Monday, December 30, 2013

Antidot 2.0.1.3.















Medan tempur di Jabal Uhud. Ramai yang syahid. Hikmahnya kita dapat bernafas dalam nikmat beragama Islam. Balasan untuk mereka tiada lain melainkan syurga yang paling istimewa..
Gambar Umrah- Jun 2012.
.................................

Tahun 2013 hampir kepenghujungnya. 2014 menjanjikan cabaran baru.
Sejujurnya perasaan menyambut tahun baru 2014 biasa-biasa saja kerana kemeriahan sambutan 1435H masih lagi dalam ingatan.
Tambahlagi, azam dan cita-cita ketika menyambut awal Muharram yang lepas masih ada yang belum dimulakan!

Barangkali kehadiran 2014 boleh dijadikan batu loncatan untuk mengorak langkah lebih jauh dalam kita menjadi "Khalifah yang berguna" di bumi Allah.

Kalau nak dibuat kesimpulan, bagi saya tahun 2013 adalah tahun yang sangat "colourful", walaupun tak semuanya "wonderful". hehe..
Terima kasih kepada semua yang menambah "colour" dalam hidup saya..
Akhirnya segala yang berlaku samada baik atau kurang baik membawa makna yang sama;
"Ada hikmah disebaliknya..". Syukur Alhamdulillah.

Sebagai penawar bagi menempuh tahun baru, Galeri Nurani mempersembahkan;

Antidot 2.0.1.3.
Hikmah..
Selalu diabaikan
Jarang manusia mengaitkan sesuatu dengan ketentuan Ilahi
Kerana yang dilihat hanya apa yang ada di hadapan mata
Yang zahir dan yang nyata
Bukan dengan mata hati
Rasa keimanan
Tetapi dengan pandangan nafsu yang tak pernah luntur
Samada ia berupa kejayaan ataupun kegagalan
Kegembiraan atau kedukaan

Manusia itu sifatnya tidak sabar
Dihukumnya sesuatu mengikut keadaan
dan kepentingan
Bukankah sabar itu ada hikmahnya?
Rasullullah SAW bersabda;
"Sabar itu pada permulaan.."
Tetapi manusia selalu menyesal atas keterlanjuran
Bilamana sabar diletakkan ditempat yang terakhir
Juga kelemahan diri sendiri
Dihimpunkan dibahu orang lain
Malah ada yang menyalahkan takdir
Sedangkan apa yang berlaku itu ada hikmahnya
Yang hanya dapat dilihat
Oleh orang yang  percaya
Kepada Qada' dan Qadar
Dan sentiasa bersangka baik terhadap si pemberi Hikmah
Allah Yang Maha Kuasa
Dimana jua
Disetiap masa dan keadaanya

Orang yang sabar akan merasai hikmah
Mengenali apa itu hikmah
Itulah penawar hati bagi setiap ketentuan
Untuk bangkit mengorak langkah yang lebih bermakna
Tujuannya hanya mencari redha Ilahi
Bukan untuk kepentingan duniawi
Memahami hakikat
Bahawa jika tidak memperoleh ketika hidup didunia
Pasti hikmah akan menjelma diakhirat sana..

Selamat menyambut 2014.

alHatt
30 Dis 2013

Tuesday, December 24, 2013

Istikharah















Suasana di Raudhah. Kerinduan yang tak akan terpadam.
Selamanya..
Gambar Umrah; Jun 2012.

Istikharah
Istikharah itu satu pilihan
bagi orang yang beriman
dalam membuat keputusan
Nabi SAW mengajar
ketika berada dipersimpangan
antara dua jalan
kiri dan kanan
yang sama penting
dilema yang amat dalam
sayugia memohon pedoman 
petunjuk Ilahi
melalui istikharah
dan disitu
dengan izinNya
akan terjelma ilham
yang disulami redha
dalam menuju arah
yang terbaik
dan meninggalkan jalan lain 
juga dengan baik
dan menghapus keraguan
hingga terjelma keyakinan
yakin dengan ketentuan..
Oleh itu
bangunkan istikharahmu
pertolongan Allah ada disitu..

alHatt
6 Nov 2013

Wednesday, December 18, 2013

"Hakikat"

Mencuri sedikit masa yang tersisa sebelum melabuh tirai malam yang kian singkat dalam usaha memahami,

"Hakikat"

Deruan angin
Debu berterbangan
Terpalit diwajah
Mengaburi penglihatan
Menghinggapi bebola mataku
Dan kusapu
Dengan jari telunjuk
Semakin pedih
dan tetap kuteruskan
Tanpa ragu
Biar sakit sedikit
Asalkan habuk itu hilang
Agar penglihatanku pulih kembali

Dalam perjalanan
Aku sering keliru
dengan bayang-bayang yang mengujakan
Hingga tergelincir akibat kegelojohan
dan pendeknya akal
Kerana menurut nafsu
Yang aku nafikan keterlanjurannya

Ahh!! Berbelit-belit!

Beginilah;
Hakikat ditinggal sepi tanpa perkhabaran
umpama mengharap kayu api basah dapat dinyalakan!

Hakikat hidup dipenuhi sifat riak dan bangga diri
dalam setiap ibadah yang konon-kononnya menyamai amalan si abit
ibarat memasukkan racun berbisa kedalam hidangan makanan berzat!

Hakikat hati yang perasan dimiliki dan disukai dan itu dan ini
hanya mengesahkan betapa diri ini tidak mengharapkan redha Tuhan!

Hakikat diri yang tidak ikhlas dalam setiap perbuatan sepertinya
telah membunuh segala benih terbaik yang telah disemai!

Hakikat keliru antara kelalaian dan mensyukuri nikmat Tuhan
adalah menifestasi kegagalan dalam mengenal diri sendiri!

Hakikat mendabik dada lantaran ego yang tak terkawal
hanya menunjukkan kebodohan dan kejahilan dalam pergaulan!

Hakikatnya, apa yang aku lakukan adalah petunjuk kualiti hubunganku dengan Tuhan!!

Hakikat ini amat perit
Dan ia merupakan amaran
Agar dosa yang sama tidak berulang
Sewajarnya ia dapat mengukuhkan lagi iman
di dada
Bukan setakat dibibir sahaja

Kekecewaan ini hanya dapat diubati
dengan mengadu padaNya..

Ya Allah
Tetapkanlah hatiku..

alHatt
18 Dec 2013

Saturday, December 14, 2013

Yesterday

Yesterday, all my troubles seemed so far away
Now it looks as though they're here to stay
Oh, I believe in yesterday
Suddenly I'm not half the man I used to be
There's a shadow hanging over me
Oh, yesterday came suddenly
Why she had to go
I don't know, she wouldn't say
I said something wrong
Now I long for yesterday
Yesterday love was such an easy game to play
Now I need a place to hide away
Oh, I believe in yesterday
Why she had to go?
I don't know, she wouldn't say
I said something wrong
Now I long for yesterday
Yesterday love was such an easy game to play
Now I need a place to hide away
Oh, I believe in yesterday

The Beatles

Thursday, December 5, 2013

"Kembali kepada kebenaran lebih baik dari berada terlalu jauh dalam kebatilan!"

 
TERJEMAHAN KENYATAAN DR.YUSUF QARADHAWI LETAK JAWATAN DARI "HAIAH KIBAR ULAMAK AL-AZHAR"

Sesungguhnya Al-Azhar semenjak dikuasai oleh Salahuddin Al-Ayubi dan mereka yang selepasnya pada kurun-kurun yang lampau, Al-Azhar telah menjadi pemimpin ummah dalam urusan agama,pengetahuan, pengajian dan perubahan. Dia (Al-Azhar) berkata dengan kalamnya, menyanjungi ulamak-ulamaknya. Maka ia digeruni oleh hati-hati, ia dihormati oleh tua dan muda, berlalu rakyat dengan kalam-kalam ini di belakang pembesar mereka, mengagungkan kalimah Allah dan meninggikan panji Islam.

Al-Azhar dalam sejarahnya telah menerima anak-anak dari dunia Islam untuk dididiknya. Dari Timur dan Barat, Selatan dan Utara. Dari mazhab Ahlu Sunnah yang terkenal: Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali. Lalu mereka keluar menjadi ulamak ummah, menyeru kepada Islam dengan ajaran yang jelas, memberikan kefahaman kepada manusia dan mereka berkata kepada pemerintah dan pembesar: "Takutlah kalian kepada Allah, peliharalah agamaNya."

Al-Azhar berdiri teguh dengan risalahnya, memelihara janjinya, menasihati kerana Allah, RasulNya, kitabNya dan seluruh umat Islam pada zaman Mamalik, Turki dan raja-raja selepasnya. Al-Azhar juga memimpin kebangkitan menentang Perancis, menentang Inggeris maka Al-Azhar tetap kekal memimpin rakyat. Tatkala kita diuji dengan terdapat orang yang zalim dan maksiat maka tidak dapat tidak bagi ulamak yang bebas perlu menyatakan pendirian ketika itu, tiada rujukan melainkan Al-Quran dan Sunnah.

Oleh demikian, saya Yusuf Abdullah Al-Qaradhawi menyatakan peletakan jawatan saya dari "Haiah Kibar Ulamak" kepada rakyat Mesir, kerana mereka merupakan "pemilik Al-Azhar", bukannya Syeikh Al-Azhar. Saya mengira jawatan Syeikh Al-Azhar dan beberapa jawatan yang hampir dengannya telah 'dirampas' dengan kekuatan senjata dengan perkiraan kudeta tentera seperti yang dilakukan kepada jawatan Presiden Mesir, sama sahaja.
Sewajarnya dikembalikan hak memilih Presiden itu kepada rakyatnya maka begitu juga ulamak-ulamak yang berhak memilih ketua (Syeikh) mereka, iaitu "Haiah Kibar Ulamak" dengan pemilihan yang bebas dan tidak dicampuri oleh mana-mana pihak agar mewakili semua golongan ulamak, bukannya mewakili dirinya sendiri.

Sukacita saya katakan kepada rakyat Mesir: Saya sesungguhnya Alhamdulillah, pada usia 88 tahun yang saya sudah tidak berhajat kepada apa-apa jawatan. Allah telah memuliakan saya dengan keredhaan dan penerimaan rakyat-rakyat serta pemerintah-pemerintah umat Islam. Saya tidak mahukan kecuali umat ini kembali ke kedudukannya yang tinggi dan menjadi kewajipan kepada Al-Azhar untuk menjadi "tiang seri" kepada umat ini.

Saya meletakkan tangan saya di tangan Syeikh Al-Azhar di tangga Pejabat Syeikh Al-Azhar (dalam satu lawatan beliau melawat Syeikh Al-Azhar selepas Revolusi 25 Januari 2011) bahawa saya ingin menjadi sandaran bagi beliau bersama-sama rakan yang ikhlas. Beliau melupakan atau buat-buat lupa apa yang dilakukannya sebelum itu, ketika beliau (Dr.Ahmad Toyyib) menjadi Rektor Al-Azhar, beliau telah mentohmah anak-anak muridnya untuk kepentingan kerajaan Mubarak, beliau juga merupakan anggota sebuah parti kerajaan, berada dalam Biro Politik (Parti NDP), kami katakan: "Semoga Allah ampunkan apa yang telah berlalu, kita buka lembaran hidup baru." Akan tetapi, malangnya kita mendapati pendiriannya cenderung ke arah rampasan kuasa yang meranapkan Revolusi 25 Januari yang telah mengembalikan kebebasan, kemuliaan, demokrasi, musyawarah dan sistem baru yang memberikan kepada rakyat kuasa sepenuhnya, ini semua dimusnahkan oleh kudeta.

Sewaktu di Mesir, saya diundang oleh sebahagian saudara-saudara (dalam Ikhwan Muslimin) untuk menyampaikan ucapan di atas pentas dataran Raba'ah tetapi saya ingin berucap kepada rakyat melalui 'pentas berkecuali' melalui kaca televisyen. Saya berucap menyeru agar berhadapan dengan mereka yang melampau, mengubati kesilapan dan bukannya melalui rampasan kuasa.

Kemudian, kita dan rakyat Mesir begitu terkejut dengan penyertaan Syeikh Al-Azhar pada malam rampasan kuasa, diberikan kepadanya peluang berucap yang beliau nyatakan menggunakan kaedah "akhaffu dhororoin" atau "mengambil mudharat yang lebih ringan" iaitu menyokong rampasan kuasa. Apakah mudharat yang lebih besar dan lebih berat melainkan membatalkan hak demokrasi serta mengembalikan negara kepada pemerintahan tentera?!

Syeikh Al-Azhar telah mengumumkan sejurus selepas beliau dilantik ke jawatan itu dalam satu temubual dengan katanya, "Al-Azhar akan merujuk semula selepas campurtangan di zaman Jamal Abdul Nasser. Maka sejak itu Al-Azhar telah kehilangan kuasa kebebasan akibat campurtangan politik dalam urusannya." Maka ditunggu-tunggu berdasarkan pandangan beliau ini akan kekal Al-Azhar sebagai pembantu rakyat, tetapi beliau tidak lakukannya.

Saya ternanti-nanti juga sewaktu saya berada di Mesir sebelum saya mengumumkan pandangan saya secara peribadi, jikalau Syeikh Al-Azhar akan menjemput untuk diadakan mesyuarat Haiah Kibar Ulamak Al-Azhar bagi mengambil pandangan terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam negara, tetapi tiada jemputan dibuat. Maka tiada jalan lain melainkan bagi saya mengeluarkan fatwa berasingan untuk menyatakan pandangan saya agar dibantu kebenaran yang menjadi akidah saya. Demikian juga dibuat oleh Dr.Hasan Syafie dan pemikir Islam Dr.Muhammad 'Imarah kerana mereka berdua juga seperti saya merupakan anggota Haiah Kibar Ulamak.

Seharusnya, bagi Syeikh Al-Azhar setelah berlaku banyak pandangan di kalangan ulamak untuk beliau himpunkan anggota Haiah untuk dikeluarkan pandangan yang satu atau pandangan majoriti dan diumumkan kepada rakyat Mesir pandangan yang disepakati ini, yang akan membenarkan kebenaran dan membatalkan kebatilan walaupun dibenci oleh golongan yang berdosa.
Malangnya tiada perjumpaan atau mesyuarat diadakan selepas tragedi demi tragedi dalam sejarah: Pembunuhan di hadapan Bangunan Pengawal Republik, di Tugu Peringatan, pembunuhan di Mansurah, Iskandariah, wilayah-wilayah lain, operasi meleraikan Raba'ah dan Nahdhah yang meragut ribuan nyawa hingga penangkapan ribuan yang lain. Pencerobohan polis, tentera yang dibantu oleh militia samseng ke atas masjid Qaid Ibrahim, Masjid Fath dan selainnya, pencerobohan di universiti-universiti di seluruh Mesir dan utamanya ialah Universiti Al-Azhar, digubal undang-undang rimba menentang penuntut Al-Azhar dengan hukuman penjara 17 tahun setiap seorang, ke atas 14 orang wanita Iskandariah dipenjara 11 tahun seorang yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Mesir, dipecat 710 orang pelajar Al-Azhar dari universiti, penangkapan para ulamak, penutupan stesen-stesen tv agama Islam, menghalang jalan-jalanraya dengan kereta perisai dan kebal, siri serangan ke atas rakyat dengan gas pemedih mata dan peluru hidup.

Sesungguhnya kita masih menantikan Syeikh Al-Azhar kembali kepada kebenaran, dia mengumumkan dirinya bebas dan tiada kaitan lagi dengan pemerintah zalim hari ini yang telah mengubah beberapa hari dan dalam masa beberapa minggu apa yang tidak pernah dilakukan oleh rejim-rejim sebelum ini pada era Abdul Naser, Sadat dan Mubarak 60 tahun, membunuh ribuan dan memenjarakan rakyat berkali-kali ganda. Maka Syeikh Al-Azhar perlu mengadakan pertemuan "Haiah". Kami telah nasihati beliau agar beliau kembali kepada kebenaran-Kembali kepada kebenaran lebih baik dari berada terlalu jauh dalam kebatilan. Kami telah menjawab hujah beliau dengan ilmiah dan kami sebarkan kepada awam, akan tetapi lelaki ini lebih suka duduk bersama-sama "jeneral-jeneral" pejabat beliau dari duduk bersama-sama saudaranya dari kalangan ulamak. Dan demikianlah Allah telah ciptakan manusia ini dengan kecenderungannya.

Saya menyeru kepada mereka yang berjiwa merdeka yang ikhlas dari kalangan ulamak dan anak-anak Al-Azhar: Agar mengumumkan penentangan mereka apa yang berlaku di Mesir hari ini dengan berani, agar mereka meletakkan jawatan dari "Haiah" ini yang telah 'mati' (iaitu gagal berfungsi dengan baik), tinggalkannya kepada Syeikh Al-Azhar dan pengikut-pengikutnya.

Maka saya menjangkakan sejurus peletakan jawatan saya ini akan semakin kuat serangan upahan kepada saya melalui media-media.Saya tidak takut kepada manusia dan hanya takut kepada Allah.
Sesungguhnya saya menantikan detik-detik kejatuhan penzalim-penzalim ini sedikit masa lagi. Dan mereka ini telah jatuh dari pandangan (rahmat) Allah, kemudian jatuh dari pandangan mata rakyat, kemudian akan jatuh lagi dari mata Arab dan orang Islam. Semakin hari bertambah kerosakan dan penyelewengan dalam negara, negara yang baik berubah kepada buruk, menjadikan negara buruk berubah ke arah lebih buruk.

Sesungguhnya 'sunnatullah' tidak akan berubah bertukar ganti iaitu akan dibantu kebenaran atas kebatilan, keadilan atas kezaliman, akan menang rakyat ke atas toghut.
Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum..kami memohon kepadaMu agar Kau rahmati syuhada' kami di Mesir, di Syria, Iraq, Palestin, Somalia dan seluruh bumi Islam. Ya Allah, Kau sembuhkanlah mereka yang cedera dan sakit. Ya Allah, bebaskan tahanan-tahanan di dalam penjara, angkatkatlah bala dari mereka yang ditimpa bala, satukan kalimah orang-orang beriman, timpakan kepada orang-orang zalim itu azab yang pedih, turunkan kepada mereka kemurkaanMu yang tidak mampu ditolak oleh mereka. Bantulah ummat kami dengan bantuanMu.

Al-Faqir Ilaihi Ta'ala
Yusuf Al-Qaradhawi
29 Muharram 1435/ 2 Disember 2013

Kesimpulannya:

1) Syeikh Qaradhawi berjuang mahukan suara Al-Azhar kembali seperti zaman kegemilangannya satu masa dahulu. Hebat dari sudut jihad penentangan menentang kezaliman.

2) Kekecewaan beliau kerana Haiah Kibar Ulamak yang menjadi badan tertinggi Al-Azhar gagal berfungsi dengan baik.

3) Jawatan Syeikh Al-Azhar sepatutnya dipilih oleh anggota Haiah ini seperti jawatan Mufti yang melantik Dr.Syauqi 'Alam sebagai Mufti baru sepertimana juga rakyat yang berkuasa penuh memilih Presiden mereka. Sepatutnya Dr.Ahmed Toyyib sewajarnya menyerahkan mandat semula kepada Haiah untuk dibuat pelantikan semula kerana beliau ke jawatan itu dengan lantikan oleh Mubarak pada tahun 2010 tetapi ia tidak pernah dilakukan.
See More
............................................

alHatt:
Saya pernah beberapa kali menulis tentang Mesir di Galeri Nurani, salah satu darinya bertajuk "Mesir..Kau Takkan Faham Apa Yang Aku Tak Faham!"

Apa yang berlaku kepada institusi tersohor bagi umat Islam di zaman ini cukup sekadar menambahkan lagi "ketidakfahaman saya" selama ini.

Suka saya memetik kata-kata Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dalam kenyataannya di atas;
"Kembali kepada kebenaran lebih baik dari berada terlalu jauh dalam kebatilan!!"

Jika kata-kata ini pun tidak dapat difahami/ tidak mahu difahami, apa lagi nak dikata?
Masih belum terlewat bagi Al-Azhar.
Tiada yang mustahil bagi Mesir!

Mustahil bukan bermakna tiada penyelesaian.
Tetapi kita belum lagi berjumpa jalan penyelesaiannya!!

Moga memperoleh Taufik dan Hidayah dari Allah..

Musibah itu dimata manusia

Banjir semakin buruk

KUALA LUMPUR 4 Dis. - Situasi banjir bertambah buruk apabila seramai 33,765 orang mangsa dari empat buah negeri iaitu Pahang, Johor, Terengganu dan Kelantan dipindahkan sehingga malam ini berbanding hanya 16,837 orang di tiga negeri semalam.

Di PAHANG, beberapa laluan utama memasuki bandar Kuantan terputus hubungan akibat air pasang besar kira-kira pukul 10 malam tadi.
Seorang pemuda di Jerantut pula menjadi korban kedua setelah mati lemas apabila terjatuh semasa sedang menjaring ikan di sebatang sungai di Kampung Sepial, Kuala Tembeling, awal pagi ini.
Bilangan mangsa banjir di negeri ini meningkat daripada 9,030 orang kepada 19,750 orang hari ini yang membabitkan lima daerah.

Di JOHOR, mangsa banjir meningkat ke 8,402 orang melibatkan 2,281 buah keluarga sehingga malam ini dengan Mersing mencatat kedudukan teratas 5,711 mangsa.

Di TERENGGANU, banjir yang masuk hari ketiga menyebabkan seramai 5,115 orang mangsa daripada 1,322 keluarga dipindahkan ke 64 pusat pemindahan di tiga daerah.

Di KELANTAN, sebanyak 100 buah keluarga di Kuala Krai dipindahkan ekoran hujan lebat yang berlarutan sejak tiga hari lalu.
 

alHatt:
Allah menerangkan didalam Al-Quran tentang hujan menerusi ayat-ayatnya, antara lain:

Tidakkah kamu melihat bahwa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bagian-bagian) nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah (juga) menurunkan (butiran-butiran) ais dari langit, (yaitu) dari (gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-gunung, maka ditimpakan-Nya (butiran-butiran) ais itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan dipalingkan-Nya dari siapa yang dikehendaki-Nya. Kilauan kilat awan itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan
(An-Nuur: 43)
Allah, Dialah yang mengirim angin, lalu angin itu menggerakkan
awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang
dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu
kamu lihat hujan ke luar dari celah-celahnya, maka apabila
hujan itu turun mengenai hamba-hamba-Nya
yang dikehendaki-Nya tiba-tiba mereka
menjadi gembira.
(Ar-Ruum: 48)

Apakah kamu tidak memperhatikan, bahwa sesungguhnya Allah
menurunkan air dari langit, maka diaturnya menjadi sumber-sumber
air di bumi kemudian ditumbuhkan-Nya dengan air itu tanam-
tanaman yang bermacam-macam warnanya, lalu ia menjadi kering
lalu kamu melihatnya kekuning-kuningan, kemudian dijadikan-Nya
hancur berderai-derai. Sesungguhnya pada yang
demikian itu benar-benar terdapat pelajaran
bagi orang-orang yang mempunyai akal.
(Az-Zumar: 21)

Dan yang menurunkan air dari langit menurut
kadar (yang diperlukan) lalu Kami hidupkan dengan air
itu negeri yang mati, seperti itulah kamu akan dikeluarkan (dari
dalam kubur).
(Az-Zukhruf: 11)

Musim hujan kembali. Disesetengah tempat, air hujan telah melimpah hingga tak tertampung lagi.
Musibah banjir.

Sejujurnya saya tidak pernah merasai musibah banjir besar. Sepanjang hidup, seingat saya pernah dua kali rumah dinaiki air, itu pun paras buku lali. Malu nak cerita.
Itupun sudah cukup membuatkan saya dan keluarga merasa "terbeban" dan mengeluh panjang.
Inikan pula tenggelam segala-gala! Hebat sungguh ujian yang melanda mangsa banjir ni sebenarnya.

Jika kita amati ayat-ayat Allah di atas, sesungguhnya hujan itu membawa rahmat dan nikmat, tak kiralah berapa banyakpun jumlahnya.

Saya cuba memahami hakikat apa yang dirasai oleh mangsa banjir walaupun saya tahu saya tak mungkin dapat menjiwainya kerana tidak berada ditempat mereka. Dengan kata lain; "cakap memang senang! Cuba kena pada diri sendiri, bagaimana?"

Untuk itu saya tidak mahu menulis panjang. Cukup sekadar mengambil pengajaran dari Al-Quran.

Sesungguhnya Allah itu Maha Pentadbir. Dialah yang mengatur perjalanan isi langit dan bumi.
Tiada satu pun yang terlepas dari pandanganNya.
Hujan itu nikmat, hujan itu rahmat. "...maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hamba-Nya yang dikehendaki-Nya tiba-tiba mereka menjadi gembira." (Ar-Ruum: 48)

Sesunggunya Allah itu pengampun dosa-dosa besar!
Mudah-mudahan dengan hujan yang melimpah ruah ini bukan sekadar meluaskan rezeki, malah menjadi asbab pengampunan dosa-dosa hambaNya..

Musibah itu hanya dimata manusia.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Luas sisi pengampunanNya.

Kepada mangsa banjir;
InsyaAllah segalanya akan dipermudahkan.
Bersabarlah..