Assalamualaikum,
Selamat berhari Jumaat.
Alhamdulillah, Allah dengan sifat-Nya yang Maha Pemurah menghidangkan kita dengan pagi yang sangat indah dan nyaman.
Saat merenung keluar jendela, menikmati kemurahan-Nya yang "tak habis-habis", teringat betapa "berkiranya" diri ini untuk berbakti pada jalan-Nya.
Hampir kesemuanya diambil kira. Masa, tenaga, wang ringgit, perasaan dan macam-macam lagi.
Sedangkan apa yang harus dibuat itu akhirnya memberi faedah kepada yang empunya diri ini sendiri.
Firman Allah:
"Jika kamu berbuat kebaikan, maka faedahnya adalah untukmu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka berbalik kepada diri kamu juga.."(Al-Israa', ayat 7).
Selamat beramal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment