Wednesday, November 27, 2013

Regim Firaun

Laporan berita:
Hubungan Mesir-Turki semakin tegang

KAHERAH 24 Nov. - Mesir mengusir Duta Turki ke negara ini semalam, manakala Ankara mengurangkan hubungan diplomatik dengan Kaherah, sekali gus memburukkan lagi hubungan kedua-dua negara selepas penggulingan bekas Presiden, Mohammed Mursi pada Julai lalu.
Hubungan tegang antara kedua-dua negara itu bertambah buruk selepas Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengkritik rampasan kuasa yang menggulingkan Mursi dan situasi tidak stabil di Mesir pada Khamis lalu.
"Saya tidak akan menghormati mana-mana pihak yang mentadbir menerusi rampasan kuasa," katanya.
Mesir mengusir Huseyin Avni Botsali sambil menyifatkan beliau sebagai 'individu yang tidak diingini', selain mengehadkan hubungan dengan Turki dan membuat keputusan untuk tidak menghantar duta ke Ankara.
Kementerian Luar Mesir menuduh Turki 'menyokong mana-mana pihak yang cuba mewujudkan ketidakstabilan di negara ini' yang jelas merujuk kepada pergerakan Ikhwanul Muslimin.
Kementerian itu juga menyatakan bahawa Ankara 'cuba mempengaruhi komuniti antarabangsa untuk menentang kepentingan penduduk Mesir'.
Sebagai balasan, Turki mengisytiharkan Duta Mesir ke Ankara, Abderahman Salah El-Din sebagai 'individu yang tidak diingini' dan memanggilnya untuk memberi penjelasan berhubung pengusiran Huseyin.
Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu mengkritik tindakan Mesir yang membocorkan keputusan pengusiran Huseiyin kepada media sebelum perbicangan dua hala diadakan sebagai 'sikap buruk yang tidak bersesuaian dalam konteks hubungan diplomatik'. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131125/lu_03/Hubungan-Mesir-Turki-semakin-tegang#ixzz2llKIp6PU
© Utusan Melayu (M) Bhd
................................................

alHatt:
Anda tentu dapat mengagak siapa pemilik jasad kaku dibawah ini..
 


Ya, itulah Firaun.

Allah merakamkan dalam Al-Quran;
"Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu
supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi
orang-orang yang datang sesudahmu dan
sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah
dari tanda-tanda kekuasaan Kami."
Surah Yunus, ayat 92.

Duta Turki telah diusir keluar dari Mesir hanya kerana tindakan
Turki yang tidak memihak kepada Regim Firaun
(dengan izin!).

Melalui Surah Yunus, ayat 92 di atas, Allah SWT dengan jelas
telah menerangkan tujuan jasad Firaun kekal hingga ke hari ini.
Namun berapa kerat dari kita yang mengambil pelajaran darinya?

Sesungguhnya Allah SWT tidak pernah menzalimi manusia.
Manusialah yang menzalimi diri sendiri.
Kini Rakyat Mesir telah dizalimi.

Apa yang boleh saya katakan;
Tindakan Regim Firaun keatas Turki itu
merupakan tanda mereka berada dalam
ketakutan dan keseorangan.
Tekanan dari dalam dan luar telah
meruntuhkan moral mereka. 

InSyaAllah, itu juga tanda kebangkitan
Ikhwanul Muslimin!!

Panjangkan doamu..

2 comments:

  1. [Lastest]

    ERDORGAN TERUSKAN 'AMUKAN'Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdorgan tetap mempertahankan kenyataan-kenyataan beliau sebelum ini yang mengecam pemerintah Mesir sekarang yang tentunya akan menambahkan kegawatan krisis antara dua Ankara-Kaherah.Kenyataan terbaru Erdorgan itu diucapkan di dalam Parlimen negara itu, "Kita sama sekali tidak akan berhenti dari bercakap yang benar, terus berada di pihak rakyat Mesir semata-mata kerajaan yang tertegak hari ini melalui rampasan kuasa yang menjijikkan."Erdorgan kemudian menambah, "Kita tidak akan menjadi 'syaitan bisu" yang merujuk kepada mereka yang tahu tentang kebatilan tetapi mengambil sikap berdiam diri.Sabtu lalu, kudeta Mesir telah menghalau Duta Turki di Kaherah selepas kenyataan Erdorgan yang mengecam rampasan kuasa tentera sejak Julai lalu selain operasi tangkapan kepada mereka yang menentangnya.Hingga kini, tiada petanda Erdorgan akan menarik balik kenyataan-kenyataannya sebelum ini dan berkata, "Kami akan meneruskan usaha menyebarkan kepada dunia tentang pemerintahan kudeta ini."

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas liputan terkini "live" dari Mesir.
      Semoga selamat dan dilindungi Allah.

      Momentum kebangkitan sudah terasa. Namun warga Mesir harus waspada.

      Ancaman ada di mana-mana, pada bila-bila masa.

      Gunakan kesempatan yang ada untuk memantapkan iman dan amal.

      Delete