Monday, November 11, 2013

"Aku Belum Baik Lagi.."

Jam 5 pagi
Waktu bangkitku
Suasana sejuk
Beratnya badan ini

Kedengaran bunyi hujan
Terus menggamit perhatian
Kuselak langsir
Melihat keluar jendela
Hujan renyai
Membasahi bumi yang sunyi sepi

Akupun terus bangun
Melawan sejuk yang mendamaikan
Tak perlu dilayan nafsu tidur ini
Malam tersisa harus dimanfaat
Sebelum fajar menyinsing

Dan itulah rutin harian yang payah kupertahan
Ku mohon istiqamah..

Jam 7 pagi,
"Alamak, hujan tak berhenti lagi.
Banyak pula kerja nak buat pagi ni.."

Ku redah jua
Menghantar anak ke sekolah
Pergi ke pasar dan beli barang keperluan
Sempat aku menoleh tajuk utama deretan akhbar
Dan mataku terpaku
Terkejut membaca tajuk berita

Taufan Haiyan ragut lebih 10,000 nyawa di Filipina

 
Sebuah kapal terdampar di daratan selepas dipukul tiupan angin kencang daripada Taufan Haiyan di Tacloban.


MANILA - Pulau Leyte, wilayah tengah Filipina kini bagaikan padang jarak padang tekukur selepas dibadai Taufan Haiyan yang merupakan ribut paling kuat di dunia pada tahun ini dengan meragut lebih 10,000 nyawa, kata seorang pegawai kerajaan semalam.
Angka tersebut diumumkan ketika pasukan penyelamat bertungkus-lumus dalam usaha untuk menyelamatkan bilangan mangsa Taufan Haiyan yang terus meningkat.
Taufan yang bertiup selaju 315 kilometer sejam (km/j) itu mencetuskan ombak besar seperti tsunami yang melanda pulau-pulau di Filipina sejak Jumaat lalu.
---------------------------------------

Astaghfirullah..
Aku lihat diri ini
Hujan renyai pagi tadi pun aku ungkit-ungkitkan
Bayangkan jika aku bangun tadi
Sekelilingku hancur musnah
Keluargaku semua tiada lagi
Dan aku menjerit seorang diri
Bayangkan, apa yang mampu aku lakukan?

Kelmarin, aku maklumkan kepada seorang Sahabat,
"Ujian Itu Nikmat.."
Pagi ini aku cuba memahami
Hakikat nikmat atas ujian bencana taufan Haiyan

Apa yang pasti
Aku belum sebenarnya diuji
Amalku sedikit cuma
Syukurku entah apa-apa
Hakikat yang harus ku akui,
"Aku Belum Baik Lagi.."

alHatt
11.11.13

2 comments:

  1. Slmt pagi!aslmkm...

    Syaitan berkata:

    1. Orang Islam yg mendengar azan tetapi tidak segera menunaikan solat adalah 'Bapaku' kecuali wanita.

    2. Orang Islam yg suka membazir pada perkara yg tak berfaedah adalah 'saudaraku'.

    3. Orang yg ruku' & sujud mendahului imam adalah 'anakku'.

    4. Wanita yg marah2 ketika ada tetamu di rumah nya adalah
    'ibuku'.

    5. Wanita Islam yg tidak memakai tudong adalah 'istriku'.

    6. Orang Islam yg makan tanpa
    membaca bismillah terlebih dahulu
    adalah 'anakku'.

    7. Orang yg tidak suka berkongsi msg ini dengan saudara islam yg lain adalah 'sahabatku'.

    8. Orang islam yg suka berkongsi msg ini dengan saudara islam yg lain adalah 'MUSUHKU'.
    Maka mari lah kita jadi 'musuh' syaitan dengan berkongsi msg ini dengan saudara islam yg lain..semoga kita sentiasa dlm lindungan Allah jua.. Aamiin

    ☑Kenapa kita tidur kalau Allah memanggil? Tapi sanggup tahan mengantuk saat menonton filem selama 3 jam?

    ☑Kenapa kita bosan saat baca al-qur'an?
    Melainkan kita lebih rela membaca timeline twitter, wall facebook, novel atau buku lain?

    ☑Kenapa kita senang sekali mengabaikan pesan dari Allah? Tapi kita sanggup memforward pesan
    yang aneh-aneh?

    ☑Kenapa masjid semakin kecil? Tapi bar dan club semakin besar?

    ☑Kenapa kita lebih sangat senang menyembah ARTIS? Tapi sangat susah untuk menemui ALLAH?

    Pikirkan itu

    ☑Apakah anda akan memforward pesan ini?

    ☑Apakah anda akan abaikan pesan ini kerana takut di tertawakan dengan yang lain?

    Allah Berkata:
    "Jika kamu menyangkal Aku di depan teman-teman mu, Aku akan
    menyangkal kamu pada saat hari penghakiman.."

    Ada 2 pilihan untuk anda.

    1. Biarkan di dalam
    wassap anda tanpa bermanfaat buat org lain.

    2. Anda sebarkan pada semua kenalan anda..

    Rasulullah SAW bersabda;

    "Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala..

    SUBHANALLAH..!

    Selamat beramal...
    Selamat melalui thn baru..

    ReplyDelete
  2. Wkmslm,

    MasyaAllah, untungnya ada orang nak share tazkirah kat blog ni.

    Hanya Allah yang dapat membalas segala jasa yang baik.

    Terima kasih Dr. Esti..

    ReplyDelete