Sunday, January 3, 2010

ALLAH Tuhan Yang Maha Esa

Kalimah Allah dijadikan daya penarik


KOTA KINABALU 2 Jan. - Alasan penganut agama Kristian di negeri ini tidak tahu berbahasa Inggeris bagi membolehkan pihak gereja menggunakan nama Allah, tidak tepat dan tidak boleh diterima.
Pengarah Dakwah Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Abuhuraira Abdurrahman (gambar) berkata, sebaliknya kalimah tersebut sebenarnya digunakan sebagai daya penarik terhadap ajaran agama berkenaan.
"Itu bukan alasan (tidak tahu berbahasa Inggeris). Sebenarnya tidak perlu guna kalimah Allah untuk nyatakan Tuhan kerana sebelum ini pun mereka gunakan perkataan God atau dalam bahasa Melayunya, Tuhan," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis lalu menerusi Hakim Datuk Lau Bee Lan yang membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya atas alasan ia mempunyai hak dalam Perlembagaan.
Ekoran itu, terdapat pihak gereja menggunakan alasan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak tidak tahu berbahasa Inggeris bagi membolehkan perkataan itu digunakan.
Menurut Abu Huraira, penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan berkenaan adalah tidak wajar dan akan memberi kesan negatif kepada umat Islam.
Jelasnya, meskipun mahkamah menetapkan ia hanya untuk digunakan penganut Kristian tetapi edarannya tidak akan terlepas dan dibaca semua pihak seterusnya mengelirukan umat Islam.
"Masalahnya ia sudah digazetkan sebagai berita jadi semua orang boleh baca. Contohnya, seperti majalah Sinar USIA, untuk ahli USIA sahaja tetapi dibaca semua pihak walaupun dia bukan ahli USIA," katanya.
Dalam pada itu, beliau yang pernah beberapa kali melakukan perdebatan agama termasuk dengan paderi dari Vatican City di Itali berkata, kalimah Allah di dalam al-Quran jauh berbeza dengan Tuhan penganut Kristian.
Malah beliau yang mampu menghafal al-Quran dan Injil berkata, dalam kitab Injil asal sendiri tiada penggunaan nama Allah tetapi hanya beberapa perkataan seperti 'I am.'
"Dalam al-Quran, Allah tidak boleh beranak dan diperanakkan tetapi dalam Injil (Tuhan) lahirkan Jesus sebagai anak malah dalam Injil, hari ketujuh Tuhan rehat, tetapi tidak dalam al-Quran," katanya.

Saya memetik berita di atas yang dilaporkan Utusan Online dari sumber asal disini.
Sesungguhnya umat Islam berhak untuk mempertikaikan keputusan mahkamah tersebut. Siapa lagi yang wajib mempertahankan hak serta kesucian agama ini selain umatnya sendiri? Jika perpecahan umat islam itu adalah nadi puncanya, maka wajiblah kita insaf dan bangkit untuk bersatu kembali demi Tuhan Yang Satu! Jangan sibuk merebut kuasa politik dan memusuhi sesama saudara sendiri! Ingatlah, apabila umat Islam bersatu, pasti agama sentiasa terpelihara dan tiadalah tuntutan-tuntutan dan keputusan yang tak masuk akal seperti ini!

1 comment:

  1. yg menyedihkan ada pemimpin islam sendiri yg sibuk mempertahankn kalimah Allah ini boleh digunakan agama lain!kalau ya pun ada hujah trsndiri, duduk diam2 je lah! hari ini mintak guna nama allah, esok lusa mintak haramkan Islam guna nama Allah pula..tunggu lah nanti bila negara ni dipimpin boneka

    ReplyDelete