas junjungan mulia.
Jika tak kerana melihatnya didepan mata, pasti kusangka Ustaz ini masih muda.
Lantunan suaranya tak menggambarkan fizikal sebenar beliau.
Allahuakbar..
Ustaz memulakan bicara:
"Kalaulah kita benar-benar beriman kepada Allah, maka kita tidak akan terjerumus kelembah kebinasaan. Iaitu dengan membuat maksiat dan dosa dengan melanggar pantang larang Allah."
"Pelajari ilmu Tauhid dalam menuju kesempurnaan Iman.
Percaya akan kewujudan Allah dengan sebenar-benarnya.
Bukan sekadar merasa diri hamba ketika berada di Masjid atau ketika mengerjakan Haji mahupun Umrah. Tetapi dimana jua kita berada, setiap masa."
"Niat mesti jelas dan betul.
Kerana itu adalah akar kepada amal yang membawa kepada Iman dan Taqwa.
Jika niat disertakan dengan riak dan takbur, maka kau telah mengkhianati dirimu sendiri.
Kerana Allah SWT Maha Mengetahui segala isi hatimu dan akan dibalas setimpal."
"Yakinlah adanya Allah dan juga kekuasaaNya!
Berusahalah dan jangan berserah diri sahaja.
Jika kau jahil, belajarlah. Jika kau kafir, carilah cahaya keimanan.
Carilah jalan memahami hakikat Hari Pembalasan.
Bagaimana menuju ke Syurga dan kenapa dicampakkan ke Neraka.
Yakinlah adanya Hari Akhirat.
Hidup ini mencari bekalan reda menuju akhirat."
"Umat kini tipis imannya. Tidak kukuh.
Masih tidak yakin bahawa Allah Maha Melihat, Maha Mengetahui.
Diakui lafaz dua kalimah, namun hatinya masih diulit dosa dan maksiat.
Orang beriman bukan begitu sifatnya.
Bila diuji, hanya Allah dihati mereka.
Tidak perlu sumpah seranah, mengadu domba.
Senantiasa mencari jalan perdamaian antara dirinya dan Tuhan.
Segera memohon ampun dan reda Allah."
Ustaz menutup bicara:
"Ayuh tanya diri sendiri; Di mana kita disisi Allah? Berimankah kita? Iman yang bagaimana?"
MasyaAllah, hebatnya ilmu Allah yang dimiliki seorang tua yang kusangka biasa-biasa sahaja.
Semoga Allah merahmati dan memberkati beliau.
alHatt
18 Okt 2013
* Banyak hadis dan kisah sahabat yang disampaikan Ustaz. Coretan di atas hanyalah sebahagian inti pati penting kuliah beliau.
Thursday, October 17, 2013
Jauh Itu Dekat
Jauh Itu Dekat
Kita berkongsi bulan yang sama
Amati betul-betul
Sama bukan?
Ada bintang berkilauan
Ada awan berarak berserakan
Lihat di atas sana!
Jauh itu dekat sebenarnya..
alHatt
17 Okt 2013
Friday, October 11, 2013
Checklist Jumaat
Pemandangan selepas Jumaat di Masjid Nabawi- Umrah Jun 2012.
Assalamualaikum.
Selamat merebut keberkatan & barakah sebanyak mungkin hari ini; Jumaat.
Jumaat; penghulu segala hari, bukanlah hari biasa-biasa.
Bagi orang kebanyakan, rutin hari Jumaat tak banyak beza dengan hari-hari sebelumnya (kecuali Sabtu & Ahad- Hari cuti!).
Tapi ramai juga yang dapat memanfaatkan rutin yang sedia ada sibuk ni untuk mendapat "extra point" dari Allah. Alhamdulillah.
Istimewanya hari ini Allah khususkan satu surah didalam Al-Quran; Al-Jumu'ah, sebagai peringatan dan galakan buat manusia.
Maksud ayat ke-9 yang biasa kita dengar:
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu) yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
Sebenarnya banyak lagi amalan yang digalakkan seperti di ajar Rasulullah SAW untuk kita buat pada hari Jumaat. Antaranya;
✔ Memperbanyakkan selawat ke atas Junjungan Mulia Rasulullah S.A.W.
Sabda Rasulullah S.A.W: “Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat ke atas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” - Hadith Riwayat Abu Dawud.
✔ Membaca Surah Al-Kahfi.
Sabda Rasulullah S.A.W: “Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat akan diberikan cahaya baginya di antara dua Jumaat.” - Hadith Riwayat An-Nasa’ie, Al-Baihaqi dan Al-Hakim.
✔ Mandi sunat hari jumaat bagi mereka yang akan menunaikan solat jumaat.
Sabda Rasulullah S.A.W: “Disunnahkan mandi pada hari Jumaat.” - Hadith Riwayat Bukhari.
✔ Memperbanyakkan berdoa sepanjang hari jumaat.
Sabda Rasulullah S.A.W: “Pada hari (Jumaat) itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba (mu'min) apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” - Hadith Riwayat At-Tirmidzi.
✔ Memperbanyakkan membaca Al-Quran.
✔ Memperbanyakkan sedekah.
Sabda Rasulullah S.A.W: “Sedekah pada hari Jumaat dibandingkan dengan sedekah pada enam hari lainnya laksana sedekah pada bulan Ramadhan dibanding bulan-bulan lainnya.” Hadith daripada Ka'ab R.A menjelaskan: “Dan sedekah pada hari itu lebih mulia dibandingkan dengan hari-hari selainnya.” - Mauquf Sahih.
Sejujurnya, taklah susah sangat.
Kalau betulpun Jumaat adalah hari paling sibuk bekerja dalam seminggu (sebab banyak kerja tak siap!), kita masih mampu buat apa yang patut dibuat seperti checklist di atas.
Tanya diri, soal iman. Anda mampu mengubahnya..
Semoga kita memperoleh keberkatan dan keampunan dari Allah.
Wassalam,
alHatt.
Tuesday, October 8, 2013
Mesir..Kau Takkan Faham Apa Yang Aku Tak Faham!
Berita utama Utusan Malaysia 8 Okt 2013: Pertumpahan darah di Mesir
Sebahagian pengikut Ikhwanul Muslimin, membantu mengangkat rakan mereka yang cedera akibat pertempuran dengan anggota pasukan keselamatan di Kaherah, Mesir, kelmarin. - AFP
Mesir..Kau Takkan Faham Apa Yang Aku Tak Faham!
Mesir
Sangat murah harga darahmu
Hanya dengan keluar berhimpun
Kau mampu syahid
Syahid?
Mudah-mudahan kau dikalungkan dengannya..
Mesir
Adakah yang keluar berhimpun dan dibunuh itu mengejar syahid sama seperti para Sahabat memburu syahid dahulu?
Adakah mereka tahu mereka akan mati di medan itu?
Adakah mereka benar-benar merindui untuk bertemu Penciptanya?
Atau adakah mereka hanya menjadi mangsa keadaan??
Mudah-mudahan darjatmu diangkat disisi Tuhan..
Mesir
Sudah beribu-ribu terkorban
Berapa ramai lagi yang akan dikorbankan?
Tahukah kau, berjuta sedang sengsara meniti hidup kerana terkorbannya beribu-ribu orang itu?
Sedarkah kau, akhirnya mereka juga akan terkorban
tanpa sempat keluar berhimpun dan terbunuh seperti beribu-ribu orang itu?
Apa yang kau mahu?
Mesir
Kau tempat lahirnya Liga Arab
Liga apa itu?
Bolasepak?
Snuker se-Arab?
Atau Liga Jahanam-menjahanam?
Tahukah engkau apa tujuanmu?
The League's main goal is to "draw closer the relations between member States and co-ordinate collaboration between them, to safeguard their independence and sovereignty, and to consider in a general way the affairs and interests of the Arab countries".
Sangat murni!!
Jadi kenapa darahmu ditumpahkan begini??
Di mana pendukung-pendukung Liga itu?
Bersembunyi dibalik telunjuk Amerika?
Penubuhan bukan kerana Tuhan tetapi ketamakan??
Mesir
Jika kuasa yang kau tamakkan,
Ketahuilah, kau telah mewarisi tabiat buruk datuk nenekmu,
FIRAUN!!
Lupakah kau bagaimana Allah menamatkan riwayat si Firaun?
Dia telah ditenggelamkan laut yang menyelamatkan Nabi Musa A.S.
Adakah kau menunggu Laut Merah itu kembali terbelah dan menelanmu??
Tidak mungkin!
Sekali-kali tidak!
Mesir
Murahnya hati Arab Saudi, UAE dan Kuwait terhadapmu!
Al-Sisi dijulang
Berbilion Dollar didermakan kepada regim Tentera
Atas dasar apa?
Liga Arab atau Liga Jahanam-menjahanam?
Takutkan kebangkitan Islam?
Bukankah Arab Saudi penjaga dua Tanah Suci??
Atau takutkan kepentingan Israel dan Amerika terjejas??
Apa kepentingan mereka terhadapmu??
Mesir
Pedulikah kau terhadap Gaza?
Siapa mereka dihatimu?
Bukan dari kalangan saudaramu sendiri?
Kenapa perlu diletup terowong dan ditutup pintu Rafah??
Kau rela didakwa sebagai pembunuh senyap??
Sedarkah kau Gaza akan lenyap??
Mesir
Jangan harapkan lagi simpati dunia
Kau telah memperolehinya lebih dari apa yang kau perlukan!
Usah pertaruhkan darah rakyat marhaen itu lagi!
Bangkitkan Ikatan Persaudaraan Islam
Dari dalam
Bukankah itu lebih baik?
Hilang sudahkah segala wasiat As-Syahid Hassan Al-Banna?
Mesir
Jangan kau cabar Allah Maha Pentadbir
Hanya satu jeritan akan lenyaplah seluruh isi bumi
dan kau akan dibangkitkan kembali
Itu janji Tuhan
Jangan kau tanya dan menunggu-nunggu kedatangan hari itu
Ketahuilah, jeritan suara itu hanya sekali dan tak akan berulang lagi!!!
alHatt
8 Okt 2013
Monday, October 7, 2013
Berita Kepada Kawan
Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
Sayang, engkau tak duduk di sampingku kawan
Banyak cerita yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering berbatuan
Tubuh ku terguncang di hempas batu jalanan
Hati tergetar menampak kering rerumputan
Perjalan ini pun seperti jadi saksi
Gembala kecil menangis sedih
Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika ia ku tanya "Mengapa?"
Bapak ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini
Sesampainya di laut ku khabarkan semuanya
Kepada karang, kepada ombak, kepada matahari
Tetapi semua diam, tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit
Barangkali di sana ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana
Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang
Artis: Ebiet G. Ade
Sayang, engkau tak duduk di sampingku kawan
Banyak cerita yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering berbatuan
Tubuh ku terguncang di hempas batu jalanan
Hati tergetar menampak kering rerumputan
Perjalan ini pun seperti jadi saksi
Gembala kecil menangis sedih
Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika ia ku tanya "Mengapa?"
Bapak ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini
Sesampainya di laut ku khabarkan semuanya
Kepada karang, kepada ombak, kepada matahari
Tetapi semua diam, tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit
Barangkali di sana ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana
Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang
Artis: Ebiet G. Ade
Rahmat KasihMu
SAUJANA - Rahmat KasihMu
Tiada apa tiadapun dapat aku dambakanMelainkan rahmat kasih-Mu Yang Maha Esa
Hanya kau saja yang mengetahui isi hatiku
Aku insan lemah tiada daya melainkan-Mu jua
Akulah hamba yang sering lupa akan kasih-Mu Ya IllahiAku mengembara merantau jauh
Mencari setitis rahmat-Mu Illahi
Hanya pada-Mu kuserahkan jiwa dan nurani
Ampunkan aku wahai tuhanku Yang Maha Pengasih
Terimalah taubatku menjadikan aku hamba-Mu yang soleh
Ya.. Illahi....
Saturday, October 5, 2013
Pohon Ketenangan
Pohon Ketenangan
Bertenanglah
Kawal emosimu
Tundukkan nafsumu
Dan berwuduklah
Dirikanlah solat
Nikmatilah hadiah teristimewa dari Tuhanmu dengan khusyuk
Bertakbirlah
Pujilah Tuhanmu selayaknya
Sebanyak-banyak mungkin
Kau akan rasai ketenangan
Dan berselawatlah
Kepada Kekasihmu junjungan tercinta
Yang berkorban segala yang dimilikinya
Demi umatnya
Demi kita!
Zahirkanlah hajatmu
Ceritakanlah segalanya
Panjatkan doa seikhlas hati
Pohonlah istiqamah
untuk setiap amalan solehmu
Pohonlah keredhaan
Pada setiap langkah perjalananmu
Pohonlah keampunan
Atas setiap detik yang kau lalui sepanjang hidupmu
Pohonlah agar kau tak terkeliru
Dalam menuju jalan yang satu
Pohonlah perlindungan atas kejahatan dirimu sendiri
Pohonlah agar kau dikurniakan nikmat ketenangan
Bertenanglah..
alHatt
5 Okt 2013
Friday, October 4, 2013
Radiasi 1400..
Assalamualaikum,
Selamat menikmati Jumaat yang penuh barakah.
Ada yang bertanya kenapa tiba-tiba Blog Galeri Nurani "bernyawa semula" selepas sekian lama menyepi terutama sejak Julai 2010.
Ada beberapa sebab musabab yang menyebabkan Galeri Nurani tersembab.
Yang utama sekali kerana komitmen yang tersangatlah banyak antara Ogos 2010 hingga Ogos 2012. Dua tahun yang sangat memenatkan dan penuh ranjau sepanjang hidup di muka bumi.
Keinginan untuk menulis hampir-hampir tiada hinggalah saya "memulakan hidup baru" selepas tarikh itu.
Hanya pada Jun 2013 saya mula keluarkan posting terbaru, cuba memotivasikan diri sendiri.
Tapi masih juga tak termotivasi!
Hinggalah tanggal 11 Sep 2013, kebetulan bersamaan tarikh ulangtahun runtuhnya keegoan Amerika menyembah bumi, saya kembali bersemangat untuk menulis.
Ideapun (entah apa-apa) tiba mencurah-curah. Dah tak tertahan-tahan lagi.
Dan kini Galeri Nurani kembali.
InsyaAllah akan cuba diteruskan selagi mana dapat membawa manfaat kepada kepentingan ummah.
Kenapa 11 Sep 2013?
Kebetulan (hidayah datang lagi), saya dan isteri menghantar seorang saudara (bau-bau bacang) yang baru kami kenali 3 hari sebelum itu, ke perhentian Melaka Central.
Dia menumpang rumah kami atas satu tugasan dakwah.
Sebelum pulang, saya dan isteri sempat ronda-ronda dalam Melaka Central dan masuk ke satu kedai buku/music Muslim. Mencari-cari sesuatu dan secara tak semena-mena saya "terserempak" dengan CD Al-Farbiband.
Saya pernah sekali melihat persembahan band ni di TV beberapa tahun lalu dan agak impressed dengan kebolehan mereka.
Saya berkata kepada isteri; saya nak beli CD ni.
Selepas dua tiga kali ulang dengar, saya semakin "menjiwai" music dan mesej yang band ni bawa.
Cukup bermakna.
Tajuk album pun unik; "RADIASI 1400".
Saya dah terkena kesannya..
Radiasi 1400..
Seruan itu telah lama memanggilmu
Lebih seribu empat ratus tahun yang lalu
Di bumi yang tandus dari suara qudus
Melalui lidah sayyidul mursalin
Suara itu masih terdengar lagi di waktu ini
Melalui lidah generasi perjuangan kini
Apakah kamu tidak dengar ?
Untuk menyiram bumi yang tandus
Untuk mengekang nafsu yang rakus
Untuk melembut hati yang keras
Untuk membersih penzalim dan pemeras
Untuk membasmi pemandi darah
Untuk menahan arak yang tumpah
Untuk memberhentikan pejudian memusnah
Agar tuhan dibesarkan agar tuhan disembah
Agar bumi tuhan putih bersih dari noda dan darah
Ayuh sambutlah seruan ini jangan tunggu-tunggu lagi
Jangan biarkan masa berlalu berlalu percuma
Seruan itu memanggilmu
Seruan itu seruan jihad..
Artis: Al-Farabiband
Dah tahu apa sebabnya?
Jumpa lagi..
Selamat menikmati Jumaat yang penuh barakah.
Ada yang bertanya kenapa tiba-tiba Blog Galeri Nurani "bernyawa semula" selepas sekian lama menyepi terutama sejak Julai 2010.
Ada beberapa sebab musabab yang menyebabkan Galeri Nurani tersembab.
Yang utama sekali kerana komitmen yang tersangatlah banyak antara Ogos 2010 hingga Ogos 2012. Dua tahun yang sangat memenatkan dan penuh ranjau sepanjang hidup di muka bumi.
Keinginan untuk menulis hampir-hampir tiada hinggalah saya "memulakan hidup baru" selepas tarikh itu.
Hanya pada Jun 2013 saya mula keluarkan posting terbaru, cuba memotivasikan diri sendiri.
Tapi masih juga tak termotivasi!
Hinggalah tanggal 11 Sep 2013, kebetulan bersamaan tarikh ulangtahun runtuhnya keegoan Amerika menyembah bumi, saya kembali bersemangat untuk menulis.
Ideapun (entah apa-apa) tiba mencurah-curah. Dah tak tertahan-tahan lagi.
Dan kini Galeri Nurani kembali.
InsyaAllah akan cuba diteruskan selagi mana dapat membawa manfaat kepada kepentingan ummah.
Kenapa 11 Sep 2013?
Kebetulan (hidayah datang lagi), saya dan isteri menghantar seorang saudara (bau-bau bacang) yang baru kami kenali 3 hari sebelum itu, ke perhentian Melaka Central.
Dia menumpang rumah kami atas satu tugasan dakwah.
Sebelum pulang, saya dan isteri sempat ronda-ronda dalam Melaka Central dan masuk ke satu kedai buku/music Muslim. Mencari-cari sesuatu dan secara tak semena-mena saya "terserempak" dengan CD Al-Farbiband.
Saya pernah sekali melihat persembahan band ni di TV beberapa tahun lalu dan agak impressed dengan kebolehan mereka.
Saya berkata kepada isteri; saya nak beli CD ni.
Selepas dua tiga kali ulang dengar, saya semakin "menjiwai" music dan mesej yang band ni bawa.
Cukup bermakna.
Tajuk album pun unik; "RADIASI 1400".
Saya dah terkena kesannya..
Radiasi 1400..
Seruan itu telah lama memanggilmu
Lebih seribu empat ratus tahun yang lalu
Di bumi yang tandus dari suara qudus
Melalui lidah sayyidul mursalin
Suara itu masih terdengar lagi di waktu ini
Melalui lidah generasi perjuangan kini
Apakah kamu tidak dengar ?
Untuk menyiram bumi yang tandus
Untuk mengekang nafsu yang rakus
Untuk melembut hati yang keras
Untuk membersih penzalim dan pemeras
Untuk membasmi pemandi darah
Untuk menahan arak yang tumpah
Untuk memberhentikan pejudian memusnah
Agar tuhan dibesarkan agar tuhan disembah
Agar bumi tuhan putih bersih dari noda dan darah
Ayuh sambutlah seruan ini jangan tunggu-tunggu lagi
Jangan biarkan masa berlalu berlalu percuma
Seruan itu memanggilmu
Seruan itu seruan jihad..
Artis: Al-Farabiband
Dah tahu apa sebabnya?
Jumpa lagi..
Thursday, October 3, 2013
Jangan Lupakan GAZA..
Jangan Lupakan GAZA..
Beginilah nasib Gaza
Manusia hari ini disisi Mesir, Syria
Ya, kita perlu tahu dan ambil tahu
Bersungguh mana yang mampu
Namun hakikatnya kini
Gaza dilupakan
Beginilah nasib Gaza
Kekalutan Negara-Negara itu
Langsung tak membantu
Malah membuatkan manusia alpa
Sebuah kuasa jahat sedang merampas Negara berdaulat
Gaza keseorangan
Beginilah nasib Gaza
Sedikit-demi sedikit wilayahmu dihapuskan
Hilang dari petanya sendiri
Tanpa disedari
Sedang manusia leka melayan sandiwara murahan
Yang dimainkan kuasa syaitan
Gaza kesepian
Beginilah nasib Gaza
Israel terus mengganas
Tanpa perlu bekerja keras
Hanya mengharapkan krisis di Mesir mahupun Syria berterusan
Mengaburi mata dunia
Gaza dianaktirikan
Beginilah nasib Gaza
Bantuan disekat
Sempadan Rafah ditutup rapat
Siapa yang sedar dan siapa pula yang peduli??
Gaza tersekat
Beginilah nasib Gaza
Anak-anak kecil yang mengharap sinar kebahagiaan
Yang mahukan perdamaian
Yang dambakan keamanan
Menuntut hak yang mereka sendiri tak pernah rasai
Kerana telah dirampas
Lama sebelum mereka lahir
Yang hanya diketahui dan dilihat dibalik tembok tinggi
Di sekeliling mereka
Yang sebenarnya adalah sebuah sangkar besar
Tebal dan kukuh
Setebal noda hitam tertanam dihati Zionis
Gaza dipenjarakan
Ayuhlah Saudaraku
Bantulah Saudaramu
Bebaskan GAZA..
alHatt
3 Okt 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)







