Thursday, April 10, 2014

Jangan Cakap Sahaja..Tadah Tangan dan Berdoalah Kepada Allah!!

(Muhasabah diri sendiri)


Mari berdoa..


Bagaimana untuk berdoa?
adakah cukup dengan hanya kata-kata;
#prayforMH370
#prayforGaza
#prayforEgypt
#prayformacam-macamlagi!


Kesudahannya sudah berdoakah kita??


Cuba renungkan..
Mengapa sesuatu doa itu belum dikabulkan??
Kenapa doa kita untuk kebaikan ini seakan diabaikan??
Pernahkah kita bertanya kepada diri; KENAPA??


Berapa ramai antara kita yang telah berusaha sedaya upaya dan kemudiannya menadah tangan berdoa?
Bersungguh-sungguh memohon kepadaNya?
Mengharap-harap disetiap masa, saat dan ketika?
Mengalir air mata keinsafan memohon tanpa rasa jemu?
Sentiasa dalam "mood taubat" dan menjauhi kemaksiatan?
Yakin akan doa itu akan dikabulkan?
Ikhlas dan Istiqamah?
Beriman betapa Allah itu Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Merancang?
Dan Dialah yang berkuasa mutlak menerima atau menolak doa hamba-hambaNya?


Benarkah kita ini hanya mampu tulis dan taip dan ucap dan panjangkan mesej dan mengajak dan mengingat dan itu dan ini kepada semua orang dan kalau boleh kepada sekalian makhluk di dunia ini supaya berdoa walhal sebenarnya tiada doapun atau sangat sedikit doa yang diucap, ditadah, dirintih, ditangisi terus kepada Allah??


Inilah budaya murni zaman ini.
Mengajak, menggalak, memotivasi, menyedarkan..
Dan inilah juga penyakit umat zaman ini.
Mengajak kepada kebaikan dengan seribu satu nasihat tetapi diri sendiri tidak melakukannya!


Fikirkan, berapa ramai yang memperuntukkan masa didalam solat dan diluar solatnya untuk berdoa sungguh-sungguh agar MH370, Rakhine, Gaza, Syria, Egypt, Persaudaraan Umat Islam Sedunia dan segala macam hal yang dibingungkan dan dirisaukan dalam dunia ini diberi bantuan oleh Allah??


Jadi, besar mana kebarangkalian doa kita dikabulkan jika kita terus-menerus "istiqamah berdoa dalam laman sosial" tetapi tidak di atas tikar sejadah atau sekurang-kurangnya menadah tangan dimana sahaja sambil sungguh-sungguh memohon kepada Allah??


Alangkah berkatnya jika lebih 1.7 billion orang Islam menadah tangan dan mengharapkan bantuan Allah berbanding hanya pandai cakap sahaja..


Cukuplah!!


Dunia sebenarnya tidak kekurangan motivasi. Malah terlebih-lebih pula.
Yang kurang adalah sebenar-benar doa yang dipohon dari setiap hamba  yang beriman yang percaya akan kewujudan Allah Azzawajalla dan Hari Pembalasan.


Berdoalah agar menjadi hamba yang beriman..


alHatt
10 Apr 2014.

No comments:

Post a Comment