Monday, January 19, 2015

Mata Melihat Hati

Kita selalu cuba menetapkan sesuatu
Di tempatnya atau sesuka hati kita di mana ia perlu berada


Hati..
Berhati-hati dengannya!!
Dituruti, itulah nafsu
Disantuni, sukar pula untuk difahami


Lidah sangat mudah berbicara
Ketika senang, tahu segala-galanya
Bila susah, yang keluar hanyalah alasan dan helah
Kita selalu rebah


Orang kata; dari mata jatuh ke hati!
Memang benar, walaupun hakikat kebenarannya sering dipertikaikan
Mata itu ialah siapa yang melihat apa dihadapannya
Akal ligat memutar
Hati menetapkan
Lidah akan memainkan peranan
Dan selalunya dipersalahkan..


Soalan yang bermain difikiran;
Bagaimana ya rasanya bila yang melihat sesuatu itu ialah orang beriman dan beramal soleh?
Hatinya sentiasa berzikir memuji Allah..
Akalnya berperasangka baik..
Mata dan lidahnya ditahan-tahan..
Dan menguntum senyum....


Alangkah indahnya hidup ini jika kita dapat melihat hikmah disebaliknya..


Ya AllahYang Maha Memberi,
Rezekikan aku untuk merasainya..


al-Hatt
19 Jan 2015



2 comments: