Friday, February 26, 2010

Maulidur Rasul 1431H

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1431H.


Apapun yang kita lakukan di hari keputeraan Baginda S.A.W ni; berkumpul ke, nak berarak sambil berselawat ke, bawa sepanduk ke, bawa keluarga dan anak-anak mendengar syarahan Sirah Nabi ke, anjurkan majlis penyampaian anugerah bersempena mengambil contoh keperibadian mulia Baginda ataupun sekadar duduk dirumah menonton TV yang menyiarkan program khas sempena Maulud Nabi dan berbagai aktiviti lain yang boleh memberi fadhilat dan memperoleh syafaat, buatlah. Pedulikan suara-suara yang tiba-tiba sibuk mempertikaikan hak kita yang telah kita jalani selama ini tanpa sebarang keraguan dan pastinya dengan niat yang ikhlas hanya buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Ya, mengingati Nabi semestinya dibuat setiap hari sepanjang tahun. Itu tanggungjawab peribadi. Meraikan bersama secara besar-besaran dan dengan publisiti meluas sedikit sebanyak mengangkat martabat agama disamping menunjukkan kecintaan kita sebagai satu ummah kepada Nabi SAW. Pastinya akan timbul rasa cinta dan kasih dalam hati sanubari setiap umat Islam bila adanya majlis-majlis khas yang dianjurkan seperti hari ini. Semoga kita memperoleh manfaat dan syafaat.

No comments:

Post a Comment