Wednesday, December 18, 2013

"Hakikat"

Mencuri sedikit masa yang tersisa sebelum melabuh tirai malam yang kian singkat dalam usaha memahami,

"Hakikat"

Deruan angin
Debu berterbangan
Terpalit diwajah
Mengaburi penglihatan
Menghinggapi bebola mataku
Dan kusapu
Dengan jari telunjuk
Semakin pedih
dan tetap kuteruskan
Tanpa ragu
Biar sakit sedikit
Asalkan habuk itu hilang
Agar penglihatanku pulih kembali

Dalam perjalanan
Aku sering keliru
dengan bayang-bayang yang mengujakan
Hingga tergelincir akibat kegelojohan
dan pendeknya akal
Kerana menurut nafsu
Yang aku nafikan keterlanjurannya

Ahh!! Berbelit-belit!

Beginilah;
Hakikat ditinggal sepi tanpa perkhabaran
umpama mengharap kayu api basah dapat dinyalakan!

Hakikat hidup dipenuhi sifat riak dan bangga diri
dalam setiap ibadah yang konon-kononnya menyamai amalan si abit
ibarat memasukkan racun berbisa kedalam hidangan makanan berzat!

Hakikat hati yang perasan dimiliki dan disukai dan itu dan ini
hanya mengesahkan betapa diri ini tidak mengharapkan redha Tuhan!

Hakikat diri yang tidak ikhlas dalam setiap perbuatan sepertinya
telah membunuh segala benih terbaik yang telah disemai!

Hakikat keliru antara kelalaian dan mensyukuri nikmat Tuhan
adalah menifestasi kegagalan dalam mengenal diri sendiri!

Hakikat mendabik dada lantaran ego yang tak terkawal
hanya menunjukkan kebodohan dan kejahilan dalam pergaulan!

Hakikatnya, apa yang aku lakukan adalah petunjuk kualiti hubunganku dengan Tuhan!!

Hakikat ini amat perit
Dan ia merupakan amaran
Agar dosa yang sama tidak berulang
Sewajarnya ia dapat mengukuhkan lagi iman
di dada
Bukan setakat dibibir sahaja

Kekecewaan ini hanya dapat diubati
dengan mengadu padaNya..

Ya Allah
Tetapkanlah hatiku..

alHatt
18 Dec 2013

No comments:

Post a Comment