Friday, November 29, 2013

Pemburu Ar-Rafiqul A'la

Assalamualaikum,

Baru-baru ini, saya mengenali seseorang yang mengingatkan saya
kepada satu kisah yang berlaku ke atas diri saya kira-kira 11 tahun
yang lalu.

Ada persamaan tetapi tidak serupa.

Ketika itu saya "memburu cinta" seseorang yang akhirnya hari ini
menjadi insan teristimewa dalam hidup saya.
Saya pernah dedikasikan buatnya sebuah lagu bertajuk "Falsafah Cinta".

Hari ini, saya dengar semula lagu itu dan ingin berkongsi rasa yang
sama, buat dirinya yang kebetulan 11 tahun lebih muda, yang juga sedang
memburu cinta.

Cuma bezanya, dia memburu cinta Ar-Rafiqul A'la...

Selangkah kita mendekati-Nya, seribu langkah Dia mendekati kita.
InsyaAllah..

Falsafah Cinta - Art Fazil (klik untuk dengar lagu)

Cinta perlu berhati-hati
Cinta perlu menjaga diri
Cinta rindukan kepastian
Cinta bencikan kesangsian
Cinta perlukan kawan

Cinta itu janji setia
Cinta untuk selama-lama
Cinta suatu pengorbanan
Cinta suatu kepasrahan
Cinta perlukan teman

Insan oh insan
Hidup kerana cinta
Insan oh insan
Segala tercipta kerana cinta

Cinta punya harga diri
Cinta bersemangat murni
Cinta perlukan keikhlasan
Cinta suatu perjuangan
Cinta perlu berkasih sayang

3 comments:

  1. Watch "You're Not in Love - You're Just Hormonal - Islamic Reminder" on YouTube - https://www.youtube.com/watch?v=fLKCeACH3Pc&feature=youtube_gdata_player

    ReplyDelete
  2. Aslmkm..

    BAHAGIA ITU SEDERHANA.

    Mendengar isteri membebel di rumah, bererti aku masih punya keluarga.

    Mendengar suami masih mendengkur di sebelahku bererti aku masih punya suami.

    Mendengar ayah dan mak menegurku dengan tegas bererti aku masih punya mak ayah.

    Merasa letih setiap ptg selepas penat bekerja, itu bererti aku mampu bekerja keras.

    Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti aku punya teman.

    Pakaianku terasa agak sempit, itu bererti aku makan cukup.

    Mencuci dan menyetrika tumpukan baju, itu berarti aku memiliki pakaian.

    Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu berarti aku memiliki tempat tinggal.

    Mendapatkan banyak tugasan, itu berarti aku dipercayai dapat melakukannya.

    Mendapatkan banyak komplen dari customer kita menandakan bahwa customer kita masih ada, masih loyal dan menginginkan kita menuju perubahan ke arah lebih baik.

    Mendengar bunyi exzos & hon itu bererti aku bisa mendengar

    Mendengar bunyi Azan di pagi hari, itu berarti aku masih hidup.

    Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari.

    Aku juga bersyukur mendapatkan pesan ini, karana secara tidak sedar aku masih memiliki teman yang peduli padaku.
    Seseorang yang peduli tentang aku telah
    mengirimkannya kepadaku.

    Dan kerana aku ambil peduli tentangmu maka aku mengirimkannya kepadamu.

    Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meskipun tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun.
    Semoga yang membaca pesan ini selalu diberkati dengan kesihatan, kebahagiaan dan kedamaian. Amiin


    Ar-Rafiq'-A'la (TEMAN YANG MAHA TINGGI)adalah
    'handai taulan;' 'yang lemah-lembut;' 'teman seperjalanan;' 'kawan hidup, suami atau isteri' (LA)

    Sapa org y dmaksdkan tu??blh sy tau utz??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum,
      Saudari Esteqqama.

      Terima kasih atas kiriman pesanan yang amat bermakna.

      Ar-Rafiqul A'la disini saya maksudkan Cinta Kekasih Yang Tertinggi iaitu Allah SWT.

      Al-Bukhari membawakan riwayat daripada Aisyah r.a. yang membawa lafaz ‘Allahumma Rafiqal A’laa” Seperti di bawah;
      أَنَّ عَائِشَةَ قَالَتْ
      كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ وَهُوَ صَحِيحٌ إِنَّهُ لَمْ يُقْبَضْ نَبِيٌّ حَتَّى يَرَى مَقْعَدَهُ مِنْ الْجَنَّةِ ثُمَّ يُخَيَّرَ فَلَمَّا نَزَلَ بِهِ وَرَأْسُهُ عَلَى فَخِذِي غُشِيَ عَلَيْهِ ثُمَّ أَفَاقَ فَأَشْخَصَ بَصَرَهُ إِلَى سَقْفِ الْبَيْتِ ثُمَّ قَالَ اللَّهُمَّ الرَّفِيقَ الْأَعْلَى فَقُلْتُ إِذًا لَا يَخْتَارُنَا وَعَرَفْتُ أَنَّهُ الْحَدِيثُ الَّذِي كَانَ يُحَدِّثُنَا وَهُوَ صَحِيحٌ قَالَتْ فَكَانَتْ آخِرَ كَلِمَةٍ تَكَلَّمَ بِهَا اللَّهُمَّ الرَّفِيقَ الْأَعْلَى
      [Aisyah] berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda ketika beliau masih sehat: “Tidaklah seorang nabi diambil nyawanya, hingga di perlihatkan terlebih dahulu tempat duduknya di syurga. Lalu disuruh memilihnya.” Tatkala beliau sakit dan ajal menjemputnya, yang pada waktu itu kepala beliau berada di paha Aisyah, beliau pengsan. Setelah beliau sedar, beliau mengalihkan pandangannya ke atap rumah kemudian bersabda: “Ya Allah, sekarang aku memilih kekasihku yang tertinggi.” Aku berkata; ‘kalau begitu beliau tidak akan bersama kita. Maka aku pun mengerti bahwa ucapanya itu adalah perkataan yang pernah beliau sampaikan kepada kami ketika beliau masih sihat.’

      Kenalan saya itu perasaannya sedang diuji. Dan setiap kali ujian menimpanya, terus ingatannya ditujukan kepada Yang Maha Esa.

      Saya kagum.
      Kerana dia memburu cinta yang maha tinggi.

      Cinta Ilahi.

      *jangan panggil saya ustaz. Jauh panggang dari api!!

      Delete