Semalam genap setahun Gaza diserang Pengganas Israel. Tak banyak publisiti dibuat di media massa berkenaan tragedi berdarah tersebut. Apapun saya amat bersyukur dan berbangga dengan sekumpulan rakyat negara ini yang ikhlas berusaha dalam memperingati tragedi tersebut, dengan harapan dapat meningkatkan kesedaran serta sokongan masyarakat disamping mengumpul dana untuk Gaza.
Hanya Allah yang dapat membalas segala jasa yang baik.. (lihat sini)
Monday, December 28, 2009
Sunday, December 27, 2009
Setiap Hujung Tahun..
Tahun 2009 hampir kepenghujungnya. Inilah saat terbaik untuk melihat kembali pencapaian kita sepanjang setahun yang lalu serta merangka strategi baru bagi menghadapi tahun 2010 yang bakal menjelma beberapa hari lagi. Apapun, bagi kebanyakan, itu dianggap sebagai "tradisi tahunan" setiap kali tibanya musim peralihan tahun; lihat, renung, muhasabah dan setkan target baru dll. Apa yang penting adalah perubahan; berusaha untuk berubah kearah kebaikan. Insyaallah..
Disebalik semua itu, banyak peristiwa mengejutkan berlaku tatkala tibanya hujung tahun. Bagi yang terlupa atau tidak perasan, 26 Disember setiap tahun telah ditetapkan sebagai Hari Kesedaran Bencana. Ini berikutan tragedi Tsunami yang melanda beberapa tahun lalu. Berita perdana malam tadi pula melaporkan berita kemalangan bas ekspress yang mengorbankan 10 orang penumpang malam semalam yang amat mengejutkan serta menyayat hati. Salam takziah buat keluarga mangsa. Berita yang sama juga melaporkan berlakunya gempa bumi di Filipina dan Indonesia. Manakala setahun yang lalu berlakunya serangan Pengganas Israel keatas Gaza yang membunuh beribu-ibu penduduknya. Ada banyak lagi peristiwa yang kini tinggal sejarah dan dilupakan.
Pastinya ini semua terjadi bukan untuk dibiarkan berlalu begitu saja. Sementara kita melangkah ke tahun baru, Allah "menyediakan tragedi-tragedi" yang disebutkan diatas (sekadar mengambil beberapa contoh)sebagai peringatan buat manusia untuk sentiasa berwaspada dan bersiap sedia. Alangkah baiknya jika kita dapat "mengambil berat" akan semua peringantan-peringatan tersebut sebagai persediaan memasuki tahun baru nanti? Janganlah hanya fikirkan keseronokan serta kemeriahan menyambut tahun baru sahaja. Ingatlah, dunia ini Allah yang punya..

Thursday, December 17, 2009
Salam Maal Hijrah 1431H
Tahun silih berganti. Kita kini diambang 1 Muharam 1431H. Tidak dinafikan umat Islam lebih “mengambil berat” akan kehadiran 1 Januari 2010 berbanding 1 Muharam 1431H. Maka tidak hairanlah jika umum lebih mengetahui akan adanya sambutan menjelang detik 12 malam setiap tahun berbanding dengan adanya sambutan perpisahan akhir tahun diikuti sambutan tahun baru di masjid-masjid dan surau.
Bagi yang masih tercari-cari dan merangka azam serta harapan untuk tahun baru, lakukanlah langkah pertama dengan berazam untuk menyambut kehadiran tahun baru 1431H ini di rumah Allah sebelum terbenamnya matahari petang ini.
Bukankah lebih bermakna jika kita dapat menunaikan azam baru kita seawal hari pertama lagi? InsyaAllah..

Tuesday, December 15, 2009
Akhir Tahun..
Melewati bulan terakhir 2009 mengingatkan saya ramalan pada akhir 2008 berkenaan tahun baru 2009. Ketika itu dijangkakan ekonomi negara akan jatuh meleset sepanjang 2009. Diberitakan juga tahun 2010 belum tentu ekonomi akan pulih. Diburukkan lagi dengan situasi politik dalam negara yang agak “huru hara”.
Saya bukan ahli ekonomi, pakar jauh sekali. Namun melihat perkembangan syarikat tempat saya bekerja (sektor automotif) bolehlah dikatakan amat memberangsangkan pada ketika diramalkan ekonomi negara akan jatuh merudum.
Memang ada sedikit penurunan pada awal tahun 2009, namun pertumbuhannya selepas itu juga amat rancak lebih-lebih lagi pada separuh kedua 2009. Jangkaan 2009 kerja “relax” sikit tu memang tak merasa la. Hehe.. Saya rasakan sektor-sektor lain pun begitu juga. Alhamdulillah, rezeki tu datangnya dari Allah.
Sebagaimana lazimnya, bulan terakhir setiap tahun pasti disambut dengan seribu satu ramalan & harapan prospek tahun baru yang akan datang. Kita bakal menyambut Awal Muharam 1431H pada 18 Disember ini dan disusuli dengan Tahun Baru 2010M. Semestinya kita mengharapkan kejayaan dan masa depan yang gemilang. Telah tiba masa untuk kita melihat dan menilai pencapaian kita yang lalu sambil memperbaiki segala kelemahan yang ada.
Orang kata; setiap kejayaan memerlukan pengorbanan; setiap pengorbanan memerlukan kesabaran. Dan jangan lupa, sabar itu sebahagian dari iman!
Friday, December 11, 2009
Pemenang Hadiah Keamanan Nobel 2009 ialah..
Kejayaan Barack Obama memenangi anugerah "Nobel Peace Prize" merupakan pengiktirafan terbesar kempen "peperangan memerangi keganasan" yang selama ini dijadikan modal serta alasan bagi menghalalkan aktiviti keganasan Pengganas-pengganas Antarabangsa. Ianya pasti membakar semangat serta keazaman mereka untuk terus mengganas..
Thursday, November 26, 2009
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1430H
Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha 1430H buat tetamu Galeri Nurani dan juga kepada saudara-saudara kita yang menjadi tetamu Allah S.W.T di tanah suci kali ini.
Peluang menyambut & meraikan hari yang mulia ini (juga dikenali sebagai Hari Raya Haji & Hari Raya Korban) haruslah digunakan sebaiknya dengan memperbanyakkan doa, bertakbir, solat serta menyembelih korban. Diharapkan ianya menjadi tanda bukti keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T, disamping memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S..

Tuesday, November 17, 2009
HUJAN
Semalam aku ke KL
Banyak yang aku lalui
Sepanjang perjalanan, pergi dan balik, hujan mencurah
Sesekali terasa bahayanya; jalan licin, penglihatan terbatas yang menggangu pemanduan
Konsentrasi jadi panduan, tawakal jadi pegangan
Hati terdetik, pasti akan ada kawasan yang ditenggelami air jika hujan berterusan begini
Pasti juga banyak kemalangan jalanraya yang akan berlaku jika pemandu tidak berhati-hati
Mungkin juga tekanan keatas jalanraya itu sendiri menghasilkan lubang-lubang kecil yang akan membesar seperti yang kelihatan di mana-mana
Kawasan-kawasan tadahan menjadi penuh dan melimpah ruah
Bukan parit dan longkang malah sungai-sungai besar juga sudah hilang parasnya
Hasil basuhan juga tidak kering nampaknya
Yang suka berkeliaran pasti hanya memerap dirumah
Menunggu hujan berhenti dan mengharapkan masa tak berubah
Diperjalanan,
Ramai yang berhenti berteduh sementara menunggu hujan reda
Ramai juga yang terperangkap dalam kesesakan jalanraya
Yang menunggu bas serta teksi mula tak keruan.
Melihat hari yang semakin kelam sementara matahari langsung tidak kelihatan.
Yang ada hanya air dan hujan.
Berterusan membasahi bumi yang kekeringan.
Setelah hujan berhenti lewat petang itu
Lalu-lalang mula dipenuhi manusia
Trafik mula lancar
Masing-masing tak sabar untuk tiba ke destinasi
Dan menghabiskan sisa-sisa hari
Dan hanya itu yang mampu kufikirkan
Tentang hujan yang diturunkan Tuhan
Aku lihat kesusahan
Aku nampak keresahan..itu sahaja..
Sebenarnya aku lupa akan nikmatnya,
Hujan..
al-Hatt
17 Nov 09

Thursday, November 12, 2009
"0"

Pada satu ketika
Ketika mendung berarak
Wajah serupa melintasi fikiranku
Seperti mencari sesuatu
Ke sana dan ke mari
Pergi dan pulang kembali
Ketika mendung berarak
Wajah serupa melintasi fikiranku
Seperti mencari sesuatu
Ke sana dan ke mari
Pergi dan pulang kembali
Di alam nyata
Mendung semakin menebal
Tanda-tandanya mula menggertak benakku
Sesekali pancarannya menerangi alam
Dan kulihat
Wajah itu mula yakin dengan langkahannya
Menuju ke arah yang di tuju
Riak-riak sendu kelihatan
Akhirnya bertemu
Cahaya di hadapan yang disangka hampir
Kejar dan terus mengejar
Makin kejauhan
Ditinggalkan

Wajah itu semakin lesu
Dia tahu arah yang dituju
Dia yakin dengan kewujudan Tuhan yang satu
Dia tahu
Tapi tak mampu mengejarnya
Dan terus bertanya
Mengapa dan mengapa
Namun jawapannya serupa..
Kosong.
Al-Hatt
25 Jan -08

Tuesday, November 10, 2009
Banjir..

Lama rasanya tak menulis blog. Macam-macam ada kat kepala ni, tapi bila tiba masa nak menulis, nak mulakan ayat pun payah!
Musim banjir telah tiba di sebelah utara dan pantai timur semenanjung. Melihat di kaca TV, saya yang tak pernah mengalami banjir besar (paras buku lali pernah la..) tak dapat membayangkan bagaimana keadaan sebenar mangsa banjir; bagaimana hidup di pusat pemindahan, mana nak uruskan anak-anak, keadaan ibu yang sarat mengandung, tak kurang juga yang baru lepas bersalin, orang tua, yang sedang sakit.. Itu belum lagi masuk bab kemusnahan harta benda, kehilangan nyawa dan lain-lain lagi. Kita yang terselamat dari menjadi mangsa banjir mungkin tak terfikir akan kesusahan yang mereka alami seperti yang saya sebutkan tadi. Hanya mereka yang melaluinya akan merasa kaperitan dan kepayahan ujian tersebut.
Bagi yang termampu bolehlah menghulurkan bantuan, tak kiralah dalam bentuk apa pun. Paling tidak, doakan mereka (mesti buat!).
Allah berfirman di dalam Al-Quran; "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." ( al-Baqarah: 45)Tentu ada hikmah yang besar bukan sahaja bagi mangsa banjir malah untuk mereka yang tak terlibat. Seharusnya kita menginsafi dan bermuhasabah bahawa ujian yang menimpa orang lain adalah juga peringatan buat diri kita sendiri..

Tuesday, October 20, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)