Sunday, September 29, 2013

Maka Tersebutlah Kisah..Mencari Jodoh (Bahagian 2)

Sambungan cerita..

Maka tersebutlah kisah selepas pertemuan tersebut, kedua-dua mereka telah membuat rumusan berikut:
Kita bagi namalah ya, senang nak cerita..
Katakan Lelaki ialah MH, Wanita ialah ER.

MH menganggap perkenalan itu merupakan satu anugerah dari Tuhan untuk dirinya. Dia tidak harus melepaskan sesuatu yang amat berharga iaitu hidayah.
Bagi MH, untuk memiliki ER sebagai isteri menuntut perubahan besar dalam hidupnya kerana ER telah menunjukkan ciri-ciri Muslimah yang diidamkan dari segenap aspek; percakapan, pemakaian, penampilan dan menunjukkan prinsip yang jelas iaitu "patuh syariah".

Bagi ER pula, MH adalah seorang lelaki biasa-biasa sahaja yang telah lulus ujian pertama dan layak untuk menjalani ujian seterusnya!!

Selepas pertemuan itu, MH langsung tidak menghubungi ER hinggalah hari ke-tiga selepas pertemuan pertama. Saja nak "test" katanya. Sejak itu mereka mula serasi.
Namun mereka jarang berjumpa atas faktor tempat kerja yang berjauhan. Tentunya ada hikmah tersendiri.

Selepas beberapa minggu menggali sebanyak mungkin rahsia diri masing-masing, mereka mula berbicara tentang matlamat perhubungan mereka.

ER mengajukan soalan maut lebih kurang begini;
"Saya nak tanya awak, jangan marah ya.. Apa tujuan awak berkawan dengan saya?
Bukan apa, kalau setakat nak jadi kawan biasa, rasanya kita tak perlu buang masa macam ni.
Saya nak kita ada matlamat jelas, bukan suka-suka atau nak isi masa lapang masing-masing.
Saya nak cari bakal suami, bukan boyfriend!"

Pianggggg!!!!
Masa tu MH rasa macam kena penampar sulung. Bisa...
Macam biasa, macho tetap kena control. haha..

MH memberi jawapan yang agak meyakinkan.
"Ya, saya sedang cari bakal isteri. Dan awak adalah satu-satunya calon terbaik buat saya.
Awak adalah hidayah dari Allah untuk saya. Saya banyak berubah sekarang ni.
Awak adalah sahabat saya.
Nabi kata seorang sahabat ialah orang yang buat kita ingat dan dekat dengan Tuhan bilamana kita bersama-sama mereka. Dan itu yang saya rasa sekarang ni".

Dipendekkan cerita, 4 bulan selepas perkenalan mereka telah mengikat tali pertunangan.
6 bulan kemudian mereka bernikah. Tidak sampai setahun berkenalan.
Alhamdulillah..

Sepanjang tempoh itu sebenarnya mereka jarang bertemu. Komunikasi banyak melalui telefon.
Kalau ada peluang berjumpa pun selalunya pertemuan diatur di rumah ER.
Kalau dapat keluar bersama memang sesuatu yang ditunggu-tunggu. Tapi tak pernah keluar berdua.
Biasanya keluar bertiga, kadang-kadang berempat atau lebih.
Antara yang pernah jadi mangsa kena ikut dating ialah kawan baik ER, adik dia, sepupu sepapat dan tak terkecuali bibik dia sekali! Memang haru...

Namun itulah hakikatnya betapa menjaga batas-batas syariat lebih diutamakan berbanding memenuhi tuntutan nafsu sendiri. Mudah-mudahan diberkati Allah.
Bagi mereka, bukan keseronokan ketika bercinta yang diburu. Apa juga yang mereka lakukan sebelum berkahwin akan beri kesan selepas perkahwinan, tak kiralah buat baik atau buruk.
Baik kelakuannya maka baiklah kesannya selepas berkahwin nanti. Begitulah sebaliknya.
Juga kepada zuriat yang bakal diamanahkan Tuhan.
Mereka percaya dengan ungkapan "bercinta selepas berkahwin".

Alhamdulillah, 25 May 2013 genap 10 tahun pernikahan. Dan dalam tempoh itu mereka telah diamanahkan Allah dengan tiga orang cahaya mata.

Itulah serba sikit perjalanan seorang lelaki dalam mencari jodoh yang telah tertulis dalam Luh Mahfuz.

Kuncinya ada dalam diri sendiri. Untuk memiliki suami atau isteri yang baik, berusahalah kearah kebaikan diri sendiri dahulu. Urusan seterusnya adalah milik Allah.
Bagaimana nak tahu kita telah memilik calon yang terbaik?
Juga ada dalam diri sendiri. Jika dalam sesuatu perhubungan itu menyebabkan kita semakin dekat dengan Tuhan, maka mohonlah sungguh-sungguh agar pasangan yang kita dambakan itu akhirnya menjadi milik kita.

Dan jika ianya menyebabkan kita terus lalai dan menuju ke lembah kemaksiatan, maka cepat-cepatlah buat pembetulan. Jika tidak, tunggulah akibatnya nanti dikemudian hari.

Akhir kata buat si Muslimah yang tertanya-tanya siapa dan bilakah jodohnya akan tiba;
Islam menggangkat darjat wanita di tempat tertinggi. Maka janganlah kau rendahkan tarafmu hanya kerana dambakan cinta seorang lelaki. Jagalah maruah dan akhlak. Kerana kehidupan selepas perkahwinan tidaklah seindah yang diimpikan. Jika dirimu jauh dengan Tuhan...

 Jumpa lagi..

7 comments:

  1. assalamualaikum..
    subhanallah, indahnya segala perkara yang Allah telah susunkan untuk kita sbg makhlukNya..semoga kekal hingga ke syurga..
    kirimkan salam saya kpd pn. ER ye.. ^_^
    -student pn. ER-

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam..
    terima kasih atas kiriman doa. InsyaAllah ianya akan berbalik kepada saudara/saudari..
    Terima kasih juga sudi melawat galeri nurani.
    Semestinya yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk atas kelemahan saya sendiri.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barakallahulakumabarakalaikum...
      Mabrookk..
      Angah xsuka nk kate ap3..tp
      Sje nk wish cam angah wat utk psgn baru kawin..

      Smg dpermdhkn
      Smg bahagia
      Smg dkurnia kluarga sakinah mawadah dan rahmah
      Smg sntiasa menjd idola buat umat islam

      alhmdulillah..da ada y berlaku dlm kluarga angah..alhmdulillah3x..

      Kuatkan apa y goyah
      Pertahankan apa y didpn..
      Mh♥er

      Tlg doakan utk kejyaan umat islam..
      So far angah teringt 1 benda..
      Nape la pasal jodoh perlu kite umat islam nk buntu kan..sdgkn umat islam dan islam sndr lom terbela..
      Bgitu juga iman dan taqwa kita..

      Huhu..
      InsyaAllah..spt doc muhaya..solat dan sntiasa doa utk jodoh adalah perkara y plg pntng slalu diingtkn oleh ayahnya pd anaknya..
      Alhmdulillah..doa y pntng...

      Syukran empunya blog..
      I wanna search prayman!

      Delete
  5. Allahuakbar,

    Saya selalu terfikir apalah yg saya dah buat utk agama hingga mudah sgt Allah nak bagi mcm2 nikmat kebahagiaan pada saya dan keluarga.

    Malu dengan Tuhan..

    Namun firasat saya katakan "ramainya orang yang mendoakan.."

    Terima kasih atas doa Doc.

    Doa saya agar "prayman" yang dicari itu akan menjelma..teruskan usaha..hehe..

    ReplyDelete